Institut Nasional Untuk Ketelusan Pilihan raya (NIEI) mendedahkan kepada pihak media dan orang awam berkenaan isu rasuah dan penyalahgunaan kuasa oleh UMNO/BN dalam pilihanraya kecil parlimen Kuala Terengganu P0.36 baru-baru ini, ketika mengadakan sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Selangor semalam melalui pengerusinya Yunus Ali. Katanya: "Terlalu banyak rasuah dan penyalahgunaan jentera kerajaan berlaku dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu yang berakhir pada 17 Januari lalu." Berikut adalah fakta-fakta penyelewengan tersebut:
- Penubuhan dan pemberian RM 1 juta untuk Tabung Kecemasan Nelayan.
- Peruntukan RM150,000 untuk skim pembangunan nelayan Kuala Terengganu.
- Pemberian secara lambak tanpa tender 583 projek Kelas F yang bernilai RM15.8 juta.
- Upacara mengasaskan projek pembinaan unit kardiologi yang bernilai RM10 juta.
- Upacara perasmian projek pembinaan masjid di Kubang lkan (Kuala Terengganu) pada 15 Januari 2009.
- Upacara pecah tanah pembinaan 1,200 unit Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).
- Perasmian peruntukan RM100 juta untuk membina 1,000 unit rumah kos rendah di Kuala Terengganu.
- Pemberian RM6.1 juta kepada Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hwa Wei Sin.
- Pemberian sebanyak RM2.5 juta untuk masyarakat Cina Kuala Terengganu.
- Pengumuman geran RM 50 juta untuk sekolah-sekolah Cina.
- Pemberian pilot E-book (komputer) kepada 100 orang di Kuala Terengganu.
- Janji pemberian 23,000 buah E-book (komputer), berharga RM 1,300 sebuah, kepada kanak-kanak sekolah.
- Seramai 206 orang penenun songket menerima satu set seorang Mesin Tenunan Tradisional yang berharga RM 695 seunit.
- Pemberian RM408.6 juta kepada kerajaan Negeri Terengganu sebagai royalti minyak.
Mengisytiharkan projek untuk meluaskan ruang keluar-masuk pelabuhan perikanan di Pelabuhan Cendering.
No comments:
Post a Comment