Friday, January 9, 2009

KT punca UIA tukar tarikh p'raya kampus?

Jimadie Shah Othman Jan 9, 09 3:52pm

Kumpulan Pro-Mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa (UIA) percaya keputusan UIA mengubah tarikh pilihanraya kampusnya - dari 15 kepada 19 Januari ini - dipercayai ada kaitan dengan pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu.Mereka mengesyaki ia bertujuan untuk menghalang mahasiswanya daripada terlibat dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu pada 17 Januari depan."Motif sebenar penarikan notis (awal menetapkan pilihanraya kampus pada 15 Januari) itu, tidak diberitahu dan dihebahkan kepada mahasiswa UIAM.

"Tetapi dipercayai ada kena-mengena dengan pilihanraya kecil Kuala Terengganu yang bakal berlangsung pada 17 Januari," kata jurucakap kumpulan itu Ahmad Nor Muslim.Universiti itu - melalui notis bertarikh 5 Januari lalu - menetapkan pilihanraya kampusnya pada 15 Januari. Namun, sehari selepas itu, UIA didakwa menurunkan notis tersebut yang ditampal meluas di seluruh fakulti universiti berkenaan. Kelmarin, notis baru dikeluarkan, memaklumkan tarikh baru pilihanraya kampus UIA pada 19 Januari depan.Proses demokrasiKedua-dua notis tersebut ditandatangani Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar (HEP) Datuk Hamidon Abd Hamid yang juga pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya Kampus UIA.

Kumulan Pro-Mahasiswa, dalam sebuah kenyataan hari ini berkata, mereka difahamkan tindakan itu melibatkan campurtangan "pihak atasan" yang membatalkan notis awal Suruhanjaya Pilihanraya Kampus UIA. Menurut Ahmad lagi, beliau difahamkan, dipercayai wujudnya pergeseran dalaman di antara pentadbiran yang menyebabkan pihak atasan berhubung perkara itu.Usaha Malaysiakini mendapatkan penjelasan UIA berhubung dakwaan ini belum berhasil.Ketika dihubungi, Ahmad berkata, jika pilihanraya kampus UIA diteruskan seperti yang dijadual pada mulanya, mahasiswa berkesempatan turun ke Kuala Terengganu bagi menyaksikan proses demokrasi dalam pilihanraya kecil itu.

"Tetapi bila ditukar kepada 19 Januari, takkan ada yang hendak turun (ke Kuala Terengganu) lagi," tambahnya.Pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Omar dengan calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut dan calon bebas Azharudin Mamat @ Adam .

sumber: malaysiakini.com

No comments: