Monday, February 18, 2008

GENERAL ELECTION 2008: BIG WAR BETWEEN BN & BA


General Election of Malaysia will be held at 8th March this year. The nomination day will be on 24th March and the period of campaign is 13 days. It's not too long compared to other countries such as Britain and United States. However, we will see the 'big war' will occurred between Barisan Nasional (BN) and Barisan Alternatif (BA) according to the current issues such as corruption of leaders, sex scandal and the raising prices of public interest . Unfortunately, the BA are not allowed to access to the Media. We can see on TV News, almost promoting the BN. This condition are not happen in the other countries who also claimed that they are democratic country.

In my opinion, this is not fair and not good for the development of critical thinking among Malaysians. Actually, the involvement in the general election is good for everybody. Why? this is because through the election we can choose our leader. Of course we want a good and the best leader without any corruption, scandal and so on. How we can get the true information if the media are not free and fair? The role of media is very important especially in educating the people so that the can think critically, analysis the issues and aware to the public and country problem. What will happen if the media always lie to the people? Could we educate the people or produce an educated people?

The election will make the people being responsible to the country. Therefore, they need to choose a good leader to govern and manage the country and its wealth properly according to the principles of management and the Shariah. Therefore, the media must be independent and responsible to tell the truth to the people. Last but not least, the election is not everything but everything could started with a free and fair election. Towards a Good Government for Quality Citizen.

Saturday, February 16, 2008

PRU 12: MASA UNTUK MEMILIH PEMIMPIN TERBAIK DAN BERKUALITI


Gendang pilihanraya umum ke-12 telah pun dibunyikan apabila Pak Lah (PM) telah membubarkan Parlimen Malaysia pada 13 Feb yang lepas walaupun dia telah menafikan pembubaran akan berlaku pada tarikh tersebut. Pada keesokannya SPR pula mengumumkan dua tarikh yang dinanti-nantikan iaitu hari penamaan calon pada 24 Feb dan pembuangan undi pada 8 March, 2008.
Islam merupakan agama yang sistematik dan sangat menitikberatkan soal kepimpinan apatah lagi yang berkaitan dengan kepimpinan negara. Contoh yang paling mudah ialah sabda Nabi s.a.w: "Apabila kamu keluar bermusafir 3 orang, maka lantiklah salah seorang dari kamu sebagai ketua atau pemimpin". Lihat! dalam soal kecil seperti bermusafir pun Islam menyuruh supaya melantik pemimpin.
Amanah kepimpinan merupakan amanah yang sangat berat dan tidak boleh sewenang-wenangnya memberi kepada orang yang tidak berkelayakan dan tidak amanah. Perkara ini ditegaskan oleh baginda s.a.w: " Apabila hilangnya amanah maka nantilah saat kehancuran". Allahuakbar! tak takut ke kita? kemungkinan kehancuran moral dan akhlaq muda mudi hari ini, kehancuran keeadilan dalam sistem kehakiman dan pemerintahan, kehancuran sifat kemanusian dalam masyarakat, kehancuran nilai-nilai Islam dan Melayu, kehancuran sifat malu dikalangan wanita dan kehancuran dan kecelaruan pemikiran umat disebabkan keburukan pemimpin yang ada pada hari ini.
Pepatah Cina ada mengatakan " Busuknya ikan bermula di kepalanya ". Jadi pada pilihanraya kali ini kita hendaklah bijak dan bertanggungjawab dalam memilih pemimpin. Pemimpin yang dipilih mestilah mempunyai sifat taqwa, amanah, adil, bijaksana, dan berilmu. Jangan memilih pemimpin berdasarkan jawatan, tawaran yang dijanjikan, sogokan-sogokan kewangan dan kebendaan dan yang tidak berintegriti. Pemimpin yang tidak berasaskan ketaqwaan dan keimanan kepada Allah akan melakukan kefasadan dan menggalakkan kemungkaran berlaku dalam masyarakat.
Pemimpin yang bertaqwa boleh mengelak dari berlakunya penyelewengan dana awam, rasuah, pecah amanah, salah laku seks dan lain-lain lagi. Setiap undi yang kita berikan akan dipertanggungjawab dan dipersoalkan di Akhirat kelak. Mudah-mudahan kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah S.W.T. untuk memilih pemimpin yang amanah dan adil. ameen.

Kembali kepada Islam, rujuk Ulama - Tun Mahathir


GOMBAK, 16 Feb (Hrkh) - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyarankan umat Islam belajar daripada Ulama untuk mendapat pemahaman yang betul tentang ajaran Islam yang sebenarnya.

Kenyataan itu membuatkan hadirin memberi tepukan gemuruh kepada Penaung UIAM itu.
Semasa memberikan ucaptamanya di satu Program 'Global Peace : Crisis In Islamic World' di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pagi tadi, Dr Mahathir turut berkata, tanpa Ulama umat Islam sukar untuk memahami Islam yang sebenarnya.

Beliau dijemput memberi ucaptama di UIAM sempena program Minggu Ummah 2008.Turut hadir ialah, Pengerusi UIAM, Tan Sri Sanusi Junid; kepimpinan akademik UIAM serta mahasiswa dari pelbagai negara yang menuntut di universiti tersebut.
Berucap lanjut Dr Mahathir mengingatkan supaya ummah merujuk kepada Ulama untuk memilih pemimpin termasuk dari sudut politik.
Malah, beliau mengingatkan peranan Ulama sejak 1400 tahun lalu yang dijadikan sumber rujukan dan beliau turut menyeru semua kembali kepada asas Islam merujuk kepada Al-Quran dan Hadis.

Menjawab soalan hadirin sewaktu sesi soal jawab, Mahathir turut menasihati agar para pemimpin untuk mengikuti ajaran agama yang sebenarnya.
Berkaitan dengan kewangan negara mengikut Islam beliau menyarankan agar masyarakat tidak menyimpan wang semata-mata, sebaliknya membelanjakan dengan jalan yang betul.

Selain itu beliau turut mengingatkan sesebuah negara Islam agar tidak membeli bon atau membuat pinjaman daripada negara musuh yang akhirnya menyiapkan bekalan ketenteraan untuk membunuh umat Islam di dunia.
Secara bersahaja beliau memberi amaran agar negara Islam tidak bergantung kepada mata wang Amerika Syarikat di masa akan datang.
Kesemua faktor ini katanya hanya akan menjadikan sesebuah negara itu miskin.
"Dengan jumlah wang yang banyak di tangan kita sewajarnya kita membelanjakannya menurut tuntutan al-Quran.
"Dunia ini bukan milik kita tetapi milik Allah," kata Dr Mahathir.

Sebelum itu kehadiran Dr Mahathir disambut dengan majlis yang gilang gemilang antaranya dengan kompang, iringan bunga manggar dan alunan selawat semasa memasuki Dewan Besar, CAC UIAM Gombak pada jam 11.00 pagi.
Beliau ditemani Pengerusi UIAM selain mendapat tepukan gemuruh lebih 4000 peserta yang setia menanti kehadiran bekas Perdana Menteri itu ke UIAM.

Seorang sumber memberitahu, sebelum ini Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak hadir ke UIAM ketika merasmikan sambutan Jubli Perak UIAM awal Januari lalu.
Namun sambutan kehadiran Najib itu tidak sehebat sambutan kehadiran Dr Mahathir.
Beliau juga memberitahu setakat ini Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dikatakan tidak pernah membuat lawatan rasmi ke UIAM, sebaliknya hanya menghadiri program universiti itu yang diadakan di luar kampus.

Thursday, February 14, 2008

MASJID: RUMAH ORANG TUA


Ayuh! kita pergi ke mana-mana masjid dan lihat siapa yang dominan mengimarahkannya? Sekali sekala bersolat di luar kampus terasa sangat runsing dan takut bila melihat banyak masjid telah menjadi 'Kelab Orang Pencen'. Risalah ini bukan bertujuan untuk memburuk-burukkan orang tua kita yang sentiasa iltizam dengan ibadah di masjid. Tahniah! diucapkan. Tapi kemana golongan belia dan remaja kita? nak tunggu tua atau pencen dahulu baru nak jejak kaki ke masjid? atau masjid mempunyai ahli berdaftar khusus untuk golongan tua?

Teringat telatah seoarang ustaz ketika memberi ceramah di sebuah masjid, beliau bekata di sebabkan masjid sudah menjadi kelab orang-orang pencen maka tanah perkuburan juga hanya untuk golongan ini sahaja. Di ceritakan, ada sebuah masjid, ketika ada jenazah dibawa untuk disemadikan di tanah perkuburan tersebut tetapi pihak pengurusan masjid menolaknya kerana nama si mati tidak tersenarai dalam senarai ahli masjid. He! He! Geli hati bila mendengarnya kan? adakah kita mahu perkara sedemikian berlaku di negara kita? Fikir-fikirkan...

Setiap orang bertangungjawab untuk mengimarahkan masjid. Kerajaan perlu berperanan meneyekat anasir-anasir barat, budaya hedonisme, pluralisme agama, islam liberal, dan budaya materialisme melampau dari mempengaruhi generasi muda pada hari ini. Kebebasan haruslah diberikan kepada pihak masjid bagi mengadakan sebarang aktiviti yang dapat menarik minat remaja ke masjid. Kelesuan dan kemuraman masjid kita pada hari ini adalah disebabkan halangan dan sekatan dari pihak berkuasa juga. Sepatutnya perkara ini tidak berlaku kerana masjid adalah Rumah Allah S.W.T.

Pihak masjid juga perlu memainkan peranan yang luar biasa dan tidak jumud bagi menarik golongan belia untuk turut sama menimarahkan masjid. Peranan ibu-bapa sangat penting dalam mendidik dan mertarbiyyah anak-anak. Mereka ini perlu di didik dan di tarbiyyah bukan hanya setakat memberi ilmu dan pengetahuan. Anak-anak perlu didedahkan dengan masjid sejak kecil lagi. Hapuskan pemikiran yang kanak-kanak tidak boleh pergi ke masjid kerana mengganggu jamaah dan tidak cukup baligh lagi. Salah faham inilah yang menyebabkan anak-anak kita jauh dari masjid dan terjebak dengan keruntuhan morak dan akhlaq yang melampau.

Kepada golongan belia dan remaja, manfaatkanlah waktu muda ini dengan perkara-perkara yang berfaedah kelak menyesal pula. Bila dah pencen baru nak masuk ahli kelab masjid. Bukan tidak bagus, tapi alangkah baiknya jika ia diakukan ketika kita di usia muda lagi, mempunyai anggota badan yang tegap dan kuat, daya ingatan dan hafazan yang mantap dan semangat yang tinggi. Ingat pesan Nabi kita Muhammad s.a.w. : "Ingatlah (beri perhatian) waktu muda sebelum tua" dan ingatlah Allah S.W.T. juga akan menyoal kita di akhirat kelak apa yang kita telah lakukan di kala usia muda? Marilah sama-sama kita menginsafi diri dan berdoa agar Allah membuka pintu hati kita dan menyinarinya dengan cahaya iman dan senantiasa membimbing kita ke jalan yang benar dan lurus.ameen!

WHO IS MALAYSIAN IDOL?


Siapa 'Malaysian Idol'? Persoalan yang perlu dirungkai oleh kita semua selaku rakyat malaysia. kenapa? Jika kita lihat realiti masyarakat pada hari ini yang lebih suka memilih selebriti dan artis sebagai idola masing-masing. Risalah ini bukan untuk menghina mana-mana pihak, tapi realiti pada hari ini golongan artis ini mempunyai pengaruh yang hebat dalam masyarakat. Jika mereka mempunyai sakhsiah yang baik dan berjaya mengekalkan jati diri sebagai seorang muslim saya tak kisah. Tapi kebanyakan artis dan selebriti tanah air pada hari ini banyak terpengaruh dengan budaya barat dan mempengaruhi masyarakat khususnya belia dan remaja Islam ke arah fasad dan kemerosotan akhlaq.

Jadi tidak hairan lah pada hari ini kita mengahadapi krisis kemerosotan ahklaq di kalangan remaja, keruntuhan budaya keIslaman dan kemelayuan, dan peningkatan kadar jenayah kejam yang merunsingkan pelbagai pihak seolah-olah tidak ada jalan penyelesaiannya. Pastinya, barah kedurjanaan umat pada hari ini berada pada tahap yang kritikal dan sukar dibendung dengan menggunakan akal manusia semata-mata. Banyak faktor-faktor yang mendorong kepada membarahnya penyakit sosial ini. Namun, apa yang hendak ditekankan dalam risalah ini ialah berkenaan idola kepada masyarakat. Siapakah yang sepatutnya menjadi role model kepada umat Islam hari ini?

Siapa? siapa? siapa? Jika artis dan selebriti yang tidak mempunyai jati diri dan akhlaq yang baik menjadi idola kepada masyarakat maka tidak hairanlah kita gagal melahirkan modal insan yang berkualiti tinggi dan memenuhi tuntutan Islam. Kita gagal melahirkan cendikiawan dan ilmuan Islam yang terkenal. Apa yang kita dapat lahirkan dari persekitaran hiburan yang melampau dan mengagung-agungkan artis dan selebriti? Kita hanya dapat melahirkan penghibur yang tidak mempunyai jati diri yang sebenar seperti lalang di padang. Angin bertiup ke kanan ia bergerak ke kanan dan bila bertiup ke kiri ia bergerak ke kiri seolah-olah tidak mempunyai pegangan dan jati diri yang kukuh. Maka lahirlah bohsia dan bohjan, mat dan minah rempit, kumpulan punk, hip hop, black metal, penjenayah, perogol, penzina, pembunuh, pembuang anak dan banyak lagi.

Jadi siapa yang sepatutnya menjadi 'Malaysian Idol'? Sudah tentu ahli-ahli akademik dan para ulama'. Ahli akademik bukan bererti pensyarah semata-mata tapi merangkumi semua lapisan masyarakat yang cerdik pandai dan mempunyai jati diri dan personaliti yang baik. Selain itu, pemimpin yang adil dan amanah, ahli politik yang bertaqwa, dan sesiapa sahaja yang mempunyai jati diri muslim yang sebenar berhak menjadi role model kepada masyarakat hari ini. Oleh itu, pemilihan kerajaan dan pemimpin yang baik dan merakhlaq mulia mampu membawa masyarakat ke arah lebih baik dan bertamadun mengikut acuan Islam. Kerajaan yang terbentuk atas dasar keimanan dan ketaqwaan pada Allah S.W.T. akan membentuk persekitaran yang baik, mampu mendidik dan membentuk rakyat menjadi insan yang mulia dan berpesonaliti baik.

Pemimpin yang baik berperanan membawa rakyatnya ke jalan yang lurus dan mengawal mereka agar tidak terpesong atau tersesat dari jalan tersebut. Pemimpin ini juga akan mendidik masyarakat siapa yang patut mereka ikut? Rasulullah s.a.w. atau Abu Jahal? Nabi Musa a.s. atau Fir'aun? Para sahabat Nabi atau golongan munafiq dan fasiq? Ulama' atau pemimpin yang zalim? Artis atau ahli akademik? Mat rempit atau pemuda masjid? dan lain-lain lagi. Jika pembudayaan Ilmu dan Intelaktual diterapkan dalam masyarakat, maka kita akan dapat melahirkan ramai pemikir dan cedikiawan yang cemerlang. Tapi jika budaya hedonisme dan materialisme yang diterapkan dalam masyarakat, maka hasilnya adalah seperti yang kita dapat pada hari ini. Ayuh! Lakukanlah perubahan demi kebaikan bersama. Who Is Malaysian Idol?

Wednesday, February 13, 2008

ADA CAHAYA TAPI BERJALAN DALAM KEGELAPAN

ADA CAHAYA TAPI BERJALAN DALAM KEGELAPAN. Bunyinya agak pelik? tapi itulah hakikat perjalanan kehidupan masyarakat Islam pada hari ini. Mereka lebih suka berjalan dan memilih jalan yang gelap dari menerokai dan melalui jalan yang lurus dan bercahaya. Apakah yang dimaksudkan? Hari ini kita dapat lihat pelbagai penyakit sosial dan nanah jenayah berlaku dalam negara kita? Ada yang diketahui puncanya dan ada yang tidak diketahui. Ada yang dapat jalan penyelesaiannya, ada yang masih kabur dan ada yang tidak nampak akan ada jalan penyelesaiannya.


Islam merupakan agama rahmat bagi seluruh alam. Islam datang dalam keadaan yang ganjil di tengah-tengah kejahilan dan kegelapan ketuhanan pada zaman jahiliyyah. Islam datang membawa cahaya yang menyinari dan menjadi penyuluh kepada manusia menuju jalan yang lurus dan benar. Cahaya Iman dari Tuhan pencipta langit, bumi dan seluruh alam semesta ini berjaya mengeluarkan manusia dari kegelapan jahiliyyah kepada cahaya Islam, dari kesesatan melampau terhadap ketuhanan kepada pengabdian terhadap Yang Esa, dan dari sifat kebinatangan kepada sifat kemanusiaan yang hakiki.

Islam adalah penyelesaian kepada segala jenis penyakit dan nanah sosial dalam masyarakat. Islam adalah penyelesaian kepada jenayah kejam yang kian subur dalam negara kita. Islam adalah agama dan cara hidup yang sempurna bagi memenuhi kehendak dan membimbing manusia kepada jalan yang sebenar. Kebejatan gejala sosial dan keruntuhan nilai-nilai kemanusiaan dalam masyarakat kita pada hari ini adalah disebabkan kita tidak mahu mengikut sistem yang telah ditetapkan oleh Sang Pencipta alam dan kehidupan ini. Bukan sahaja kita tidak mahu mengikut apa yang digariskan oleh Islam, bahkan menghina pula. Seolah-olah manusia lebih hebat dari Allah S.W.T. Mari kita berfikir sejanak! hari ini kita melihat sistem dan undang-undang yang dibuat oleh manusia adalah yang terbaik. Tidakkah kita terfikir? Ciptaan manusia pun kita dah katakan baik apatah lagi sistem dan undang-undang yang digariskan oleh Sang Pencipta manusia dan alam ini?

Bukankah Sang Pencipta lebih mengetahui apakah sistem dan undang-undang yang terbaik untuk hambanya? Pencipta kereta tahu apa kelemahan dan kekurangan kereta ciptaannya dan beliau boleh mengemukakan jalan penyelesaiannya. Jika manusia pun tahu apa yang baik untuk barang ciptaannya apatah lagi Allah S.W.T. yang Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui selok belok kelemahan dan kekurangan hamba ciptaannya yang sangat kerdil di sisi-Nya. Marilah sama-sama kita fikirkan! Jalan bercahaya sudah ada didepan mata, kenapa mesti melalui jalan yang gelap dan penuh dengan kesesatan? Nabi s.a.w. berpesan kepada kita agar berpegang dengan dua tinggalannya yang dapat menjadi penyuluh kepada kita ke jalan yang lurus dan pendinding kepada kita dari kesesatan. Apakah dua perkara itu? tidak lain dan tidak bukan Kitab Allah (Al-Quran) dan Sunnah Baginda s.a.w. Cahaya dah ada, maka terangilah jalan kehidupan kita dengan cahaya tersebut InsyaAllah kita selamat di dunia dan akhirat. wallahua'lam!