Monday, September 15, 2008

Nak Jadi Kaya? Jom! Sertai Pelaburan Ini...

Ramai orang bercita-cita untuk menjadi seorang jutawan pada hari ini. Betul atau tidak? Jika soalan ini diajukan kepada kanak-kanak pun mereka pasti akan menjawab 'Ya'. Memang itulah fitrah semulajadi manusia, yang sukakan kesenagan, kemewahan hidup dan harta yang banyak. Memang sudah fitrah Bani Adam, jika dibagikan padanya segunung emas dan permata, nescaya mereka nakkan dua, tiga gunung lain yang sama dengannya.


Tapi, itu semua hanya kekayaan dunia. Kita pun dah tahu bahawa hidup didunia ini hanyalah sementara waktu, harta kekayaan yang dikumpul tidak boleh dibawa ke kubur. Bila kita mati, kekayaan yang kita miliki akan menjadi milik orang lain pula. Jadi, apa guna kekayaan dunia kalau tidak dapat dimanfaatkan di Hari Akhirat? Dunia hanya perhiasan dan tipu daya semata-mata. Sedarlah, wahai insan. Setiap yang bernyawa pasti akan merasai saat keMATIan!!!


Jadi, apa tunggu lagi? Kita dah tau bahawa dunia ini adalah ladang bagi Akhirat, kita bercucuk tanam hari ini (di dunia) dengan benih-benih keikhlasan dan ketaqwaan Fi Sabilillah, kita akan tuai hasilnya yang lumayan di Negeri Abadi sana, ketika dibangkitkan di padang Mahsyar, di hadapan Hakim Yang Maha Agung, Yang Maha Adil. Barangsiapa yang ber'amal (soleh) walaupun sebesar biji sawi, dibalas satu kebaikan (pahala) padanya, dan barangsiapa yang ber'amal (toleh) walaupun sebesar biji sawi, dibalas kejahatan (dosa) padanya.


Oleh itu, wahai sahabat yang budiman! Ayuh, kita berlabur dengan saham Allah S.W.T. yang menjanjikan keuntungan lumayan baik di dunia mahupun di Akhirat. Kita diberi ni'mat kekayaan di dunia ini, maka kita laburkannya dalam Saham Ilahi melalui kerja Infaq fi Sabilillah. Dan bagi yang tidak mempunyai kekayaan harta benda jangan risau, Allah itu Maha Adil dan Maha mengetahui, jika ada RM5, maka infaqlah RM1, ataupun RM0.10 dengan syarat betul-betul IKHLAS kerana Allah.


مثل الذين ينفقون أموالهم في سبيل الله كمثل حبة أنبتت سبع سنابل في كل سنبلة مائة حبة والله يضاعف لمن يشاء والله واسع عليم
[البقرة: 261]


Imam Ibn Kathir menafisrkan ayat ini dengan berkata:


هذا مثل ضربه الله تعالى لتضعيف الثواب لمن أنفق في سبيله وابتغاء مرضاته وإن الحسنة تضاعف بعشر أمثالها إلى
سبعمائة ضعف


Selain itu, barangsiapa yang mempunyai kekayaan ILMU, maka infaqlah (ajarkanlah) ia kepada orang lain fi Sabilillah, barangsiapa yang mempunyai anak, maka infaqlah (didiklah) mereka dengan didikan agama (Islam) fi Sabilillah, barang siapa yang mempunyai diri dan tenaga, maka infaqlah ia fi Sabilillah untuk meletakkan Islam di tempat yang tertinggi.


Maaf! tak siap lagi. tapi boleh ambik manfaat mana yang ada dulu.k.

No comments: