Monday, August 25, 2008

Melayu paling ramai di pusat pemulihan

KUALA LUMPUR 25 Ogos - Kaum Melayu merupakan golongan paling ramai ditahan di pusat pemulihan dan tahanan di bawah pentadbiran Jabatan Penjara.Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Chor Chee Heung berkata, pusat-pusat berkenaan dibahagikan kepada empat kategori iaitu penjara, pusat pemulihan akhlak, tempat tahanan perlindungan dan Sekolah Henry Gurney.

Beliau berkata, daripada 37,717 banduan yang sedang ditahan di 29 penjara seluruh negara sehingga 4 Ogos lalu, seramai 14,057 orang adalah terdiri daripada kaum Melayu. ''Kaum Cina pula seramai 3,482 orang, India (3,429), kaum-kaum lain (1,742) dan tahanan warga asing (15,007)," katanya menjawab soalan Dr. P. Ramasamy (DAP-Batu Kawan) pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Menurut beliau, daripada 1,763 orang yang ditahan di pusat pemulihan akhlak di bawah Ordinan Darurat 1969 dan Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985, sebanyak 681 orang adalah kaum Melayu.''Penghuni kaum India pula seramai 508 orang, Cina (344), kaum-kaum lain (76) dan warga asing (154)," ujarnya.

Dalam pada itu, katanya, keseluruhan individu yang sedang ditahan di tempat tahanan perlindungan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 ialah 68 orang. ''Sebanyak 24 orang terdiri daripada kaum Melayu, tujuh (India), empat (Cina) dan 33 (warga asing)," katanya. Katanya, seramai 413 orang yang terdiri daripada golongan remaja pula kini ditempatkan di Sekolah Henry Gurney. Tambah beliau, kaum Melayu adalah seramai 262, Cina (11), India (38), kaum- kaum lain (91) dan warga asing (11).


sumber: utusan.com.my

Sunday, August 24, 2008

Di Sebalik 'Isu Liwat' dan 'Sumpah Laknat' si Saiful

Sempat menjenguk suasana pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh (PPM), yang walaupun kecil tapi seolah-olah PRU ke-13 sehingga mendapat liputan yang sangat luas media-media tempatan dan juga antarabangsa. Mungkin faktor Dato' Seri Anwar Ibrahim (DSAI) yang menjadi penyebabnya kerana dua orang calon lagi YB Ariff Shah (BN) dan Hanafi Mamat (Akim-Bebas) kurang dikenali di peringkat Nasional dan Internasional.

Isu Liwat yang Sukar dipercayai Rakyat

Walaupun sebelum ini Barisan Nasional (BN) menafikan pembabitan mereka dalam merancang 'fitnah' isu pengakuan Saiful Bukhari Azlan bahawa beliau telah diliwat oleh DSAI dan juga membuat kenyataan bahawa isu ini tidak menjadi bahan kempen mereka. Sebelum itu, Saiful Bukhari juga telah membuat pengakuan bersumpah dengan menyebut nama Allah: "Wallahi. Wabillahi, Watallahi" sambil memegang Al-Quran (salah dari hukum Syara') serta memohon agar beliau dan keterunannya dilaknat Allah jika beliau menipu. Saya tertarik dengan kenyataan yang dibuat oleh Dr. Harun Din, mengapa beliau bersumpah dan melibatkan keturunannya supaya dilaknat tanpa menyatakan tempoh? Keterunannya tidak terlibat dalam masalah ini. Mereka tidak berdosa dan sumpah bukan boleh main-main.

Sepatutnya juga Saiful tidak perlu bersumpah, apa yang perlu dilakukan ialah mengemukakan empat orang saksi yang adil. Jika tidak mampu, hukuman hudud akan dikenakan kerana membuat tuduhan palsu. Sohibus Samahah Dato' Dr. Harussani Zakaria, Mufti Kerajaan Negeri Perak berkata: "Tidak perlu bersumpah atau bermubahalah kerana ianya tidak menepati undang-undang Islam. Kaedahnya dalam kes ini adalah orang yang menuduh mestilah mengemukakan bukti dalam mahkamah, jika dia gagal mengemukakan bukti, dia boleh dikenakan hukum hudud." Apa yang pasti rata-rata penduduk di Permatang Pauh sukar nak mempercayai isu-isu yang dimainkan oleh jentera BN bahawa DSAI seorang peliwat.

Imam Masjid Wilayah Menggemparkan Suasana di PM

Imam masjid Wilayah tiba-tiba tampil di pentas Parti KeADILan Rakyat (PKR) di hadapan khalayak ramai menyatakan bahawa beliau dipaksa untuk menjadi saksi kepada 'sumpah laknat' yang dibuat oleh saiful. Ramlang Porigi (foto, kiri) menjelaskan beliau telah diarahkan hadir di majlis sumpah pemuda itu pada 15 Ogos lalu, yang mendakwa diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, calon PKR di kawasan parlimen itu. [rujuk malaysiakini.com: 88465]

Sebelum itu, pada sidang media sejurus beliau melafazkan sumpah laknat tersebut, yang dilakukan sehari sebelum hari pernamaan calon, beliau menafikan bahawa sumpah tersebut dibuat kerana hari pernamaan calon tersebut, bagi menjatuhkan imej dan kredbiliti DSAI. Tapi, walaupun beliau cuba menafikannya, isu tersebut tetap menjadi isu utama bagi kempen BN. Risalah-risalah mengenai sumpah Saiful bertebaran di jalan-jalan dan merata tempat. Mungkin penduduk merasa loya dan muak untuk membacanya, dan mereka lebih yalon bahawa isu tersebut merupakan fitnah semata-mata.

Aduhai Saiful! Mengapa kau...

Sebelum itu, dalam laporan dakwaan terhadap kes liwat yang dibuat oleh Saiful, beliau menyatakan perkara (liwat) tersebut dilakukan secara suka sama suka, tetapi sebaliknya belaku apabila beliau menjawab soalan wartawan ketika sesi soal jawab pada sidang media yang dibuat selepas beliau melakukan sumpah laknat. Pada ketika itu beliau menyatakan bahawa beliau dipaksa oleh DSAI untuk diliwat.

Aduhai Saiful! Mengapa kau jadi begini? Mana satu yang betul? Kalau pun dipaksa, buat apa bagi pada dia (DSAI)? Kau tu umur muda, 21 tahun, Si Anwar tu 'kuda tua' yang sakit, kau terajang ja la dia. Ke memang suka sama suka (jika terbukti benar dakwaan beliau diliwat)? Aduhai! memalukan orang muda saja...

Wednesday, August 20, 2008

MPP UIA mahu pakaian konvokesyen lama dikekalkan

KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Hrkh) - Permohonan Majlis Perwakilan Pelajar (SRC) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) untuk mengekalkan pakaian rasmi Majlis Istiadat Konvokesyen kali ke-25 iaitu jubah hijau beserta songkok ditolak pihak universiti.

Dalam satu pertemuan wakil SRC dengan Timbalan Rektor Bahagian Akademik dan Penyelidikan, Prof Dato' Dr Md Tahir Azhar bersama Presiden SRC, Muhamad Adib Hatim, Timbalannya, Nor Hafizah Ismail dan Abdul Hayyi Salim pihak universiti bertegas mahu meneruskan pembaharuan yang telah dirancang dengan alasan ia adalah sempena ulang tahun universiti tersebut ke-25.

Mengulas mengenai keputusan pihak universiti itu, Adib berkata pihaknya kesal dengan ketetapan yang diambil memandangkan alasan yang tidak dapat diterima pihak mahasiswa.

"Kami kesal kerana pihak universiti menolak pandangan kami sedangkan yang hendak mengenakan pakaian tersebut adalah kalangan mahasiswa, bahkan dengan kos RM2.1 juta yang dihabiskan, ianya suatu pembaziran," katanya kepada pemberita. Image

Tambahnya, dalam pertemuan bersama pihak universiti sebelum ini pihak universiti juga tidak mahu mengiktiraf petisyen yang dihantar dengan alasan jumlah tersebut terlalu sedikit bagi mewakili sejumlah 25,000 mahasiswa UIAM lain.

Sempena majlis Istiadat Konvokesyen kali ini, pihak UIAM telah membuat pembaharuan pakaian penerima ijazah iaitu jubah yang berwarna hijau sebelum ini kepada warna biru turquoise dan songkok atau tudung putih kepada topi mortar.

Harakahdaily mendapatkan pandangan Md Tahir selepas pertemuan bersama wakil SRC untuk menjelaskan pendirian dan reaksi beliau ekoran permintaan mahasiswa terhadap pembaharuan yang dibuat.

"Pihak universiti telah terlebih awal merancang membuat keputusan ini selain menyelaraskan pakaian ini dengan Institusi Pengajian Tinggi," katanya.

Beliau turut menafikan terdapat unsur pembaziran dengan kos RM2.1 juta untuk tujuan penambah baikan ini.

"Saya tahu bukan mahasiswa sahaja tidak bersetuju, bahkan pensyarah dan kakitangan pun ada yang bantah pembaharuan ini.

"Ianya bukan bermaksud membuang nilai Islam dalam majlis istiadat tahunan ini, tetapi ia adalah proses biasa," ujarnya.

Ditanya mengenai pertemuan sebelum ini bersama wakil pimpinan mahasiswa, beliau menegaskan bahawa tidak semua perkara perlu dibincangkan bersama mereka.

Md Tahir turut menerangkan bahawa pakaian rasmi yang digunakan pada majlis konvokesyen sebelum ini akan dijual kepada pembeli tertentu, namun enggan mengulas lanjut mengenai urusan pembeliannya.

Dalam pertemuan ringkas di pejabatnya, beliau menerima petisyen dan referendum mahasiswa UIAM yang mendesak dibatalkan perlaksanaan pembaharuan tersebut dengan alasan ia adalah identiti UIAM yang tersendiri.

Mereka turut membantahnya dengan alasan pembaziran akibat kos yang tinggi digunakan bagi tujuan itu.

Kajian mengenai pembaharuan ke atas 4,000 mahasiswa UIAM juga mendapati 83 peratus daripadanya tidak bersetuju dengan pembaharuan tersebut.

Namun, Md Tahir tetap menegaskan reaksi mahasiswa yang mahu mempertahankan itu adalah disebabkan mereka masih bernostalgia dengan kenangan lalu selain terpengaruh dengan rakan-rakan dalam menyatakan pendirian.

"Kalau nak kata ia bukan imej Islam, kita tak perlu adakan majlis secara besar-besaran seumpama sebelum ini.

"Buat penyerahan skrol sahaja kerana ia adalah cara kristian, lebih memudahkan pihak universiti," katanya lagi.

Ditanya pemilihan masa perubahan ini dibuat, beliau berkata ia adalah sempena ulang tahun ke-25 kampus tersebut.

"Kalau kita buat tahun depan, orang tanya kenapa tak buat tahun ini," ujarnya lagi.

Namun, ia menimbulkan tanda tanya kepada mahasiswa memandangkan kampus berkenaan telah 25 tahun ditubuhkan yang pada ketika itu IPT lain telah pun memiliki pakaian rasmi kononnya kini baru sahaja mahu digunakan oleh UIAM.

Kira-kira 200 mahasiswa berkumpul di perkarangan masjid UIAM membantah tindakan pihak universiti melaksanakan pembaharuan pakaian rasmi majlis konvokesyen kali ini.

Mereka diarahkan bersurai oleh pihak keselamatan universiti sebaik azan Zohor berkumandang.

Menurutnya, majlis istiadat konvokesyen tahun ini akan melibatkan sejumlah 4119 mahasiswa. - mns_


sumber: harakahdaily.net

Konvo: 3,000 pelajar UIA bantah ganti songkok

Seramai 3,158 pelajar Universiti Islam Antarabangsa (UIA) menandatangani petisyen membantah keputusan pihak pentadbiran universiti tersebut untuk menggunakan jubah baru dan menggantikan pemakaian songkok untuk majlis konvokesyennya.

iium songkok protest 200808 crowdPihak pentadbiran UIA memutuskan untuk menggunakan jubah baru serta menggantikan pemakaian songkok dengan mortar.

Bantahan tersebut diterajui oleh Majlis Perwakilan Mahasiswa UIA (MPP-UIA).

Berikutan itu, seramai 100 pelajar UIA telah mengadakan perhimpunan tengahari untuk menyokong tindakan MPP membantah perubahan tersebut.

Presiden MPP-UIA, Muhammad Adib Hatim berkata, mereka membantah penggantian pemakaian songkok tersebut kerana ia sudah menjadi identiti UIA sejak 25 tahun lalu.

Katanya, manakala keputusan menggunakan jubah baru itu dan mortar tersebut, menyebabkan pihak universiti menanggung kos sebanyak RM2.1 juta.

iium songkok protest 200808 talkingSelepas perhimpunan tersebut, Muhammad Adib telah menyerahkan tandatangan tersebut kepada Timbalan Rektor UIA (Akademik dan Penyelidikan), Prof Datuk Dr MD Tahir Azhar.

Katanya, kempen mengutip tandatangan pelajar bagi membantah keputusan UIA itu dianjurkan oleh MPP-UIA.

UIA mempunyai 13,000 pelajar di kampus induknya di Gombak dan 2,000 lagi di kampus cawangannya di Kuantan, Pahang.

Minta butiran terperinci

Muhammad Adib berkata, mereka mempersoalkan tindakan universiti membuat keputusan yang melibatkan jumlah wang yang banyak, tanpa berbincang terlebih dahulu dengan mahasiswa.

"Kami hanya mengetahuinya apabila media melaporkan terlebih dahulu," kata Muhammad.

MPP juga menuntut pihak universiti memberikan butian terperinci mengenai perbelanjaan untuk tujuan itu.

iium songkok protest 200808 tahirDr Md Tahir, ketika ditemui pemberita selepas pertemuan 30 minit dengan tiga pemimpin MPP -UIA, termasuk Muhammad berkata, songkok masih terus digunakan seperti biasa dalam majlis-majlis lain.

"Hanya untuk konvokesyen sahaja mortar digunakan untuk diseragamkan dengan universiti-universiti lain," katanya.

Beliau menolak dakwaan bahawa RM2.1 juta itu mahal kerana jubah dan mortar itu, menurutnya, boleh digunakan dalam tempoh yang lama sehingga lebih 20 tahun.

5,000 pakaian

"Mana ada mahal...baju yang dia pakai lagi mahal. " katanya sambil menunjuk ke arah seorang pemberita wanita.

Katanya, jubah dan songkok lama itu akan dijual jika ada kolej-kolej baru yang berniat membelinya.

UIA membeli lebih kurang 5,000 pakaian untuk majlis konvokesyen baru. Lebih 4,000 pekajar akan menggunakannya selama tiga hari mulai Sabtu ini.

Mengulas dakwaan bahawa tindakan pentadbiran universiti itu membelakangi mahasiswa, Dr Md Tahir berkata, terdapat beberapa perkara yang perlu diberitahu dan ada yang tidak perlu diberitahu terlebih dahulu.

"Dalam kes ini, ia berada dalam kawasan samar-samar, boleh beritahu dulu. Tetapi tidak beritahu pun tidak mengapa," kata Dr Md Tahir.

Bacaan kedua pindaan Auku di Parlimen esok


Pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) dijadual dibentangkan untuk bacaan kedua di Dewan Rakyat esok.Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, 61 daripada 165 fasal yang terdapat dalam AUKU akan dipinda.Bagaimanapun, beliau menafikan anggapan sesetengah pihak kononnya pindaan AUKU itu hanya satu berupa satu pindaan 'kosmetik', demikian menurut laporan Bernama.

"Pindaan AUKU masih mengekalkan persekitaran yang sama di universiti dan ia bukan bertujuan mengongkong pelajar. "Hanya segelintir pihak sahaja yang sengaja mempolitikan isu ini," katanya kepada pemberita selepas melancarkan sambutan Bulan Kemerdekaan peringkat kementerian di Putrajaya hari ini.Khaled juga berkata Akta Institusi Pendidikan Swasta 1996 (Akta 555) perlu dipinda selaras dengan peningkatan kemajuan dan peranan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dalam negara.

Katanya, pindaan akta itu akan membolehkan kewujudan peruntukan yang sama sebagaimana AUKU, dari aspek tanggungjawab dan hak pelajar. Katanya, pindaan itu juga perlu bagi mewujudkan Agensi Kelayakan Malaysia yang akan memastikan aspek kualiti di IPTS ditingkatkan, selain ia dapat menjadi pemudah cara supaya kemajuan IPTS dapat dikawal dan dipelihara. Menurutnya ia juga perlu memandangkan jumlah kemasukan pelajar ke IPTS yang semakin meningkat setiap tahun, di mana jumlahnya kini menjangkau 340,000 berbanding 360,000 pelajar di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). "Jumlah kemasukan pelajar asing juga tinggi di IPTS menjangkau 30,000 berbanding 10,000 di IPTA," katanya.


sumber: malaysiakini.com

Gamis: Terima kasih kerajaan...


Sekretariat Helwani Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung (Gamis) menyokong penuh keputusan kerajaan membatalkan konsert Avril Lavinge pada 29 Ogos ini."Terima kasih di atas kerjasama kerajaan yang peka dengan pembentukan generasi muda. Langkah (pembatalan konsert) adalah langkah mengurangkan gejala sosial," kata ketua umum Helwani Gamis, Rafidah Jannah Salleh ketika dihubungi Malaysiakini.




Dalam laporan NST hari ini, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KeKKWA) telah membuat keputusan tidak memberi permit untuk penganjuran konsert Avril Lavinge pada 29 Ogos ini kerana ia tidak sesuai dengan budaya di Malaysia.Rafidah yang juga naib presiden 1 Gamis, menegaskan bahawa konsert itu tidak perlu diadakan dalam bulan kemerdekaan atau di luar bulan kemerdekaan.Bagaimanapun kata beliau, pihaknya tidak menyalah konsert tetapi artis yang mengisi konsert tersebut hendaklah ditapis oleh kerajaan atau mana-mana pihak yang membawa artis tersebut.




"Konsert tak salah, tapi orang itu (Avril) kita tak berkenan," kata Rafidah.Sehubungan itu, katanya, Helwani Gamis akan menghantar surat terima kasih kepada KeKKWA berhubung pembatalan konsert Avril Lavinge. "Kami juga akan menghantar surat terima kasih kepada penganjur kerana tidak mengadakan konsert ini di dalam bulan Ogos," kata Rafidah. Sementara itu, Sekretariat Helwani Gamis menyerahkan memorandum bantahan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berhubung penganjuran konsert tersebut.

Memorandum itu diserahkan oleh Rafidah kepada wakil Datuk Bandar, Ezriq Razak jam 10.25 pagi tadi.Rafidah juga menjelaskan, Helwani juga telah menerima sokongan membantah konsert itu diadakan daripada mufti kerajaan Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid, Jumaat lalu.


sumber: malaysiakini.com

200 Mahasiswa UIAM Berpiket Secara Aman


Hari ini sejarah baru tercatat dalam rekod Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) apabila hampir 200 Mahasiswa-mahasiswinya berkumpul secara aman bagi menyatakan sokongan tak berbelah bahagi kepada Majlis Perwakilan Mahasiswa (Students Representative Council) UIAM bagi membantah tindakan pihak penradbiran yang membelakangkan suara Mahasiswa dalam isu 'Jubah Baru dan Topi Mortar Board'. Untuk makluman pembaca sekalian, UIAM pada tahun ini telah menyambut ulangtahun penubuhannya ke-25 (sambutan Jubli Perak) dalam menabur bakti kepada Ummah dalam pelbagai bidang khususnya pendidikan nasional dan internasional.

Justeru, menjadi hasrat pihak pentadbiran untuk memberi kelainan dalam majlis konvokesyen UIAM pada kali ini dengan menampilkan perubahan yang drastik dari segi pemakaian graduan pada majlis graduasi tersebut. Jikalau sebelum ini UIAM terkenal dengan keUNIKan dan IDENTITInya tersendiri apabila para graduan lelakinya memakai songkok dan graduan perempuannya memakai tudung berlilitkan logo UIAM. Sungguh segak menawan! Namun, hari ini dengan perbelanjaan yang sangat besar iaitu 2.1 juta Ringgit Malaysia, pihak pentadbiran cuba menukar tradisinya itu dengan menggantikan songkok kepada topi mortar board.

Apa yang pasti, tidak ada mana-mana Mahasiswa UIAM yang mendesak pihak pentadbiran untuk membuat tranformasi tersebut, bahkan tidak pernah terlintas dan berhajat pun di hati Mahasiswa. Bagi Mahasiswa kami lebih suka kepada keunikan yang ada pada UIAM dan ada identitinya tersendiri. Jubah baru dan topi mortar board bukan tuntutan Mahasiswa UIAM, bahkan ia tidak ada nilai pun pada kami. Apa yang kami tuntut dari pihak universiti? Tuntutan kami sangat mudah, tapi sangat berat bagi pihak pentadbiran untuk memenuhinya berbanding berahi mereka untuk menukarkan songkok kepapa topi mortar board:




1) Kami tuntut pentadbiran universiti menyediakan kemudahan-kemudahan yang baik dan sempurna samaada di Mahallah (kolej kediaman) dan juga di Kuliyyah-kuliyyah demi keselesaan pelajar.
2) Kami menuntut agar pihak universiti memperbaiki tandas-tandas yang dhaif di Mahallah-mahallah lelaki khususnya Mahallah Bilal, Sidek dan Ali dan juga mengecat kembali bangunan-bangunan Mahallah.
3) Kami menuntut supaya pihak pentadbiran supaya jangan menyalahgunakan duit-duit yang kami bayar, gunakanlah ia untuk kebajikan dan keselesaan kami bukan untuk pembaziran melampau.

Laungan 'Student Power' Bergema di UIAM




Pelbagai wakil Kuliyyah Based Societies dan clubs tampil untuk memberi sokongan kepada MPM-UAIAM, antaranya ialah Presiden Persatuan Mahasiswa Ilmu Wahyu dan Warisan (IRKHSS), Presiden Persatuan Mahasiswa Undang-undang (Lawsoc), Presiden Persatuan Mahasiswa Kejuruteraan (Enginus), wakil Presiden Persatuan Mahasiswa Ekonomi dan Pengurusan (EMNSS) , Presiden Ma'ruf Club dan timbalannya serta Naib Presiden 2 Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS). Penyerahan memorandum dan referendum bantahan dibuat oleh YB Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa UIAM sendiri iaitu saudara Adib bin Hatim dan beberapa orang exconya. Memorandum itu diserahkan kepada Timbalan Rektor UIA (Akademik dan Penyelidikan), Prof Datuk Dr MD Tahir Azhar.

Namun, menurutnya (Adib) keputusan perbincangan amatlah mengecewakan kerana Prof. Md Tahir gagal memberi jaminan bahawa isu ini akan diselasaikan dengan segera dan mengembalikan tradisi pemakaian pada Majlis Konvokesyen UIAM seperti sedia kala. Perhimpuanan tersebut ditamatkan dengan baik dan aman sekali pada jam 1.15pm tanpa ada sebarang provokasi dari mana-mana pihak. Hidup Mahasiswa UIAM! Student Power!

Monday, August 18, 2008

Students protest over ‘inadequate’ amendments to Act

The exact number of participants in this demonstrations is 200 University's students


SOME 100 university students gathered outside Parliament to protest against what they claimed were “inadequate” changes to the Universities and University Colleges Act (AUKU).

They were unhappy that, under the Bill, students would still be barred from joining any political party or unlawful organisation or take part in any activity outside campus.

Five of the students later came to the Parliament lobby and handed over a memorandum to Deputy Higher Education Minister Datuk Idris Haron, who promised to look into their complaints.

“I'll also invite students to sit in during Parliament sittings when the Bill is being debated so that they can see the entire process. I appreciate the efforts they have taken to look through the Bill,” he said after receiving the memorandum.

The Bill, which was tabled for first reading last month, will be debated during this meeting.

Gerakan Mansuhkan AUKU coordinator Zulfattah Ibrahim said the coalition was against the Act and it should be repealed in the interests of the undergraduates.

“Any attempt by the ministry to amend this Act is in vain and will not bring us any benefit. We reject the proposals because these are only cosmetic in nature,” he said.

Meanwhile, Education Minister Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein said the ministry would not tolerate any kind of racial abuse in schools, adding that the transfer of a teacher, accused of making derogatory remarks about Indian students, was only a temporary measure pending investigations.

“I also do not want the teacher to be falsely accused. I am monitoring the case carefully myself,” said Hishammuddin at the lobby, adding that he has appointed his deputy Dr Wee Ka Siong to lead the investigation.

He also confirmed meeting up with MIC's Datuk Dr S. Subramaniam and K. Devamany over the matter.

Two students from SMK Telok Panglima Garang had recently lodged police reports against the female teacher, alleging that she had made derogatory remarks about Indian students and called them unflattering names.

Angry parents and other members of the community had gathered outside the school to stage a protest against the teacher.


http://www.thestar.com.my



Study on inter-faith marriages completed, says Suhakam

MUAR: Suhakam has completed its study on issues arising from inter-faith marriages and one spouse changing his religion and will be submitting a report to the Prime Minister’s Department soon.

Among the proposals Suhakam had come up with was for those who planned to embrace Islam to marry a Muslim to study the religion in depth before their conversion, said commissioner Datuk Dr Abdul Monir Yaacob.

He added that family members should also be informed when a non-Muslim wants to embrace Islam so as to avoid problems later in relation to funeral rites or distribution of property after the person’s death.

“We feel that it is appropriate for non-Muslims to distribute their property, if any, to their close relatives before they convert to Islam, said Dr Abdul Monir yesterday.

Property gained after conversion to Islam would be governed by Islamic law, he added at a dialogue here.

On complaints by teachers of defamatory media reports about them, he urged them to submit a memorandum on the matter to Suhakam.

“We will act on the complaint by proposing to the relevant authorities to look into the matter,” he said.

Dr Abdul Monir reminded the teachers participating in the dialogue that the media also had the right to report on matters of public interest, and told the reporters present that they should be responsible in their reporting.

Fellow commissioner Tan Sri Asiah Abu Samah said 631 reports had been lodged against government departments up till August.

More than 100 of the reports were against the police, mostly alleging abuse of power, including brutality during public protests, she added.


http://www.thestar.com.my


Polis rentap 'mayat AUKU' selepas demo

"Kami bawa mayat AUKU, tetapi kemudian dirampas oleh polis" - kata seorang pemimpin Gerakan Mahasiswa Mansuhkan AUKU (GMMA).

Patung mayat, sebesar saiz manusia, yang dikafankan dengan kain putih diusung dalam keadaan renyai-renyai dari depan pintu bangunan Parlimen ke pinggir Tugu Peringatan Negara selepas selesai bantahan selama dua jam sekumpulan aktivis pelajar.

universiti student auku uuca parliament protest 180808 03Menurutnya lagi, seorang anggota polis merentap patung mayat itu, yang dijadikan lambang bantahan hampir 100 pelajar terhadap Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), sambil berkata "tolong beri kerjasama."

Penyelaras GMMA Ridzuan Mohammad memberitahu Malaysiakini selepas perhimpunan itu, kejadian berlaku secepat kilat dan "mayat AUKU" dibiarkan dalam simpanan polis tanpa sebarang pergelutan.

Beliau menambah, patung itu gagal dipertahankan di tangan GMMA kerana beberapa pelajar yang sedang memegangnya untuk dibawa pulang masih baru dalam kegiatan ini.

Sewaktu kejadian yang tidak semena-mena itu, kumpulan pelajar itu bergerak kembali ke arah monumen bersejarah itu, hampir satu kilometer dari Parlimen, selepas bersurai kira-kira 11.15 pagi untuk menaiki kenderaan mereka yang diletakkan di sekitar kawasan itu.

Menurut Ridzuan, mereka diekori empat kereta peronda polis dari bangunan Parlimen dan tiga anggota polis yang merampas patung AUKU keluar dari salah sebuah kenderaan itu.

universiti student auku uuca parliament protest 180808 10Perhimpunan anjuran gabungan tersebut, yang disertai tujuh perkumpulan mahasiswa, bermula kira-kira jam 9 dalam cuaca lembab.

Mereka yang berpakaian serba hitam berkumpul bagi menyerahkan memorandum bantahan kepada Kementerian Pengajian Tinggi yang mengusulkan pindaan akta kontroversi tersebut minggu ini.

Selain mengusungkan "mayat", mereka juga berbaring selama beberapa minit di atas jalan depan pintu masuk Parlimen dengan kain rentang hitam bertulisan "Akta Untuk Kuburkan Universiti" sebagai makna lain bagi akronim AUKU.

Sementara beberapa orang lagi membawa kotak yang menggambarkan penjara - sambil diperhatikan oleh kira-kira 20 anggota polis pencegah rusuhan yang mengawal keadaan.

Ridzuan berkata, gimik kumpulan pelajar itu dilakukan untuk menarik perhatian wakil-wakil rakyat yang memasuki bangunan itu.

Bagaimanapun, hanya ahli-ahli parlimen Pasir Mas dan Lembah Pantai memberikan respons.

"Datuk Ibrahim Ali dan Nurrul Izzah Anwar membunyikan hon tanda sokongan," katanya.

Menurut Ridzuan lagi, sewaktu berlangsung demonstrasi itu, polis gagal merampas alat pembesar suara dan kain rentang mereka.

universiti student auku uuca parliament protest 180808 08Kejadian itu berlaku sebelum lima pemimpin GMMA yang diketuainya dibenarkan masuk ke bangunan Parlimen untuk menyerahkan memorandum gabungan itu yang disokong 13 perkumpulan pelajar, tambahnya.

"Selepas berbaring (di atas jalan), polis cuba mengambil pembesar suara dan kain rentang, tetapi dibantah.

"Kenapa pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) boleh gunakan pembesar suara, kami tidak (dibenarkan)," kata Ridzuan, merujuk perhimpunan ribuan pelajar institusi pengajian tinggi itu 12 Ogos lalu di Shah Alam bagi membantah kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Sebelum memasuki Parlimen, kata Ridzuan lagi, seorang pegawai khas Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin bertemu mereka di depan pintu utama Parlimen dan memaklumkan "Datuk sibuk" dan tidak boleh bertemu GMMA.

Bagaimanapun, timbalannya Datuk Idris Harun sedia bertemu mereka lebih kurang 15 minit dan berjanji akan memberi perhatian serius kepada memorandum itu.

Idris turut menyarankan ahli-ahli gabungan itu hadir semasa sesi Parlimen membincangkan perkara itu, kata Ridzuan.

Ridzuan menjelaskan, GMMA bertindak sedemikian hari ini kerana "tiada respons" daripada kementerian berkaitan selepas pertemuan dengan Idris dan beberapa ahli Kelab Ahli Parlimen BN (BNBBC) 17 Jun lalu.

Memorandum itu, antaranya, meminta kerajaan memansuhkan AUKU dan digantikan dengan sebuah akta baru.

universiti student auku uuca parliament protest 180808 04Sebelum bersurai, mereka melepaskan seekor merpati putih di depan bangunan itu sebagai aspirasi kebebasan mahasiswa yang diperjuangkan gabungan itu.

Turut serta dalam perhimpunan itu dua ahli parlimen DAP, Loke Siew Fook (Rasah) dan Teo Nie Ching (Serdang).

Rang undang-undang pindaan AUKU dijadual dibentangkan untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat.

Beberapa bahagian pindaan yang dijangka panas termasuklah Seksyen 9 (kuasa menteri melantik ketua kampus cawangan), Seksyen 12 (hak menteri meminda, mengubah, atau membetulkan sesuatu perintah kampus) dan Seksyen 15 (hak mahasiswa berpersatuan).

Seksyen baru 4(a) dan 4(b) pula dijangka berlaku perdebatan berkenaan jawatankuasa menasihati menteri bagi melantik naib canselor yang menyebut "menteri dari masa ke semasa hendaklah melantik satu jawatankuasa untuk menasihatinya mengenai perlantikan itu".


sumber: malaysiakini.com [88011]

Sunday, August 17, 2008

Biar AUKU dipinda, siswa tetap terjajah

Pengumuman Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bahawa pemimpin parti politik, termasuk pembangkang boleh memberi ceramah kepada mahasiswa di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) selepas pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) disambut dengan hati berbelah-bagi dan berhati-hati oleh mahasiswa.

Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (GMUKM) memuji langkah berani kabinet membudayakan suasana keintelektualan di universiti melalui pindaan akta tersebut.

Mahasiswa sudah lama kekeringan idea daripada kedua-dua belah pihak, kerajaan dan pembangkang. Mahasiswa hanya memperolehi penerangan sesuatu isu melalui internet atau secara sembunyi-sembunyi menghadiri penerangan pembangkang.

Langkah kerajaan ini akan memberikan satu suasana demokrasi kepada para mahasiswa yang diibaratkan sebagai jantung pemikiran bangsa Malaysia akan datang.

GMUKM juga melihat pindaan AUKU sebagai satu manifestasi keterbukaan dasar perdana menteri dan juga mengelakkan mahasiswa daripada mendengar pandangan sebelah pihak sahaja.

Juga, dengan adanya kebebasan media, ia akan membentuk mahasiswa sebagai golongan tidak berkepentingan atau kumpulan bebas dan bukannya menjadi jurucakap kepada parti politik tertentu.

Segala isu terkini dan semasa akan dihadam dan dikaji oleh mahasiswa tanpa halangan atau ketakutan untuk membicarakannya.

Oleh yang demikian, mahasiswa perlu menggunakan ruang kebebasan yang diberikan oleh kerajaan hari ini dengan bijaksana dan profesional. Janganlah hanya pemimpin kerajaan sahaja dijemput ke program di kampus sedangkan pemimpin pembangkang dipinggirkan - dan sewajarnya begitulah juga sebaliknya, jangan hanya pemimpin pembangkang diundang.

GMUKM melihat pindaan akta itu dibuat bagi memberi mahasiswa dan universiti persekitaran lebih kondusif serta menyiapkan diri mahasiswa untuk memimpin negara kelak.

Benarlah bahawa jiwa muda mahasiswa akan memberontak sekiranya mahasiswa ditekan dan dihalang hak asasinya oleh mana-mana pemerintah seperti yang berlaku di Indonesia.

Justeru, pindaan ini boleh memberikan nafas baru kepada semua IPTA dalam merealisasikan matlamat menaikkan pemeringkatan universiti masing-masing di mata dunia.

Di samping itu, pengumuman menteri berkenaan bahawa melalui pindaan itu, mahasiswa yang melakukan kesalahan mengikut AUKU tidak lagi akan dihadapkan ke mahkamah dan akan hanya dihadapkan di tribunal universiti.

Jika dahulu kesalahan mengikut AUKU boleh diambil tindakan mahkamah tetapi dengan pindaan ini semua penguatkuasaan kesalahan mahasiswa akan dipertanggungjawabkan sepenuhnya kepada universiti, kata Mohamed Khaled.

Tetapi, mahasiswa sebenarnya tertakluk juga pada undang-undang negara. Jika mahasiswa didapati melakukan rasuah dan penyelewengan, maka Akta Pencegahan Rasuah 1997 akan terpakai kepada mereka.

GMUKM juga menyambut baik pindaan AUKU yang membolehkan pelajar yang dikenakan tindakan disiplin, termasuk digantung oleh pihak universiti, mengambil peperiksaan. Jelas bahawa Seksyen 15 (D)(1) akta yang kini akan secara automatik tidak terpakai.

Sebelum pindaan, seseorang mahasiswa yang dituduh atas satu kesalahan akan digantung daripada menjadi mahasiswa sehinggalah keputusan prosiding jenayah itu diselesaikan. Maknanya jika tujuh tahun masih lagi tidak diselesaikan kesnya, maka pelajar tersebut akan terus menganggur dan hilang status kemahasiswaan.

Hal inilah yang berlaku kepada tujuh pelajar yang diseret ke mahkamah selepas membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kira-kira tujuh tahun lalu.

Bagaimanapun pindaan akta masih tidak membenarkan mahasiswa menganggotai atau terbabit dengan mana-mana organisasi atau parti politik. Ia mungkin untuk menjadikan mahasiswa bersifat non-partisan tetapi bagi GMUKM, mahasiswa wajar juga didedahkan dengan organisasi politik.

Maknanya, mahasiswa wajar diberikan hak berpolitik sepenuhnya seperti yang diperuntukkan oleh Perkara 10 (1)(c) Perlembagaan Persekutuan.

Pindaan itu nanti bagaimanapun menyediakan satu alternatif - mahasiswa dibenarkan menganggotai persatuan atau pertubuhan tidak bertunjangkan politik.

Aktivis mahasiswa sedang ternanti-nantikan perbahasan di Dewan Rakyat bukan ini agar suasana demokrasi - walaupun tidak sepenuhnya - dapat dihirup di IPTA.

GMUKM berkeyakinan penuh bahawa pindaan AUKU ini akan tetap disokong oleh 222 ahli parlimen kita termasuklah Pakatan Rakyat walaupun ada peruntukan AUKU yang masih mendiskriminasi mahasiswa.

Jelas, mahasiswa masih terjajah dengan pindaan AUKU ini dan ia dilakukan secara kosmetik dalam suasana kerajaan BN sudah tidak diterima umum terutamanya oleh mahasiswa.


Hazman Abdullah merupakan seorang jurucakap Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (GMUKM)

sumber: malaysiakini.com [87544]

Friday, August 15, 2008

Pro-Mahasiswa Nasional dilancarkan!


KUALA LUMPUR, 14 Ogos- Gerakan Mahasiswa hari ini maju setapak kehadapan apabila berjaya menubuhkan dengan rasminya suatu front baru yang diberi nama PRO MAHASISWA NASIONAL. Acara penuh bersejarah itu telah berlangsung di hadapan Perpustakaan Utama Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Upacara tersebut dimulakan dengan ucapan bersemangat saudara Norazali Zainuddin yang juga merupakan Pengerusi front berkenaan, saudara Mohd Haafizuddin Abirerah merangkap Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), saudara Ahmad Shahir Abdul Aziz selaku Jurucakap Pro Mahasiswa merangkap Ahli Majlis Tertinggi Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM), saudara G. Sasikumar, saudara Goohan, dan saudara Teh Hoong Kiat.

Menurut saudara Norazali, Pro Mahasiswa Nasional ini mendapat sokongan padu kira-kira 5000 mahasiswa di setiap kampus dan IPT.

“Penyokong tegar kami di setiap kampus adalah kira-kira 5000 orang, dan kami menjangkakan jumlah tersebut akan meningkat lagi sebanyak 10 000 orang berdasarkan situasi semasa yang berlaku pada hari ini di mana rata-ratanya mahasiswa kini mahukan pembaharuan dan perubahan” ujar beliau.

“Selain itu, kita juga mahu menunjukkan kepada umum bahawa bumi Universiti Malaya ini tidak pernah sunyi daripada laungan keramat suara mahasiswa dan kita menuntut agar pihak KPT (Kementerian Pengajian Tinggi) memberikan keadilan yang sewajarnya kepada seluruh mahasiswa untuk berdemonstrasi. Jika para pelajar UITM dibenarkan untuk berdemonstrasi dan berarak di jalanraya, maka kami juga menuntut untuk dibenarkan berbuat demikian” tegas beliau lagi.

Dalam pada itu, menurut Jurucakap Pro Mahasiswa, Saudara Ahmad Shahir Abdul Aziz, front tersebut ditubuhkan berasaskan suatu prinsip menegakkan kebenaran, memperjuangkan keadilan, mengukuhkan perpaduan dan memastikan semua rakyat khususnya mahasiswa mendapat layanan yang adil dan setimpal tanpa mengira bangsa dan agama.

“Pro Mahasiswa Nasional ini merupakan suatu wadah untuk menyatupadukan mahasiswa di negara ini sama ada melayu, cina, india, iban dan kadazan sebagai suatu keluarga yang besar merangkumi semua IPT dan kampus di negara ini demi menegakkan kebenaran dan keadilan di samping memperjuangkan nasib mahasiswa” katanya.

“Selain itu, front ini juga akan terus memperjuangkan kebebasan bersuara mahasiswa, mendesak pemansuhan AUKU dan digantikan dengan Student’s Act yang telah didraf sendiri oleh mahasiswa (GMMA) baru-baru ini. Kami juga akan terus mendesak agar setiap akta dan peraturan yang dilihat mempunyai unsur menindas dan mengugut mahasiswa dimansuhkan serta merta demi meningkatkan daya intelektual dan idealisme mahasiswa” tambahnya lagi.

Selain daripada pelancaran penubuhan Pro-Mahasiswa Nasional, majlis tersebut juga diadakan bagi merasmikan kewujudan semula Speaker’s Corner di Universiti Malaya yang telah sekian lama terkubur.


sumber: mahasiswakini.com

Thursday, August 14, 2008

Melayu itu adalah Islam, Islam itu adalah Melayu - Zahid Hamidi??

Apakah benar Melayu itu adalah Islam dan Islam itu adalah Melayu? Tidak ada musykil lagi bahawa Islam adalah Islam dan bukannya Melayu. Namun, itulah kenyataan yang dibuat oleh seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika merasmikan program Himpunan Pelajar Melayu Merdeka di Shah Alam pagi tadi. Inilah fahaman salah terhadap Islam yang harus dicampak sejauh-jauhnya dan perlu ada usaha daripada pihak-pihak yang selayaknya seperti Mufti, Majlis Fatwa Kebangsaan dan A'lim Ulama' untuk memperbetulkan fahaman ini.

Fahaman yang sebenar ialah Islam itu adalah Islam dan ia tidak terhad hanya kepada sesuatu bangsa sahaja seperti Melayu dan Arab. Islam bukan milik orang Arab semata-mata dan bukan juga hanya menjadi milik orang Melayu. Islam itu untuk semua (Islam is for ALL), baik bangsa Melayu, India, Cina, Arab, Inggeris dan lain-lain bangsa yang ada di dunia ini. Islam itu diturunkan untuk menjadi rahmat dan penyelamat kepada semua. Tidak ada keraguan dan syak padanya. "Sesungguhnya agama disisi Allah adalah Islam" - Al-Quran.

bersambung...

Rujuk: malaysiakini.com [87769]

Tuesday, August 12, 2008

Pemerintah Perlu Utamakan Perut Rakyat

"Aku orang pertama yang merasa lapar kalau
rakyat kelaparan dan orang yang terakhir yang merasa kenyang kalau mereka kenyang" - Umar Al-Khattab.

Tanggal 26 Ogos 2008 akan menyajikan pilihan kedua kepada rakyat di Permatang Pauh untuk mereka memilih pemimpin yang benar-benar berwibawa dan mampu membawa agenda rakyat dengan menjadikan kebajikan serta hak rakyat sebagai perkara yang patut diutamakan. Mereka perlu memilih siapakah dikalangan calon-calon yang bertanding mampu menjadi seperti Saidina Umar Al-Khattab dan Umar Abdul Aziz yang mengutamakan agenda 'kenyangkan perut rakyat' dari perut sendiri dan ahli keluarga.

Sehingga ke hari ini rakyat Malaysia masih lagi menjadi mangsa kerakusan pemimpin-pemimpin negara yang lebih mengutamakan 'periuk nasi sendiri' berbanding mengisi 'periuk nasi rakyat' dan mangsa kepada perebutan kuasa antara dua kuasa politik nasional iaitu Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR). Persoalannya sekarang, siapakah dikalangan dua kuasa ini yang benar-benar memperjuangkan nasib dan hak rakyat? Siapa yang sanggup mengorbankan jiwa, diri, wang, dan masa demi untuk rakyat? Siapa yang akan mengutamakan perut rakyat daripada perut sendiri dan kroni?

Kesemua jawapan kepada persoalan ini hanya mampu dijawab oleh rakyat sendiri jika mereka benar-benar cakna kapada isu-isu semasa dan mengikuti perkembangan senario politik tanah air yang kian tak menentu sejak akhir-akhir ini. Barisan Nasional walaupun sudah berkurun lama memerintah Malaysia tetapi dilihat masih gagal memperjuangkan nasib dan hak rakyat. Mereka sering melaungkan bahawa mereka adalah 'hero' sebenar yang membela rakyat dengan slogan 'Tradisi Membela Rakyat'. Apakah benar mereka adalah hero kita selaku rakyat biasa? Tepuk dada tanyalah iman dan akal yang waras.

Saban hari rakyat dihujani kesempitan hidup akibat ketidak perihatinan sang penguasa, hari ini berjanji tak naikkan harga petrol, subuh-subuh esok dah terpampang di dada-dada akhbar bahawa harga bahan api naik mendadak menyebabkan rakyat sesak nafas. Harga barang-barang keperluan turut meningkat dan kos sara hidup menjulang tinggi. Malangnya, pemimpin negara hanya pandai menasihati rakyat supaya berjimat cermat sedangkan kerajaan boros berbelanja dan pemimpin-pemimpin masih hidup mewah.

"Apa hubungannya dengan aku? Jauhkanlah kenderaan ini dariku."

Cuba kita contohi pemimpin agung zaman kegemilangan Islam Umar Abdul Aziz, keikhlasan beliau memimpin dan memerintah menyebabkan rakyat menjadi kaya. Suatu hari, para pengikut Khalifah Umar menunjukkan seekor kuda cantik (Mercedes Benz Compressor) dan diperkenalkan akan kenderaan rasminya, maka beliau menyebutnya dengan kata-kata: "Apa hubungannya dengan aku? Jauhkanlah kenderaan ini dariku." Lalu beliau berjalan menuju ke seekor keldai (Perdana V6 @ kancil) yang menjadi tunggangannya selama ini. Sungguh berbeza Khalifah Umar dengan pemimpin kita hari ini, beliau tetap zuhud walaupan rakyat sudah hidup senang lenang. Pemimpin kita bagaimana? Rakyat baru sahaja dibebani musibah, pemimpin terus bermewah.

Namun, adakah Pakatan Rakyat adalah pilihan terbaik? Tidak juga, kerana kemampuan mereka mentadbir negara belum lagi teruji. Mungkin jika diberi peluang kepada mereka barulah kita dapat menilai baik buruknya PR ataupun dua kali lima sahaja dengan BN. Prestasi kepimpinan PR di negeri-negeri yang dikuasai mereka pun masih belum lagi memuaskan hati rakyat. Banyak juga kontroversi yang timbul khususnya di Selangor dan Perak. Isu penternakan babi cara moden di Selangor dan isu tanah di Perak menguji kredibiliti kerajaan PR. Berjaya atau tidak, rakyatlah yang menilainya sendiri.

Justeru, menyedari hakikat ini bahawa rakyat Malaysia sangat mendambakan pemimpin-pemimpin yang beramanah serta adil dalam segala tindakan dan keputusan yang dibuat, maka Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) menyeru dan mendesak kepada mana-mana pihak baik Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat supaya mengutamakan nasib dan hak rakyat jika mahu berkuasa. Berkuasa buka bererti pihak pemerintah boleh melakukan apa saja dan manafikan hak rakyat atau dengan bahasa mudahnya Ikut Suka Aku (ISA), tetapi berkuasa dengan penuh amanah dan bertanggungjawab terhadap nasib rakyat. Periuk nasi rakyat mestilah diutamakan terlebih dahulu daripada periuk nasi masing-masing dan kroni. Jika tidak, AWAS! Mahasiswa akan mengambil alih tampuk pemerintahan Negara.


MOHD RIDHWAN B. BAKAR

Ahli Majlis Tertinggi GAMIS
Presiden Ma'ruf Club UIAM

Monday, August 11, 2008

Pentadbir IPTA 'lebih senduk daripada kuah'

Pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang dijadual dibentangkan pada sesi Dewan Rakyat akan datang tidak membantu meluaskan ruang kebebasan ahli akademik dan pelajar.

"Masalah di universiti, penguasaan golongan pentadbir yang lebih senduk daripada kuah," kata pensyarah kanan di jabatan sains politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dr Ahmad Nidzamuddin Sulaiman hari ini.

"AUKU tidak apa. (Persoalannya) pegawai yang cenderung kepada parti (kerajaan) berubah atau tidak?"

Beliau menambah, kebebasan di universiti tidak bergantung kepada pindaan AUKU, sebaliknya "sebahagian pentadbir yang prokerajaan mengambil sikap mengawal aktiviti pelajar dan pensyarah".

Dr Ahmad Nidzamuddin memberitahu Malaysiakini, jika pentadbir institut pengajian tinggi awam (IPTA) tidak bersikap memihak, kebebasan kampus akan lebih baik.

university campus election pollsPenguasaan golongan pentadbir ini ketara di Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UiTM), jelasnya.

Ini menurut maklum balas daripada ahli akademik dan pelajar di kedua-dua pusat pengajian itu, tambahnya.

Pindaan AUKU, tambahnya, jika ingin benar-benar berkesan harus menilai cara penguasaan golongan ini di universiti.

Pelajar dan pensyarah yang menganjurkan aktiviti melibatkan pembangkang akan "dipanggil menghadap" dan diberikan amaran, jelasnya.

Bagaimanapun, menurut pensyarah politik itu lagi, dalam pertemuan pentadbir dengan kakitangan akademik itu, tidak ada apa-apa tindakan diambil.

"Cuma, kalau banyak kali panggil, tidak berani buat lagi," katanya.

Bagi pelajar pula, kata Dr Ahmad Nidzamuddin, permohonan menyambung tinggal di asrama tidak diberikan.

Mengulas pandangan ahli akademik UKM itu, ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar berkata sikap pegawai-pegawai pentadbiran IPTA terbentuk hasil penguatkuasaan akta itu selama ini.

nurul izzah 050407 smile"Pihak pentadbiran universiti adalah produk AUKU. Maka untuk mengubah corak pentadbiran, kita perlu mengubah akta yang wujud," katanya ketika dihubungi.

Beliau bagaimanapun menganggap pindaan akta itu sekadar "perubahan kosmetik" dan tidak menyelesaikan permasalahan dasarnya iaitu masalah kekangan yang wujud terhadap hak pelajar dan warga akademik.

Nurul Izzah, yang dipertanggungjawabkan mengkaji pindaan ini bagi pihak ahli-ahli parlimen PKR, menambah autonomi IPTA mesti dikembalikan seperti sebelum pindaan Akta Universiti Malaya 1961.

"Kita perlu mengembalikan hak dan kebebasan pelajar (dan pensyarah) seperti yang terkandung dalam Akta UM 1961. Teliti dan selesaikan masalah pokok iaitu ketiadaan autonomi (kampus)," katanya.

Tambahnya, pindaan kepada Seksyen 15 boleh mendorong penyalahgunaan kuasa menteri.

Tambahan lagi, keputusan melantik Naib Canselor masih di dalam tangan Menteri, walau atas nasihat jawatankuasa. Justeru isu pelantikan berbau politik akan terus mempengaruhi budaya universiti-universiti tempatan.

yusmadi yusofSementara seorang lagi wakil rakyat PKR Yusmadi Yusoff (foto kanan) pula menyifatkan pindaan tersebut hanya menyentuh aspek "remeh" seperti soal-soal administratif dan "menguatkan kuasa menteri".

Dalam seksyen 9, menurut wakil PKR itu, pindaan supaya ketua kampus cawangan dilantik oleh menteri tidak boleh diterima, sepatutnya dibuat oleh naib canselor.

"Sudahlah naib canselor dilantik oleh menteri. Lepas itu tiada kepercayaan kepada naib canselor (melantik ketua kampus cawangan)," kata ahli parlimen Balik Pulau, yang juga seorang pengamal undang-undang.

Pindaan-pindaan lain, tambahnya, seperti memberi kebenaran kepada ahli politik yang menyambung pelajaran bergiat dalam politik sebaliknya tidak perlu dipinda kerana perkara itu dijamin perlembagaan.

Beliau berkata, akta untuk universiti haruslah mementingkan kebebasan akademik, termasuk kebebasan berpersatuan.

Dalam AUKU, masalah paling ketara dalam seksyen 15 yang menyentuh kebebasan mahasiswa berpersatuan, katanya.

Beliau mencadangkan, pindaan AUKU sepatutnya menetapkan kriteria naib canselor dan memberikan kuasa autonomi kepada universiti.

naliniSuara Rakyat Malaysia (Suaram) pula berpendapat, akta kontroversi itu tidak perlu dipinda tetapi terus dimansuhkan seperti juga Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA).

"Tidak perlu buat akta, (kemudian) pinda sana sini," kata koordinator badan pejuang hak asasi itu, Nalini E (foto kiri).

Lulusan UKM itu menambah, sewaktu masih belajar, beliau melihat banyak tokoh daripada parti pemerintah dibenarkan terlibat dalam program universiti tetapi pemimpin pembangkang menerima nasib sebaliknya.

Beliau menyifatkan perkata itu sebagai pilih kasih.

gamis forum 100806 bannerGabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) "amat berharap" Seksyen 15 (4) yang berhubung soal bidang kuasa naib canselor diperhalusi semula kerana mempunyai ruang berlakunya "pilih bulu" dalam penguatkuasaannya.

"Sebaiknya diminimumkan kuasa naib canselor terhadap kawalan mahasiswa dalam berpersatuan. Mahasiswa harus diberi peluang memilih dan menyuarakan pandangan tanpa sekatan berdasarkan pengetahuan yang mereka ada," kata timbalan setiausaha agungnya Siti Nurul Munawirah Mohamad Roslan.

Bagaimanapun, gabungan itu menyambut baik usaha Kementerian Pengajian Tinggi berhubung cadangan pindaan akta itu.

"Langkah-langkah pindaan yang diambil secara tidak langsung, jika dilihat dari sudut positifnya, akan membantu memangkin kembali peranan penting mahasiswa dalam masyarakat, iaitu sebagai jurubicara ummah," katanya.

Rang undang-undang AUKU dibacakan bagi kali kedua pada sesi Dewan Rakyat yang akan bermula 28 Ogos ini dijangka panas terutamanya Seksyen 15 (hak mahasiswa berpersatuan) dan bidang kuasa menteri yang disebut dalam Seksyen 9 (kuasa menteri melantik ketua kampus cawangan), dan Seksyen 12 (hak menteri meminda, mengubah, atau membetulkan sesuatu perintah kampus).

Dalam seksyen baru 4(a) dan 4(b) pula, dijangka berlaku perdebatan hangat berkenaan jawatankuasa menasihati menteri bagi melantik naib canselor yang menyebut "menteri dari masa ke semasa hendaklah melantik satu jawatankuasa untuk menasihatinya mengenai perlantikan itu".

sumber: malaysiakini.com

Saturday, August 9, 2008

Songkok: Jadikan UIAM Lebih Unik

Bukan hendak membantah tetapi ingin menyatakan pandangan peribadi berhubung hasrat pentadbiran Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) untuk menggantikan pemakaian songkok (bagi graduan lelaki) dan tudung (bagi graduan perempuan) yang akan dipakai pada majlis konvokesyen ke-24 pada 23 hingga 25 Ogos depan. Setiap mahasiswa yang masih menuntut serta bekas-bekas penuntut berhak menyatakan pandangan masing-masing.



Segak bergaya graduan-graduan lepas mengenakan jubah serta songkok



Mengikut laporan akhbar Kosmo! Baru-baru ini, Timbalan Rektor Akademik dan Penyelidikan UIAM, Prof. Datuk Dr. Md. Tahir Azhar berkata, perubahan itu dibuat sempena sambutan ulang tahun ke-25 UIAM dan keputusan itu dibuat bertujuan untuk menyelaraskan standard dengan universiti-universiti lain. Dilaporkan seramai 4,112 graduan UIAM yang bakal mengenakan jubah rekaan terbaru serta topi mortar board pada majlis konvokesyen tersebut.


Bagi saya tidak salah pihak UIAM hendak menukar jubah lama kepada jubah rekaan terbaru sempena sambutan ulang tahun ke-25 UIAM, bahkan saya bersetuju. Akan tetapi saya sama sekali tidak bersetuju dengan cadangan pihak pentadbiran yang mahu menukarkan songkok dengan topi mortar board kerana pemakaian songkok ada nilai tersendiri khususnya bagi masyarakat melayu Muslim, bahkan UIAM nampak lebih unik jika mengekalkan pemakaiannya di majlis konvokesyen dan majlis-majlis rasmi yang lain.


Ada apa dengan isu ‘standardize’ dengan univerisiti-universiti yang lain? Kita mesti ada identiti tersendiri, dan mesti berbangga dengan identiti tersebut (kerana ia suatu yang baik). Memang isu ini agak remeh dan tidak melibatkan perkara dasar universiti, tetapi isu identiti tersendiri itu sangat penting. Saya bawa contoh isu muda-mudi kita pada hari ini, kenapa mereka lebih cenderung untuk meniru gaya, cara pemakaian dan lagak masyarakat barat? Jawapannya ialah kerana mereka sudah hilang identiti diri mereka yang sebenar iaitu Melayu Muslim. Di mana kata-kata Hang tuah yang dibanggakan: “Takkah melayu hilang di dunia.”?




Ada identiti tersendiri: Graduan-graduan perempuan bertudung khas



Mungkin ada sebab lain mengapa pihak pentadbiran ingin menggantikan songkok kepada topi motar board iaitu kes seorang graduan Cina yang enggan mengenakan tudung pada majlis konvokesyen yang lepas. Jadi mungkin di atas sebab tersebut pihak pentadbiran UIAM mahu menukarnya. Bagi saya isu tersebut bukan merupakan satu masalah yang besar, bahkan boleh diselesaikan dengan mudah. Kita tidak perlu memaksa graduan non-Muslim untuk memakai tudung, tapi sebaliknya memakai memberi kebebasan kepada mereka unutk membuat pilihan sama ada hendak pakai atau tidak. Mungkin juga pihak pentadbiran universiti boleh menyediakan alternatif kepada mereka contohnya untuk non-Muslim disediakan topi yang khas untuk dipakai.


Akhir sekali, saya tidak memaksa pihak pentadbiran untuk mengubah keputusan kerana saya yakin pihak pentadbiran UIAM akan tetap melaksanakannya walaupun didesak oleh banyak pihak. Saranan saya agar pihak pentadbiran fakir masak-masak dan berusaha mencari identiti baru UIAM selain ISLAM dan ANTARABANGSA. Jangan Islam dipinggirkan sudah!

Bela Islam Biar Berterusan: Jangan Hanya Berlakon!

Hari ini umat Islam bangkit bersatu mengenepikan latarbelakang dan fahaman politik bersama-sama membantah forum "Memeluk Islam" yang mempunyai agenda jahat tersendiri bagi menggugat dan mencabar kedudukan Islam di Negara ini, baik PAS, UMNO, PKR, GAMIS dan GPMS semua bersatu. Baik bunyinya itu, tapi harap-harap semua yang terlibat betul-betul dan berterusan dalam membela kedaulatan Islam dari dihina pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Jangan hanya pandai berlakon untuk kepentingan politik masing-masing.

Terdapat banyak usaha pihak-pihak tertentu yang sudah lama menghina Islam, menghina hukum (hudud) Islam, memain-mainkan syariat Islam dan bersekongkol dengan musuh-musuh Islam dalam merosakkan muda-mudi Islam. Kita pernah dengar ada pihak yang menghina hukum 'HUDUD' sebelum ini dengan berkata: "Hudud tidak sesuai dilaksanakan, sudah ketinggalan zaman", "Kalau laksana hudud habislah batu-batu dijalan, bagaimana pencuri nak makan" dan macam-macam lagi. Adakah tindakan ini tidak menghina serta mencabar kedaulatan Islam?

Selain itu, campurtangan pihak-pihak tertentu dalam isu pembatalan MOU Universiti Al-Azhar dengan 18 buah IPTS di Malaysia juga wajib diberi perhatian serius oleh seluruh umat Islam kerana ia sangat berkait rapat dengan soal pembangunan modal insan Muslim yang sempurna serta membantu ke arah perkembangan Islam di Malaysia. Al-Azhar merupakan antara universiti yang tertua di dunia ini dan mempunyai khazanah ilmu yang sangat banyak serta ulama'-ulama' yang muktabar.


bersambung...

Forum "Memeluk Islam" Bar Council diBubarkan!



Lautan manusia

Kuala Lumpur; 08 Ogos 2008 (Sabtu), masyarakat Islam di Negara ini mencatatkan satu sejarah penting dalam satu usaha mengagalkan tindakan yang tidak bertanggungjawab pihak-pihak yang cuba memusuhi Islam dan bermain dengan api dengan masyarakat Muslim. Majlis Peguam (Bar Council) sepatutnya menjadi sebuah badan yang profesional dalam segala tindakannya tetapi hari ini cuba bertindak 'biadap' dengan menganjurkan satu forum yang sensetif berkaitan Islam dan dengan jelas cuba mengugat kedudukan Islam sebagai agama rasmi di Negara ini.


Banner GAMIS bantah forum terbuka Bar Council

"Memeluk Islam" merupakan tajuk pilihan mereka. Apakah maksud disebalik pemilihan tajuk tersebut? Adakah mereka ingin membela Islam atau menggugat kedudukannya sebagai agama rasmi seperti yang termaktub dalam perlembagaan persekutuan, perkara 3 (1). Selain itu, cubaan untuk mempertikaikan perkara 121 (1A) di mana Mahkamah yang disebut dalam Fasal (1) tidaklah mempunyai bidang kuasa berkenaan dengan apa-apa perkara dalam bidang kuasa mahkamah Syariah. Apa yang pasti, mereka cuba menyalakan api kemarahan umat Islam di Negara ini, mereka cuba bermain api dengan kita, sebab itu keangkuhan mereka mesti di ajar sebelum berlaku peristiwa yang lebih dahsyat iaitu peristiwa 13 Mei ke-2.

Aktivis-aktivis GAMIS yang hadir

Sehubungan itu, Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) juga mengambil bahagian bersama-sama front-front lain seperti Pemuda PAS, UMNO, PPIM, PEKIDA, Majlis Peguam Islam Malaysia, GPMS dan NGO-NGO Islam yang lain membantah keras serta mendesak forum tersebut dibatalkan serta merta. Walaupun pada awalnya pihak penganjur bertegas untuk meneruskannya juga dan memberi jaminan bahawa mereka tidak akan menyentuh tentang kedaulatan Islam di Negara ini, akhirnya mereka tewas juga dengan desakan dan sorakkan masyarakat Islam yang hadir pada hari ini. "Hidup-hidup, hidup Islam", "hancur-hancur Bar Council" dan "batal-batal, batal forum" antara slogan yang dilaungkan.

Menjunjung KEADILAN Menyanggah KEZALIMAN - GAMIS

Laungan keramat "Student! Power" juga kedengan di angkasa apabila Sdr. Qusyairi, Timb. Presiden 2 GAMIS memberikan pidatonya yang membakar semangar para demonstrator yang hadir. Beliau juga menyatakan pendirian Mahasiswa Islam khususnya GAMIS terhadap forum anjuran Bar Council tersebut bahawa Mahasiswa akan sentiasa bersama umat Islam di Negara ini akan cuba mempertahankan kedaulatan Islam sebagai Agama rasmi persekutuan dari sebarang usaha pihak yang tidak bertanggungjawab walaupun ke titisan darah yang terakhir. "Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!" orang ramai menyambut ucapannya dengan bertakbir penuh semangat dan keimanan.

Tidak berganjak: aktivis-aktivis GAMIS teguh berdiri menyatakan bantahan

Selain itu, turut memberi ucapan pada hari bersejarah tersebut ialah Ahli Parlimen Kubang Kerian, yang juga merupakan ketua Pemuda PAS Pusat, YB. Salahudin Ayob, Ahli Parlimen Kulim, YB. Zulkifli Nordin, Mahaguru Zainal Abidin (PERKIDA), dan lain-lain lagi. Orang ramai mula bersurai apabila dewan forum dikosongkan dan kesemua peserta keluar beramai-ramai diikuti dengan sorakan bertali arus dari peserta demonstrasi yang hadir. Keadaan pada hari tersebut dapat dikawal dengan baik oleh Unit Amal Malaysia dan Pihak Polis walaupun terdapat provokator-provokator yang cuba mengeruhkan keadaan dengan menyeru uamt Islam yang hadir supaya merempuh sekatan pihak polis dan bertindak di laur kawalan. Namun, pemimpin-pemimpin pemuda PAS serta beberapa NGO lain dapat menenangkan keadaan dengan baik.

Hidup Islam!

Wednesday, August 6, 2008

Murabbiku Pergi Tak Kembali Lagi (bhg 1)


Tanggal 1 Ogos 2008 (29 Rejab 1429 H) merupakan satu tarikh yang sukar ku lupakan dalam sejarah hidupku. Setelah selesai bermesyuarat hampir 2 jam bersama-sama aktivis Mahasiswa Islam UIAM, aku terus pergi ke pejabat Majlis Perwakilan Mahasiswa UIAM (SRC) untuk bersama kawan-kawan mengecat banner. Waktu itu hanya aku bersama zuhazmin (Jumin) sampai terlebih dahulu dari kawan-kawan yang lain. Tiba-tiba aku mendapat panggilan dari Pak Andak (Bapa Saudara sebelah Ibuku) pada jam lebih kurang 12.15 am mengkhabarkan bahawa ayahku sedang tenat dan dia mohon untuk segera pulang malam itu juga. Aku segera menghantar mesej (sms) kepada kawan-kawan utama bertanyakan pendapat mereka sama ada perlu pulang segera atau tidak. Kemudian aku cuba untuk menghubungi adikku (Hafiz@pak ndak) untuk bertanya keadaan sebenar ayahku. Namun, bukan adikku yang menjawab panggilan tersebut, sebaliknya Pak Andak yang menjawab dan memberitahuku bahawa ayahku telah menghembuskan nafas yang terakhir serta memintaku supaya memberitahu saudara maraku yang berada di Lembah Klang. Terus beliau meletakkan handphone…aku pun terus memberitahu Jumin. Dia pun seolah-olah kaku, diam seribu bahasa.

Praktikal Teori Ukhwah Islamiyah

Alhamdulillah, aku dianugerahi dan dikelilingi oleh sahabat-sahabat seperjuangan yang sangat mulia. Aku cuba menghubungi Yusof Nor untuk meminjam keretanya untuk segera pulang ke kampong (Kedah), dengan mudah dia mengizinkan. Yusof ini memang kebangaanku kerana sifatnya yang mudah untuk meminjamkan keretanya pada bila-bila masa diperlukan sebelum-sebelum ini. Cadangan awal hanya empat orang sahaja yang akan ikut aku pulang ke kampong, akan tetapi menjadi 25 orang apabila lebih ramai sahabat-sahabat yang ingin turut serta bersama. Terima kasih buat sahabat-sahabatku sekalian, buat semua sama ada yang dapat pergi bersama atau tidak, ramai yang berkumpul memenuhi jalan di depan block E Mahallah Uthman, tidak henti-henti memberi semangat dan mengucapkan takziah serta memberi sumbangan sedikit sebanyak kepadaku yang mana aku tidak dapat menolaknya walaupun sebelum ini aku ini merupakan orang yang sukar menerima sumbangan orang. Aku juga dihujani sms yang tak henti-henti sehingga ke hari ini. Terima kasih semua…semoga Allah membalas segala kebaikan kepada kalian! Amin.

Ku Cium Ayahku yang Kaku Berkali-kali

Alhamdulillah, aku diberi kekuatan oleh Allah S.W.T. untuk terus tabah menerima takdir dan ketentuan dari-Nya. Aku menangis hanya seketika, ketika mencium dahi dan kelopak mata ayah kesayanganku, begitu juga ketika aku bersalam dan mencium dahi serta pipi ibuku. Sambil menangis ibuku memberitahu yang ayahku tidak sakit seperti ketika beliau tenat sewaktu dahulu (bulan lepas). Beliau tidak henti-henti melafazkan kalimah ‘Lailaha Illallah’ sehinggalah beliau menghembuskan nafas yang terakhir. Alhamdulillah. Selepas itu, aku kembali ke sisi ayahku, kuciumnya lagi, ku hadiahkan padanya doa dan zikir, ku ciumnya lagi, ku baca al-Quran dan ku ciumnya lagi. Itulah yang terakhir, alhamdulillah ketika hayat beliau masih ada aku sempat menciumnya dan mohon doa daripadanya ketika hendak pulang ke UIA selepas aku balik ke kampong disebabkan beliau tenat pada bulan lepas. Orang ramai serta saudara mara berpusu-pusu dan tidak henti-henti memberi penghormatan terakhir buat Ketua keluarga ku. Ruang dalam rumahku dipenuhi dengan kaum Hawa, manakala di luarnya dipenuhi oleh kaum Adam. Ku terfikir sejenak! “Alhamdulillah…ini mungkin kelebihan orang yang mati pada hari Jumaat dan di bulan mulia iaitu rejab.” Bisik hati kecilku.

Tunaikan Hajat Pak Teh dan Tok Cik

Mohd Ridhwan! Ibuku memanggil namaku…: “Mak Teh suruh pi ambik Pak Teh (Bapa Saudara)” kata ibu. Tanpa banyak bicara aku terus mendapatkan kunci kereta dan pergi bersama adikku (Firdaus@pak teh) serta Mak Teh (Mak Saudara) untuk membawa Pak Teh yang menghidap penyakit lumpuh. Sebenarnya beliau memohon untuk menziarahi ayahku pada malam kejadian lagi, akan tetapi atas masalah keuzuran beliau serta masalah ketiadaan kenderaan (kereta) maka hajat beliau tak dapat ditunaikan. Sesampai sahaja di persimpangan rumahku, beliau terus menangis teresak-esak…Mak Teh terus memarahinya: “Jangan la dok gheyau (nangis), malu kat orang”. Pak Teh tetap menangis juga. Mungkin beliau sedih sebab tak sempat bertemu dengan ayahku. Aku bersama adikku mengangkat beliau dan membawa beliau ke sisi ayahku, beliau merenung ayahku sambil mengalirkan air mata, mulutnya terkumit-kumit, mungkin membaca sesuatu (doa/zikir/al-Quran) kerana beliau tidak dapat bercakap seperti orang biasa dengan fasih setelah terkena racun pertanian. Kemudian aku bergegas ke kereta bersama Syafiq untuk mengambil Tok Cik (Ibu Saudara kepada ibuku) yang menetap di kampong asal ayahku (Kg. Kuar Jawa). Usia beliau sudah lanjut…alhamdulillah beliau sempat juga melihat jenazah ayahku yang kaku.

Ku Mandikan Ayahku Buat kali Terakhir

Jam menunjukkan lebih kurang pukul 10.00 am, aku serta beberapa orang abang dan adikku memandikan ayahku. Kami membantu dua orang Ustaz yang diundang untuk memandikan jenazah. Bila hampir selesai, aku bergegas ke rumah Mak Long (sebelah rumah) untuk mandi dan membersihkan badanku terlebih dahulu sebelum menunaikan solat jenazah. Setelah selesai, aku bergegas ke dalam rumah dengan harapan sempat untuk memberi kucupan terakhir buat ayahku, tetapi malangnya hajat aku tidak kesampaian, ayahku sudah siap dikapankan. Kedengaran suara ibuku bertanya-tanya: “Mana Cik Wan? Mana cik wan? Tak cium ayah ke?”. Dalam hati aku menjawab…: “Tak pa la Mak, cek dah cium ayah berkali-kali sebelum dan selepas beliau kembali kerahmatullah, syukur sangat-sangat.” Alhamdulillah.

Jenazah Ayahku dibawa ke Masjid Jerlun

Lebih kurang jam 10.40 am kami menghusung keranda memasuki van yang disediakan untuk membawa jenazah ayahku ke Masjid Jerlun yang terletak lebih kurang 1 km dari rumahku untuk disembahyang dan disemadikan jenazahnya. Alhamdulillah, ramai yang hadir untuk menunaikan solat jenazah ayahku…syukur sangat!. Tepat jam 11.00 am, aku terus mengimami solat jenazah tersebut. Setelah selesai bacaan doa dibaca oleh Ust. Mat Rejab (seorang Tok Guru Pondok) dan penutupnya oleh aku sendiri. Setelah selesai, ada baki empat orang yang belum solat, jadi kami terpaksa tunggu sebentar untuk memberi peluang kepada mereka untuk menunaikannya (jama’ah kedua).

Jenazah Ayahku Selamat disemadikan

Lebih kurang jam 11.30 am jenazah ayahku selamat disemadikan di tanah perkuburan Islam, Masjid Kampong Jerlun. Ku gumpal tanah liat dan ku masukkan ke dalam liang lahad. Tanah ku tiimbus-timbus bersama abang, adikku dan penggali kubur sehingga padat dan selesai. Alhamdulillah! Ayahku selamat dikebumikan. Kemudian talkin dibacakan bermula dengan aku, ust. Kamarudin dan kawan kepada adikku dari Pattani untuk memberi peringatan dan inzar kepada insan yang masih bernyawa.

Doaku untukmu Ayah!

Ya Allah! Kau ampunilah segala dosa-dosaku serta kedua ibu bapa, rahmatilah mereka berdua seperti mana mereka mengasihaniku sejak aku masih kecil.

Ya Allah! Kau ampunkanlah segala kesalahan dan dosa-dosa ayahku, samaada dia melakukan dalam keadaan sedar atau tidak.

Ya Allah! Kau bukakanlah kepada beliau pintu-pintu langit-Mu, cucurilah rahmat-Mu ke atasnya, limpahkanlah magfirah-Mu kepadanya dan redhakanlah segala tingkah lakunya tatkala beliau masih hidup.

Ya Allah! Kau jadikanlah kubur ayahku satu taman daripada taman-taman Syurga, luaskanlah kuburnya, campakkanlah ketenangan dalamnya, dan jadikanlah ayahku ahli daripada ahli-ahli Syurga bersama Nabi-Mu Muhammad S.A.W.

Ya Allah! Kau terimalah segala amal kebaikan yang telah dilakukan oleh ayahku, Kau ampunilah segala kesalahan dan kesilapan beliau, beratkanlah timbangan kebaikan beliau, ringankanlah timbangan kejahatan beliau, jadikanlah beliau dikalangan Ahli Yamin, dan jadikanlah kami (anak-anak serta isterinya) saksi kepada amal kebaikannya di dunia ini.

Amiin Ya Rabbal A’alamin!


Aku cinta padamu ayah! aku rindu padamu...namun Allah S.W.T. lebih menyayangimu. Berbahagialah kamu di Akhirat sana. Moga-moga seluruh ahli keluarga kita dapat bertemu bersama di Syurga nanti. Amin, ya Allah!

bersambung...