Saturday, May 23, 2009

MB PERAK: KEPUTUSAN MAHKAMAH RAYUAN MEMANG SUDAH DIDUGA


Khamis - 22 Mei 2009, ramai yang menanti keputusan mahkamah rayuan bagi menentukan siapakah Menteri Besar (MB) Perak yang sah? Nizar atau Zamry? Saya rasa umum telah mengetahui keputusannya. Nizar tewas 3-0 kepada Zamry. Mungkin ramai yang terkejut dengan keputusan tersebut, tapi bagi saya tiadak ada apa-apa kejutan pun. Keputusan tersebut memang sudah dijangka akan memihak kepada Zamry. Mudah kata 'Siapa Berkuasa di Negara Ini, Dialah yang Juara'.

Kita pandang belakang sebentar, pada 11 Mei yang lepas, Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) Datuk Abdul Aziz Abd Rahim memutuskan bahawa Nizar merupakan MB Perak yang sah. Beliau berkata Nizar tidak mengosongkan jawatannya itu kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti anggota DUN. "Bagaimana seseorang boleh mengatakan yang pemohon (Nizar) telah hilang kepercayaan majoriti mengikut Perkara 16(6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak?" "Berdasarkan amalan demokrasi, isu kehilangan kepercayaan majoriti hanya boleh diambil kira melalui undi tidak percaya terhadap pemohon (Nizar), hanya melalui cara ini menteri besar boleh disingkirkan," Abdul Aziz dipetik berkata dalam penghakiman bertulis yang disampaikannya pada 2.30 petang hari tersebut.

Namun, pada hari ini (23 Mei) Mahkamah Rayuan memutuskan yang sebaliknya. Panel tiga hakim menerima rayuan dan hujahan peguam Zamry dan memberi kemenangan kepada beliau 3-0. Pelik! Keputusan tersebut seolah-olah tidak mengambil kira keputusan Mahkamah Tinggi yang lepas. Paling logik pun, bagi la kemengan 2-1 ka? Sudah la awal-awal lagi permohonan Nizar untuk melantik lima hakim bagi mendengar rayuan Zamry ditolak bulat-bulat. Dimana kredibiliti Institusi Kehakiman? Ingatkan keputusan Mahkamah Tinggi tempoh hari petanda awal tranformasi kredibiliti Institusi Kehakiman, rupanya tidak.

Dalam penghakiman tersebut, ketiga-tiga mereka berhujah bahawa hakim mahkamah tinggi Datuk Abdul Aziz Abd Rahim membuat kesilapan dalam keputusannya dan Sultan Perak layak melantik Zambry apabila Mohamad Nizar hilang majoriti dalam DUN.Panel tiga hakim yang mendengar rayuan tersebut ialah Datuk Md Raus Sharif, Datuk Zainun Ali dan Datuk Ahmad Maarop. Sebelum itu, terdapat satu keraguan yang perlu dirungkai apabila rayuan Zamry diterima oleh Hakim Mahkamah Rayuan kurang 24 jam dari keputasan yang diumumkan oleh Mahkamah Tinggi. Hakim Dato' Ramly Mohd Ali yang membenarkan permohonan rayuan tersebut pernah disebut dalam rakaman video Hakim VK Lingam yang mencetuskan kontroversi tidak lama dahulu.

Memang sukar untuk Nizar menang terhadap Zamry walaupun peluang terakhir untuk menegakkan keadilan terletak pada keputusan Mahkamah Persekutuan. Sebagai seorang yang tidak mempunyai ikhtisas dalam undang-undang, saya pun bertanya kepada rakan saya Mohd Nor Abd Rahim - B.A Undang-undang UIAM - Sedang buat 'Syariah Law' & Master (MCL) di UIAM: "Md Nor! Mahkamah Rayuan putuskan hari ini Datuk Dr. Zamry Abdul Kadir adalah Menteri Besar Perak yang sah. Macam mana? Mahkamah rayuan lebih kuasa daripada Mahkamah Tinggi ke? Lepas ni Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin ada peluang lagi ke?

Jawab Md. Nor: " Hmm...memang Mahkamah Rayuan lagi tinggi. So, harapan terakhir Mahkamah Persekutuan la... . Pandangan personal ana (saya), peluang (Nizar) memang tipis. Nizar patutnya kalah dari awal lagi. Sebabnya, Mahkamah Persekutuan dah putus 3 orang ADUN (bekas ADUN Pakatan) masih sah dan tidak boleh digantung. Implikasinya, Nizar hilang majoriti dan Zamry sah. Tapi, hujah Mahkamah Tinggi boleh pakai juga."

Seorang lagi sahabat saya, Luqman Md Isa - B.A Undang-undang UIAM - Chambring Law di Khaleq Awang & Associates, Danau Kota, Setapak Selangor - berkata: " Nizar masih lagi boleh rayu ke Mahkamah Persekutuan, pilihan terakhir sebagai mahkamah paling tinggi. Keputusannya muktamad. Ya! Mahkamah Tinggi berada di bawah Mahkamah Rayuan."

No comments: