Wednesday, January 23, 2008

I’BRAH DARI STRATEGI DAN KEBIJAKSANAAN NABI SULAYMAN ALAYH AL-SALAM

Imam Ibn Jawzi rahimahullah mengisahkan daripada Muhammad ibn Ka’ab al-Qiradi yang menceritakan:

“ Seorang lelaki telah mengadu kepada Nabi Sulayman alayh al-salam. Wahai Nabi Allah, seorang jiranku telah mencuri angsa kepunyaanku, ujarnya. Lalu Nabi Sulayman pun menyeru, wahai kalian, marilah kita solat berjemaah!”.

Selesai solat, Nabi Sulayman menyampaikan khutbah kepada mereka. Di tengah-tengah khutbahnya, Nabi Sulayman berkata: “ Salah seorang antara kalian telah mencuri angsa tetangganya dan kemudian masuk ke masjid ini dengan bulu angsa itu masih berada di atas kepalanya”.

Justeru, seorang lelaki langsung mengusap kepalanya. Melihat keadaan demikian, Nabi Sulayman berkata: “ Tangkaplah dia, dialah teman kalian yang mencuri itu!”.

Pengajaran: Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua dan setiap masalah yang timbul dalam masyarakat kita hendaklah diselesaikan secara bijaksana dengan menggunakan kelebihan aqal dan ilmu yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T. kepada kita.

Rujukan:

Ghafarullah Din. Koleksi Kisah Ceria Pengasuh Akhlaq Mulia. Pusat Penerbitan Universiti (UPENA), Uitm 2007. m/s: 4.

No comments: