Thursday, April 30, 2009

Bila Babi Mengidap Selsema...

Selsema BABI? Pelik! tapi benar. Itulah hakikatnya dunia hari ini. Babi pun dah kena selsema, kesian dia kena pi jumpa doktor ambik ubat selsema. Kalau sebelum ini kita digemparkan dengan virus selesema burung, maka habis la burung-burung, ayam-itik dan haiwan yang seangkatan dengannya dibunuh dan dihapuskan, berjuta-juta ekor, sebab 'selsema burung' dikatakan merbahaya dan boleh menyebabkan kematian. Cuba kita lihat kenyataan-kenyataan akhbar yang berkaitan dengan virus selsema burung (H5N1) yang mengganas di seluruh dunia pada suatu ketika dahulu:

Virus avian ganas ditemui
(Berita Harian, Rabu – 30 Ogos 2006)

Bandung (Indonesia) – Virus selesema burung di Indonesia didapati bersifat ganas dan didakwa seorang pakar sebagai mampu berjangkit antara manusia. Berdasarkan beberapa kajian, virus selesema burung di Indonesia adalah antara yang paling ganas tetapi keganasannya bergantung kepada organ tubuh yang diserang dan ini menjadi penentu sama ada orang itu dapat dipulihkan atau menemui maut.

Virus H5N1 ditemui
(Berita Harian, Selasa – 29 Ogos 2006)

Hanoi (Vietnam) – Penemuan virus H5N1 di sebuah ladang kecil penternakan itik di selatan negara itu mengejutkan Vietnam kerana sejak tahun ini negara itu telah bebas daripada kes selesema burung. Penemuan itu membabitkan wilayah Ben Tre. Menurut seorang pegawai kesihatan haiwan daerah Thach Phu, wilayah Ben Tre, ujian makmal mengesahkan itik itu dijangkiti H5N1.

Selesema burung
(Berita Harian, Jumaat – 25 Ogos 2006)

Indonesia – Lima wilayah di Sumatera Utara, Tanah Karo, Dairi, Deli Serdang, Simalungun dan Tapanuli Tengah disahkan positif sebagai daerah yang dijangkiti wabak selesema burung. Bagaimanapun, jumlah itu dianggap kecil berbanding tahun lalu iaitu 13 daripada 25 wilayah di Sumatera.

Wanita maut akibat H5N1
(Berita Harian, Isnin – 21 Ogos 2006)

Jakarta (Indonesia)
– Seorang wanita berusia 35 tahun mati akibat selesema burung di sebuah kampung yang sehingga kini menyaksikan 12 kes yang disahkan atau disyaki akibat virus H5N1. Keputusan ujian makmal mengesahkan beliau mati kerana penyakit berkenaan.
Budak mati disahkan hidap H5N1
(Berita Harian, Jumaat – 18 Ogos 2006)

Jakarta (Indonesia)
– Seorang budak perempuan berusia sembilan tahun yang mati minggu ini didapati menghidap selesema burung selepas dua ujian tempatan menunjukkan positif manakala kampung tempat tinggal mangsa dilanda wabak penyakit itu. Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun dari kampung yang sama juga diuji positif terhadap selesema burung tetapi enggan dirawat di hospital.

Versi baru selesema burung dari China
(Berita Harian, Jumaat – 18 Ogos 2006)

Bangkok (Thailand) – Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendakwa jenis baru virus H5N1 selesema burung yang mencetuskan penularan wabak berkenaan di Thailand dan Laos berkemungkinan tersebar dari selatan China. Menurut Pengurus Pusat Pertubuhan Makanan dan Pertanian PBB (FAQ), virus H5N1 terus aktif di kawasan tengah Thailand, khususnya di pusat tumpuan burung dan ternakan dan mungkin juga turut membabitkan ternakan ayam dipelihara di belakang rumah, itik dan ayam sabung.

Apabila babi pula kena selsema...

Kini...setelah burung sudah tidak lagi mengidap penyakit selsema, babi pula yang kena selsema. Habis heboh satu dunia kecoh mengenai virus terbaru yang berjangkit dan sangat merbahaya sehingga boleh meragut nayawa manusia iaitu virus selsema babi yang berpunca daripada virus H1N1. Mexico dan Amerika Syarikat antara negara yang pertama mengahadapi serangan virus ini. Setakat ini (29 April 2009) sebanyak 159 orang maut akibat jangkitan virus selsema babi dan 2498 kes dilaporkan di seluruh Mexico. Maklumat terbaru yang diperolehi sebanyak tiga kes disahkan di Jerman pada hari ini.
Apa itu selsema BABI? Selsema babi merujuk kepada influenza (demam selesema) yang disebabkan oleh mana-mana virus dalam keluarga Orthomyxoviridae, berasal dari endemik (penyakit berjangkit) dalam populasi babi. Pada babi, wabak ini adalah sejenis penyakit berjangkit yang mengganggu sistem pernafasan babi dan berpunca daripada salah satu jenis virus selsema. Jenis virus ini dikenali sebagai virus influenza kinzir - (swine influenza virus - SIV), dan kesemua jenis SIV yang diketahui dikelaskan sebagai Virus influenza A (biasa) atau virus influenza C (jarang).[1] Sementara Virus influenza B tidak pernah dilaporkan wujud pada kinzir. Kesemua tiga kled, virus influenza A, B, dan C, adalah endemik pada manusia (boleh menjangkiti manusia). [http://ms.wikipedia.org/wiki/Selesema_babi]

MasyaAllah! semua ini adalah kehendak dan kekuasaan Allah S.W.T. yang merupakan Bala daripada Allah S.W.T. di atas kefasadan dan kemaksiatan yang dilakukan oleh manusia di atas muka bumi ini. Mungkin juga ini hikmah yang Allah nak tunjuk kepada seluruh manusia bahasa Islam itu Agama yang benar, suci dan selamat. Apa yang diharamkan oleh Islam memakannya seperti haram memakan babi ada hikmahnya tersendiri, bahkan Islam menyuruh umat-Nya memakan makan yang halal lagi baik, bukan halal semata-mata. Halal dan baik, itulah keutamaannya sebab ada makanan yang halal tetapi tidak baik atau kurang baik untuk kesihatan dan perkemabangan seorang insan. Allahuakbar! betapa indahnya ISLAM.

Selain itu, kejadian ini juga mungkin mempunyai hikmah kepada penentang projek ternakan babi moden yang dicadangan oleh kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di Selangor. Untuk menghalang dan menegah orang bukan Islam dari menternak dan memakan babi bukan jalan penyelesaian yang baik kerana negara kita merupakan negara yang majmuk masyarakatnya dan dakwah serta penerangan mesti diteruskan kepada mereka. Jadi, cadangan membina ladang ternakan moden adalah jalan yang tepat dan dianggap sebagai alternatif kepada kemelut masalah yang kita telah dan bakal hadapi. Kerajaan pusat mesti mengambil tanggungjawab ini, jangan disebabkan idea ini datang dari kerajaan PR maka ia ditolak mentah-mentah kerana yang menderita siapa? pemimpin atau rakyat? kita tengok di Melaka, masalah rakyat tetap tidak selesai apatah lagi datang masalah baru iaitu selsema babi.

No comments: