Tuesday, May 26, 2009

Elak Sesak, Bazir Masa Rakyat: Hapuskan Sahaja Tol

Semalam saya sempat menonton Buletin Utama, TV3 mengenai Menteri Kerjaraya, Datuk Shaziman Abu Mansor yang turun padang merasai sendiri keperitan rakyat saban hari dengan 'sabar' membayar tol yang disediakan oleh kerajaan 'rakyat' dan syarikat konsesi yang terbabit. Sudahlah kena bayar tol, rakyat juga terpaksa membazirkan masa berjam-jam sehari untuk berbaris membayar tol tersebut. Bukankah masa itu sangat penting bagi kita? Apatah lagi kita sebagai pekerja, sudah pasti setiap detik sangat bernilai bagi kita. Pepatah Melayu ada berkata 'Masa Itu Umpama Emas' dan pepatah Arab juga dengan nada yang sama berkata 'Masa itu seperti pedang yang tajam, jika kita tidak memutuskannya (menggunakannya sebaik mungkin) nescaya ia akan memancung kita."

Terdahulu, saya ucapkan tahniah kepada menteri berkenaan kerana cuba turun padang untuk merasai masalah dan keperitan hidup rakyat hari demi hari. Usaha sebegini sangat penting dan amat wajar sekali diteladani oleh pemimpin-pemimpin lain baik Pakatan Rakyat (PR) atau Barisan Nasional (BN). Bila sudah dilantik menjadi 'wakil' kepada rakyat, maka kena utamakan rakyatlah. Jangan pula utamakan diri, keluarga dan kroni. Jangan hanya pandai buat slogan 'rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan' tetapi tidak disusuli oleh tindakkan. Jangan hanya turun padang diwaktu pilihanraya, berkempen jadi calon, ataupun meraih simpati untuk mendapat semula undi rakyat setelah mengalami 'tsunami' dalam politik. Laksanakanlah tugas dengan AMANAH dan IKHLAS.

Jadi bila dah turun pada baru tahu betapa peritnya hidup rakyat bawahan, barulah keluar kenyataan sebegini dari mulut seorang Menteri Kerjaraya:

"Itupun pada suasana trafik yang tidak sesak. Bayangkan pada waktu puncak, Secara puratanya, 20 minit terbuang semata-mata untuk membayar secara tunai di pondok tol," katanya kepada pemberita selepas tinjauan itu.

Beliau turut meminta semua syarikat konsesi tol memikirkan kaedah promosi terbaik bagi menggalakkan pengguna lebuh raya menggunakan kemudahan Touch ‘n Go serta Smart Tag.

“Sebagai contoh, penggunaan Smart Tag mengambil masa dua saat hingga tiga saat, manakala Touch ‘n Go pula tiga hingga lima saat. Penggunaan tunai pula mengambil masa tiga saat hingga 10 saat. Pengguna lorong tunai perlu beratur panjang jika kesesakan di lorong berkenaan berbanding mereka yang menggunakan dua kemudahan itu.

“Saya berharap syarikat konsesi tol memikirkan kaedah promosi terbaik bagi memastikan pengguna lebuh raya yang kini membayar secara tunai beralih kepada Touch ‘n Go dan Smart Tag. [Berita Harian: 26 Mei 2009]

Cadangan penggunaan Smart Tag dan Touch & Go yang dicadangkan oleh menteri berkenaan memang ada baiknya, tapi rakyat tetap akan menghadapi masalah yang sama bahkan lebih lagi. Pengalaman saya tinggal berhampiran Ibu Kota, Kuala Lumpur, pernah suatu ketika saya pergi melalui Plaza Tol Sungai besi menghala ke Puchong, saya dapati lorng Touch & Go lah yang paling 'jam' dan rakyat pun terpaksa mengeluarkan duit poket juga untuk membeli kad Touch & Go dan Smart Tag. Jadi, masalah rakyat tak selesai juga. Oleh itu, cadangan yang terbaik ialah hapuskan sahaja tol, jimat duit dan masa rakyat. Saya pasti! Jika cadangan ini diutarakan kepada menteri tersebut mesti beliau akan jawab cadangan ini tidak releven kerana kerajaan mempunyai perjanjian dengan syarikat konsesi yang terlibat. Cadangan saya mudah, jika betul kerajaan ada perjanjian tersebut khususnya untuk membantu kerajaan membiayai kos pembinaan sesuatu lebuhraya atau jalan tersebut dengan mengutip duit rakyat melalui kutipan tol, sila teruskan. Akan tetapi, kerajaan mestilah melatakkan tempohnya sehingga selesai hutang tersebut. Sudah selesai, hapuskan sahaja tol.

bersambung...


No comments: