Sunday, May 24, 2009

MAHU TANDING MANIK URAI: BN JELAS TIPU RAKYAT HIDUP-HIDUP


Bila Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Najib Razak (DSNR) yang juga pengerusi Barisan Nasional (BN) mengumumkan bahawa BN tidak akan bertanding menentang Pakatan Rakyat (PR) di Penanti dengan alasan tidak mahu 'menari' mengikut mainan politik PR dan BN lebih mengutamakan khidmat kepada rakyat dan usaha memulihkan ekonomi negara, mungkin ada segelintir rakyat yang teruja dengan keputusan tersebut. Manakan tidak? Di awal pemerintahan DSNR, bersungguh-sungguh benar beliau melaung-laungkan slogan "1Malaysia (One Malaysia): Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan".


"Ia juga permainan politik pembangkang dan tidak ada kena mengena dengan Perlembagaan. Kita tidak mahu menari ikut rentak orang lain. "Oleh kerana BN lebih mengutamakan khidmat kepada rakyat dan usaha memulihkan ekonomi negara serta meletakkan kepentingan parti lebih utama, jadi kita putuskan untuk tidak meletakkan calon pada pilihan raya kecil itu," katanya selepas pertama kali mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN selama dua jam baru-baru ini.[Berita Harian: 18 Mei 2009]


Tapi, dengan izin Allah s.w.t. yang mungkin nak menzahirkan kebohongan pemimpin utama BN tersebut, seorang wakil rakyat PAS (Parti Islam Semalaysia) ADUN Manik Urai, Kelantan, YB. Ismail Yaakob kembali kerahmatullah. Maka, akan berlakulah pilihan raya kecil (PRK) yang paling ditakuti oleh BN sejak kalah kepada PR dalam empat PRK yang lepas dengan agreget 4-1. PRK Manik Urai akan menjadi medan ujian kepada 'manis mulut' ucapan pemimpin-pemimpin BN tersebut iaitu tidak akan menyertai PRK lagi kerana mahu memberi kutamaan kepada rakyat dan ekonomi Negara. Akhirnya, terbukti BN menipu rakyat hidup-hidup. Sebaik sahaja DSNR dan timbalannya Tan Seri Muhaydin Yasin (TSMY) tahu dan ditanya oleh media tempatan dengan spontan dan pantas - tanpa mengadakan mesyuarat dengan pemimpin utama BN yang lain - mereka menyatakan BN akan bertanding dalam PRK Manik Urai. Apa kata TSMY?: "PAS jangan terlalu yakin. BN tak akan bagi laluan mudah (untuk PAS menang)."


Begitu juga dengan DSNR ketika diitanya sama ada keputusan dibuat kerana BN takut menerima kekalahan, DSNR berkata: "Tidak... perkara itu tidak timbul kerana akan tiba masanya kita tetap akan berdepan dengan rakyat apabila pilihan raya umum nanti." [Berita Harian: 18 Mei 2009]


Jadi, dimana kata BN tak nak bazirkan wang rakyat? PRK buang masa, lebih baik fokus pulihkan ekonomi? Sedapnya mulut berbicara, tapi hakikatnya Allah s.w.t. sahaja yang tahu. BN! Tunggulah nasibmu, rakyat bukan mudah ditipu dan diperbodoh-bodohkan. Bak kata pepatah: "Terlajak perahu boleh diundur lagi, terlajak kata buruk padahnya." Rakyat tunggu apa lagi? Ayuh! tolak BN.

No comments: