Wednesday, December 3, 2008

Ekspedisi Bukit Tabuh 2008 - ADUN Ulu Klang




30 November 2008 - Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Ulu Klang telah menganjurkan satu program ekspedisi lasak mendaki Bukit Tabuh yang terletak di kawasan Ulu Klang dengan kerjasama Unit Amal Gombak, Ulu Klang Youth Club dan Briged Amal MTD UK. Program tersebut berjaya mencapai target partisipasi yang ditetapkan iaitu seramai 50 orang peserta.

Sebelum ke kaki bukit, satu majlis perasmian diadakan bertempat di halaman Surau Mardhiah yang dirasmikan oleh YB Sya'ari Sungib, ADUN Ulu Klang. Dalam ucapan yang ringkas beliau cuba menasihatkan para peserta supaya mengagungkan Allah S.W.T. dan melihat kebesaran ciptaan-Nya dengan bertakbir ketika mendaki bukit, bertasbih ketika menurun dari curam/bukit dan La haw la wa la quwwata illa billah ketika sampai di puncak bukit. Beliau menyatakan itulah amalan yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. Beliau juga sempat berseloroh: "...dan jangan tinggalkan apa-apa di atas bukit walaupun secebis sampah dan najis (kecil/besar)."