Monday, May 25, 2009

BN Ikut Landasan Yang Betul - Queen’s Counsel, London. Betul ke?

Hari ini Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan bahawa Barisan Nasional (BN) pimpinannya telah mengikut landasan dan panduan yang betul, mengikut lunas undang-undang antarabangsa. Beliau berkata Mahkamah Rayuan yang memutuskan bahawa Zamry sebagai Menteri Besar Perak yang sah adalah tepat dan diakui oleh oleh pakar undang-undang antarabangsa Queen’s Counsel Lord Lester. Betul ke?

Najib berkata: “Kalau seorang Queen’s Counsel seperti Lord Lester itu boleh mengeluarkan pendapat bahawa kita berada di atas landasan yang betul, seperti mana keputusan mahkamah rayuan, maka janganlah disalahertikan ataupun memberikan pandangan yang negatif terhadap badan kehakiman negara." [Sinar Harian: 25 Mei 2009]

Najib dilihat terdesak mengeluarkan kenyataan demikian bagi memulihkan imej Institusi Kehakiman Negara yang dilihat dikuasai dan dipengaruhi oleh 'Sang Penguasa' Negara ini apabila Mahkamah Rayuan memberi kemengan mudah kepada Zamry mengatasi Nizar (3-0) dan sekaligus menafikan dakwaan Pakatan Rakyat (PR) berhubung perkara tersebut. Beliau cuba meyakinkan rakyt bahawa Badan Kehakiman dan Mahkamah Rayuan bebas dari pengaruh politik BN. Sebelum menafikan perkara tersebut, Najib perlu perjelaskan isu perlantikan hakim V.K Linggam terlebih dahulu. Barulah rakyat boleh terima penafian tersebut. Ingat! rakyat sekarang bukan bodoh dan media BN sudah tidak lagi mampu mempengaruhi minda rakyat.

Persoalannya sekarang, apakah benar kenyataan Najib tersebut? Apakah buktinya? Kalau benar ia mungkin sudah diatur oleh 'think thank' BN yang pergi ke London bagi memohon 'restu' Queen’s Counsel Lord Lester. Najib perlu kemukakan bukti, barulah rakyat boleh menilainya. Fikir-fikirlah wahai orang yang mempunyai fikiran!

No comments: