Thursday, April 30, 2009

Bila Babi Mengidap Selsema...

Selsema BABI? Pelik! tapi benar. Itulah hakikatnya dunia hari ini. Babi pun dah kena selsema, kesian dia kena pi jumpa doktor ambik ubat selsema. Kalau sebelum ini kita digemparkan dengan virus selesema burung, maka habis la burung-burung, ayam-itik dan haiwan yang seangkatan dengannya dibunuh dan dihapuskan, berjuta-juta ekor, sebab 'selsema burung' dikatakan merbahaya dan boleh menyebabkan kematian. Cuba kita lihat kenyataan-kenyataan akhbar yang berkaitan dengan virus selsema burung (H5N1) yang mengganas di seluruh dunia pada suatu ketika dahulu:

Virus avian ganas ditemui
(Berita Harian, Rabu – 30 Ogos 2006)

Bandung (Indonesia) – Virus selesema burung di Indonesia didapati bersifat ganas dan didakwa seorang pakar sebagai mampu berjangkit antara manusia. Berdasarkan beberapa kajian, virus selesema burung di Indonesia adalah antara yang paling ganas tetapi keganasannya bergantung kepada organ tubuh yang diserang dan ini menjadi penentu sama ada orang itu dapat dipulihkan atau menemui maut.

Virus H5N1 ditemui
(Berita Harian, Selasa – 29 Ogos 2006)

Hanoi (Vietnam) – Penemuan virus H5N1 di sebuah ladang kecil penternakan itik di selatan negara itu mengejutkan Vietnam kerana sejak tahun ini negara itu telah bebas daripada kes selesema burung. Penemuan itu membabitkan wilayah Ben Tre. Menurut seorang pegawai kesihatan haiwan daerah Thach Phu, wilayah Ben Tre, ujian makmal mengesahkan itik itu dijangkiti H5N1.

Selesema burung
(Berita Harian, Jumaat – 25 Ogos 2006)

Indonesia – Lima wilayah di Sumatera Utara, Tanah Karo, Dairi, Deli Serdang, Simalungun dan Tapanuli Tengah disahkan positif sebagai daerah yang dijangkiti wabak selesema burung. Bagaimanapun, jumlah itu dianggap kecil berbanding tahun lalu iaitu 13 daripada 25 wilayah di Sumatera.

Wanita maut akibat H5N1
(Berita Harian, Isnin – 21 Ogos 2006)

Jakarta (Indonesia)
– Seorang wanita berusia 35 tahun mati akibat selesema burung di sebuah kampung yang sehingga kini menyaksikan 12 kes yang disahkan atau disyaki akibat virus H5N1. Keputusan ujian makmal mengesahkan beliau mati kerana penyakit berkenaan.
Budak mati disahkan hidap H5N1
(Berita Harian, Jumaat – 18 Ogos 2006)

Jakarta (Indonesia)
– Seorang budak perempuan berusia sembilan tahun yang mati minggu ini didapati menghidap selesema burung selepas dua ujian tempatan menunjukkan positif manakala kampung tempat tinggal mangsa dilanda wabak penyakit itu. Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun dari kampung yang sama juga diuji positif terhadap selesema burung tetapi enggan dirawat di hospital.

Versi baru selesema burung dari China
(Berita Harian, Jumaat – 18 Ogos 2006)

Bangkok (Thailand) – Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendakwa jenis baru virus H5N1 selesema burung yang mencetuskan penularan wabak berkenaan di Thailand dan Laos berkemungkinan tersebar dari selatan China. Menurut Pengurus Pusat Pertubuhan Makanan dan Pertanian PBB (FAQ), virus H5N1 terus aktif di kawasan tengah Thailand, khususnya di pusat tumpuan burung dan ternakan dan mungkin juga turut membabitkan ternakan ayam dipelihara di belakang rumah, itik dan ayam sabung.

Apabila babi pula kena selsema...

Kini...setelah burung sudah tidak lagi mengidap penyakit selsema, babi pula yang kena selsema. Habis heboh satu dunia kecoh mengenai virus terbaru yang berjangkit dan sangat merbahaya sehingga boleh meragut nayawa manusia iaitu virus selsema babi yang berpunca daripada virus H1N1. Mexico dan Amerika Syarikat antara negara yang pertama mengahadapi serangan virus ini. Setakat ini (29 April 2009) sebanyak 159 orang maut akibat jangkitan virus selsema babi dan 2498 kes dilaporkan di seluruh Mexico. Maklumat terbaru yang diperolehi sebanyak tiga kes disahkan di Jerman pada hari ini.
Apa itu selsema BABI? Selsema babi merujuk kepada influenza (demam selesema) yang disebabkan oleh mana-mana virus dalam keluarga Orthomyxoviridae, berasal dari endemik (penyakit berjangkit) dalam populasi babi. Pada babi, wabak ini adalah sejenis penyakit berjangkit yang mengganggu sistem pernafasan babi dan berpunca daripada salah satu jenis virus selsema. Jenis virus ini dikenali sebagai virus influenza kinzir - (swine influenza virus - SIV), dan kesemua jenis SIV yang diketahui dikelaskan sebagai Virus influenza A (biasa) atau virus influenza C (jarang).[1] Sementara Virus influenza B tidak pernah dilaporkan wujud pada kinzir. Kesemua tiga kled, virus influenza A, B, dan C, adalah endemik pada manusia (boleh menjangkiti manusia). [http://ms.wikipedia.org/wiki/Selesema_babi]

MasyaAllah! semua ini adalah kehendak dan kekuasaan Allah S.W.T. yang merupakan Bala daripada Allah S.W.T. di atas kefasadan dan kemaksiatan yang dilakukan oleh manusia di atas muka bumi ini. Mungkin juga ini hikmah yang Allah nak tunjuk kepada seluruh manusia bahasa Islam itu Agama yang benar, suci dan selamat. Apa yang diharamkan oleh Islam memakannya seperti haram memakan babi ada hikmahnya tersendiri, bahkan Islam menyuruh umat-Nya memakan makan yang halal lagi baik, bukan halal semata-mata. Halal dan baik, itulah keutamaannya sebab ada makanan yang halal tetapi tidak baik atau kurang baik untuk kesihatan dan perkemabangan seorang insan. Allahuakbar! betapa indahnya ISLAM.

Selain itu, kejadian ini juga mungkin mempunyai hikmah kepada penentang projek ternakan babi moden yang dicadangan oleh kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di Selangor. Untuk menghalang dan menegah orang bukan Islam dari menternak dan memakan babi bukan jalan penyelesaian yang baik kerana negara kita merupakan negara yang majmuk masyarakatnya dan dakwah serta penerangan mesti diteruskan kepada mereka. Jadi, cadangan membina ladang ternakan moden adalah jalan yang tepat dan dianggap sebagai alternatif kepada kemelut masalah yang kita telah dan bakal hadapi. Kerajaan pusat mesti mengambil tanggungjawab ini, jangan disebabkan idea ini datang dari kerajaan PR maka ia ditolak mentah-mentah kerana yang menderita siapa? pemimpin atau rakyat? kita tengok di Melaka, masalah rakyat tetap tidak selesai apatah lagi datang masalah baru iaitu selsema babi.

A New Government To Serve One Malaysia - Najib

I am very pleased to be with you today to talk with you about my decisions on our new government.A NEW CABINET, NEW PRIORITIESAs I have spoken to people over recent days, I have seen and heard a desire for renewal and change. A government that responds to the needs of today's Rakyat and prepared to serve future generations. I am proud to have selected 28 men and women for our new government who share this passion for our country's future. I am grateful that they have agreed to serve. They reflect the strength and diversity of the BN coalition which is representative of all Malaysians and all parts of our country… One Malaysia.

What is most important about this new Cabinet are not the things that make us different, but the things we hold in common:- A sense of integrity and high standards, to preserve the public trust;- Talent and ability that we will need in these challenging times; - Loyalty to their party, their government and most importantly their country; and- A passion to renew our country for a new century.We will continue to build a government for all of our people…serving the needs of all of our people:- Renewing our economy to overcome the effects of a global recession, and addressing the structural challenges that will unleash our true potential;- Building a stronger and united community based on mutual respect and trust;- Lifting people out of poverty and enhancing real incomes for all;- Strengthening our educational system;- Engaging all Malaysians in our political process and broadening our national conversation.

NEW APPROACH TO GOVERNINGMy Cabinet will not merely be a new team, with new faces; but equally a repositioning of roles and portfolios. It will also mark a new approach towards a transparent and accountable government, focused on delivery for the people. I want to begin by introducing a new paradigm for performance and delivering results, through rigorous use of Key Performance Indicators. These indicators will focus on impact, rather than inputs, outcomes, rather than outputs, and ensure that public services deliver value for money.They will represent our nation’s top strategic priorities, and will be monitored by a new unit that will be overseen by a Minister in the Prime Minister’s Department. It is my intention that my Ministers and senior civil servants be held accountable for the delivery of these performance indicators. Deputy Ministers – 40 in all – will be assigned specific areas of responsibility. I will instruct Ministers to provide clearly defined KPIs and defined responsibilities for themselves and their Deputies within the next 30 days. It is my intention that these goals will hold my Government accountable to the rakyat.

So, working with the Minister responsible for overseeing these indicators, I will be personally involved in reviewing the progress of all Ministers every 6 months to ensure their performance is on track, and where it is not, work with them and the civil service to ensure that we remove the barriers to their success. This approach reflects my long held practice of achieving transformation through performance-based leadership. I want to ensure that the structure of our government is best able to meet the needs of our people; a government that is streamlined to deliver better value for the public and aligned to meet new challenges in new times.
Therefore, I have decided to reduce the number of Ministries in my Cabinet: two Ministries have been disbanded, and their functions absorbed by others. A renamed Ministry of Energy, Green Technology and Water has been established, with a mandate to promote sustainable development and the adoption of green technologies. I have also appointed a Minister in charge of Unity within the Prime Minister’s Department, concurrent with his responsibility for Performance Management. This new portfolio will adopt creative approaches towards promoting national unity, in line with the concept of One Malaysia, People First, Performance Now. Economic recovery and building long-term prosperity are the top priorities of this government. As such, I will lead our government's efforts with an experienced, proven economic team working for Malaysia. Part of this effort will be a new Council of Economic Advisors, reporting directly to me, to provide independent and objective expert advice as we navigate these turbulent economic times and build the foundations for an innovation economy. The Chair of this Council will be of ministerial rank. And to ensure we maximize Malaysia's greatest competitive asset - our human capital - the Deputy Prime Minister will lead a strong team focused on unleashing the potential and talent of our country.I have become convinced that to renew our country, we need to renew our government: a new Cabinet, with new accountability and new structures.

To my Ministers: The people expect us to work tirelessly on their behalf; to listen and learn from them; to never rest in our commitment to One Malaysia. We must never let them down. We have the privilege of serving our nation; we must meet that honour with the utmost dedication and humility.To Malaysia's outstanding civil servants: your service is valued and vital to our nation's long-term prosperity. This will be a demanding government with a deep commitment to the offices we are privileged to hold. We ask you to partner with us; to match our commitment and to give the people of Malaysia your all.And to the people of Malaysia: let me challenge you…in particular our young people…to become part of our nation's renewal. We all must understand that the days of top-down, government-knows-best are behind us. We can only achieve our ambitions for Malaysia when the government of our country and the people of our country work together to build a stronger nation. Many obstacles lie ahead but I believe there is no problem in our country that cannot be solved by what is great about our country; the strength, skills and talent of our people. So join us. Join our country’s new team. Join us on this journey to renew Malaysia. Together, it can be our greatest achievement.

Ustaz Firdaus! Kan Ku Kenang Sentiasa Kenangan Singkat Bersamamu

Ust. Firdaus (kanan) bersama YDP. MMBB Ust. Halim bersembang sambil menjamu selera.

Ketawa sakan: Sdr. Nizam (kiri) ketawa sakan di sebelah Ust. Firdaus (kanan). Apa yang lawaknya ya? Mungkin dia terlalu seronok dapat makan bersama Ust. Firdaus buat pertama kali & terakhir. Hehe.

Ust. Firdaus (tengah) bersama Ust. Hamadi (kiri) serius melihat karenah pelajar.

Masih bertenaga: Ust. Firdaus (depan), Pak Yied (tengah) dan kontijen guru2 dan staf2 termasuk abumunzir berntap menarik tali vs para pelajar.


Ust. Firdaus (tengah) bersama Ust. Amin (kiri) khusyuk mendengar 'tazkirah' dari Ust. Nasoha.
Gaya Ust. Firdaus (kanan) berbincang sesuatu dengan PK 1 MMBB Ustzh. 'Alawiyah

Aduh! Letihnya...mungkin itulah yang difikirkan oleh Ust. Firdaus (duduk).

Bersedia! Ust. Firdaus bersama kontijen guru-guru dan staff MMBB sebelum acara tarik tali.

Tarik 3x! Itulah sorakkan dan sokongan yang diberikan oleh Ust. Firdaus kepada pasukan Rumahnya (Biru). Tapi! tetap kalah dengan pasukan saya iaitu Rumah Hijau. He!he!

Kenangan terakhir: Guru-guru Maktab Mahmud bergambar kenangan bersama Ustaz Firdaus (tengah berbaju batik biru terang)

Ustaz Firdaus bin Dato' Zainol itulah namanya. Orangnya muda, baik, mesra, dan mudah didampingi. Memang banyak kenangan bersama walaupun masa terlalu mencemburui dia bersama kami di Maktab Mahmud Bandar Baharu (BMBB)...susulan akan datang!

Wednesday, April 29, 2009

1Malaysia: Keikhlasan & Ketelusan Kerajaan Diragui?

Era pemerintahan 'Pak Lah' atau lebih dikenali dengan 'Mr. Clean' sudah berakhir dengan penyerahan kuasa Presiden UMNO dan Pendana Menteri Malaysia kepada Dato' Seri Najib Tun Razak. Rakyat dapat melihat betapa Pak Lah terpaksa berbuat demikian, bukan atas desakan rakyat yang mahukan perubahan dalam pucuk pimpinan Negara, tapi atas dasar desakan Tun Mahathir Mohamad dan keinginan Najib yang mahu merasai 'nikmat' berada di kerusi empuk no. 1 Negara, Pak Lah terpaksa mengorbankan dirinya. Hampir latu dirinya dikritik hebat oleh Tun M. Ada pendapat yang kuat mengatakan Tun M berbuat demikian kerana Pak Lah membatalkan projek Jambatan Bengkok (JB), milik kroni Tun M. Dakwaan ini ada benarnya, manakan tidak? Selepas sahaja Najib mengangkat sumpah sebagai PM Malaysia yang ke-6, ada 'suara keramat' yang mahukan projek JB diteruskan kembali dan Tun M pun telah menyertai UMNO semula serta merestui Najib sebagai PM. Bagi saya penyertaan semula Tun M ke dalam UMNO serta merta selepas Pak Lah menyerahkan jawatannya kepada Najib merupakan satu 'penghinaan' yang disengajakan kepada Pak Lah. Tergamak Tun M berbuat demikian. Siapa Pak Lah? Anak buah Tun M juga, dan pilihan beliau juga untuk menggantikannya di 'kerusi empuk' no.1 Negara. Rentetan dari itu juga, Najib juga dilihat terus mengikut telunjuk Tun M dengan tidak melantik Khairy Jamaluddin (menantu Pak Lah) menyertai kabinet 'rakyat'nya, tapi sebaliknya melantik Datuk Mukhriz Tun Mahathir sebagai timbalan Menteri walaupun Mukhriz tewas kepada KJ dalam perebutan kerusi no.1 pemuda UMNO pada pemilihan agung UMNO yang lepas. Habis kroni Pak Lah dibakulkan dan dibuang sejauh-jauhnya.

Maka dengan bangganya Dato' Seri Najib cuba mahu membuat perubahan untuk mengikis segala 'karat' dan 'dosa' yang dilakukan oleh kepimpinan Pak Lah yang menyebabkan UMNO/BN masih lagi ditolak oleh rakyat di Semenanjung Malaysia ini setelah mereka tewas dalam empat Pilihanraya Kecil (PRK) Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Selambau dan Bukit Gantang. 'One Malaysia' atau 1Malaysia konsep perpaduan yang cuba dipekenalkan oleh Najib. Namun konsep ini masih lagi samar dan sukar difahami? Pada pandangan penulis tidak nampak idea perubahan yang bakal dibawa oleh kabinet baru pimpinan Dato' Seri Najib kerana konsep 1Malaysia yang cuba diperkenalkan oleh Najib sebenarnya bukan perkara baru. Sekali pandang tidak ada bezanya dengan konsep perpaduan nasional yang diperkenalkan sebelum ini? Apa perbezaan antara 1Malaysia dengan Malaysian Malaysia yang menjadi slogan parti DAP?

Selain itu, keikhlasan dan ketelusan PM ke-6 tersebut dalam nak memastikan konsep 1Malaysia direalisasikan juga diragui dan dipersoalakan? Kemarin Najib berkata: "konsep 1Malaysia yang selari dengan Perlembagaan Persekutuan dan prinsip Rukun Negara membolehkan setiap rakyat menerima bantuan kerajaan jika mempunyai potensi, tanpa mengira etnik, sama ada dari bandar atau luar bandar." [sumber: Berita Harian 29 April 2009] Kenyataan ini benar-benar akan menguji keikhlasan dan ketelusan Najib dan Kabinetnya dalam merealisasikan konsep 1Malaysia dengan mengutamakan 'perut rakyat' daripada 'perut sendiri' sepertimana yang diuar-uarkan oleh mereka ketika dilantik menjadi Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri-menteri kabinet. Rakyat mesti melihat dengan mata hati dan pemikiran yang waras serta menilai akan kelibat mereka selepas ini. Benarkah apa yang mereka janjikan? Perut rakyat diutamakan atau perut mereka, keluarga dan kroni mereka? Hari ini PM dan TPM cuba membuat kejutan dengan membuat lawatan mengejut ke beberapa buah tempat untuk menunjukkan komitmen dan prihatin mereka terhadap masalah rakyat. Kita lihat! kita nilai! adakah mereka benar-benar ikhlas dan telus atau sekadar mahu meraih simpati rakyat untuk mereka terus kekal dan berkuasa di bumi Malaysia ini? Fikir-fikirkan!

Saturday, April 4, 2009

Salam Rindu Buat Semua Kawan2!

Salam sejahtera buat semua...pertama sekali maaf banyak2 deka rakan2 blogger sebab dah lama menghilangkan diri dan tak upate blog. Bukan sengaja, tapi tak berksempatan. Sebab susah sangat nak ke CC untuk surf internet. Untuk pengetahuan rakan2 skalian, ana sekarang bertugas di Maktab Mahmud Bandar Baharu, Kulim Kedah. Gaji tak dapat lagi la...3 bulan baru dapat. jadi tak dapat pasang internet kat rumah lagi...insyaAllah! ada rezeki hujung bulan ini saya cuba. Tapi bergantung pada keadaan sebab hutang masih banyak.

Sambil mengajar, kena buat diploma pendidikan di Universiti Utara Malaysia (UUM) secara part time, cuti2 sekolah dan hujung minggu (jumaat & sabtu) memang sibuk cikit. Cuti dibekukan...kenduri kawin baru2 ni pun tak dapat cuti, terpaksa pi kelas jugak. Ana join jama'ah dekat kawasan Bukit Aping, kena 'lead' usrah pemua dan baru-baru ni dilantik menjadi AJK JPP Kawasan. Doa2kan kebaikan untuk semua...maaf la! ana tak nak letak gambar kawin ana dekat inernet...ada masa datang rumah dekat Taman Selasih, Kulim Kedah.