Sunday, May 24, 2009

MAHU TANDING MANIK URAI: BN JELAS TIPU RAKYAT HIDUP-HIDUP


Bila Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Najib Razak (DSNR) yang juga pengerusi Barisan Nasional (BN) mengumumkan bahawa BN tidak akan bertanding menentang Pakatan Rakyat (PR) di Penanti dengan alasan tidak mahu 'menari' mengikut mainan politik PR dan BN lebih mengutamakan khidmat kepada rakyat dan usaha memulihkan ekonomi negara, mungkin ada segelintir rakyat yang teruja dengan keputusan tersebut. Manakan tidak? Di awal pemerintahan DSNR, bersungguh-sungguh benar beliau melaung-laungkan slogan "1Malaysia (One Malaysia): Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan".


"Ia juga permainan politik pembangkang dan tidak ada kena mengena dengan Perlembagaan. Kita tidak mahu menari ikut rentak orang lain. "Oleh kerana BN lebih mengutamakan khidmat kepada rakyat dan usaha memulihkan ekonomi negara serta meletakkan kepentingan parti lebih utama, jadi kita putuskan untuk tidak meletakkan calon pada pilihan raya kecil itu," katanya selepas pertama kali mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN selama dua jam baru-baru ini.[Berita Harian: 18 Mei 2009]


Tapi, dengan izin Allah s.w.t. yang mungkin nak menzahirkan kebohongan pemimpin utama BN tersebut, seorang wakil rakyat PAS (Parti Islam Semalaysia) ADUN Manik Urai, Kelantan, YB. Ismail Yaakob kembali kerahmatullah. Maka, akan berlakulah pilihan raya kecil (PRK) yang paling ditakuti oleh BN sejak kalah kepada PR dalam empat PRK yang lepas dengan agreget 4-1. PRK Manik Urai akan menjadi medan ujian kepada 'manis mulut' ucapan pemimpin-pemimpin BN tersebut iaitu tidak akan menyertai PRK lagi kerana mahu memberi kutamaan kepada rakyat dan ekonomi Negara. Akhirnya, terbukti BN menipu rakyat hidup-hidup. Sebaik sahaja DSNR dan timbalannya Tan Seri Muhaydin Yasin (TSMY) tahu dan ditanya oleh media tempatan dengan spontan dan pantas - tanpa mengadakan mesyuarat dengan pemimpin utama BN yang lain - mereka menyatakan BN akan bertanding dalam PRK Manik Urai. Apa kata TSMY?: "PAS jangan terlalu yakin. BN tak akan bagi laluan mudah (untuk PAS menang)."


Begitu juga dengan DSNR ketika diitanya sama ada keputusan dibuat kerana BN takut menerima kekalahan, DSNR berkata: "Tidak... perkara itu tidak timbul kerana akan tiba masanya kita tetap akan berdepan dengan rakyat apabila pilihan raya umum nanti." [Berita Harian: 18 Mei 2009]


Jadi, dimana kata BN tak nak bazirkan wang rakyat? PRK buang masa, lebih baik fokus pulihkan ekonomi? Sedapnya mulut berbicara, tapi hakikatnya Allah s.w.t. sahaja yang tahu. BN! Tunggulah nasibmu, rakyat bukan mudah ditipu dan diperbodoh-bodohkan. Bak kata pepatah: "Terlajak perahu boleh diundur lagi, terlajak kata buruk padahnya." Rakyat tunggu apa lagi? Ayuh! tolak BN.

Saturday, May 23, 2009

MB PERAK: KEPUTUSAN MAHKAMAH RAYUAN MEMANG SUDAH DIDUGA


Khamis - 22 Mei 2009, ramai yang menanti keputusan mahkamah rayuan bagi menentukan siapakah Menteri Besar (MB) Perak yang sah? Nizar atau Zamry? Saya rasa umum telah mengetahui keputusannya. Nizar tewas 3-0 kepada Zamry. Mungkin ramai yang terkejut dengan keputusan tersebut, tapi bagi saya tiadak ada apa-apa kejutan pun. Keputusan tersebut memang sudah dijangka akan memihak kepada Zamry. Mudah kata 'Siapa Berkuasa di Negara Ini, Dialah yang Juara'.

Kita pandang belakang sebentar, pada 11 Mei yang lepas, Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) Datuk Abdul Aziz Abd Rahim memutuskan bahawa Nizar merupakan MB Perak yang sah. Beliau berkata Nizar tidak mengosongkan jawatannya itu kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti anggota DUN. "Bagaimana seseorang boleh mengatakan yang pemohon (Nizar) telah hilang kepercayaan majoriti mengikut Perkara 16(6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak?" "Berdasarkan amalan demokrasi, isu kehilangan kepercayaan majoriti hanya boleh diambil kira melalui undi tidak percaya terhadap pemohon (Nizar), hanya melalui cara ini menteri besar boleh disingkirkan," Abdul Aziz dipetik berkata dalam penghakiman bertulis yang disampaikannya pada 2.30 petang hari tersebut.

Namun, pada hari ini (23 Mei) Mahkamah Rayuan memutuskan yang sebaliknya. Panel tiga hakim menerima rayuan dan hujahan peguam Zamry dan memberi kemenangan kepada beliau 3-0. Pelik! Keputusan tersebut seolah-olah tidak mengambil kira keputusan Mahkamah Tinggi yang lepas. Paling logik pun, bagi la kemengan 2-1 ka? Sudah la awal-awal lagi permohonan Nizar untuk melantik lima hakim bagi mendengar rayuan Zamry ditolak bulat-bulat. Dimana kredibiliti Institusi Kehakiman? Ingatkan keputusan Mahkamah Tinggi tempoh hari petanda awal tranformasi kredibiliti Institusi Kehakiman, rupanya tidak.

Dalam penghakiman tersebut, ketiga-tiga mereka berhujah bahawa hakim mahkamah tinggi Datuk Abdul Aziz Abd Rahim membuat kesilapan dalam keputusannya dan Sultan Perak layak melantik Zambry apabila Mohamad Nizar hilang majoriti dalam DUN.Panel tiga hakim yang mendengar rayuan tersebut ialah Datuk Md Raus Sharif, Datuk Zainun Ali dan Datuk Ahmad Maarop. Sebelum itu, terdapat satu keraguan yang perlu dirungkai apabila rayuan Zamry diterima oleh Hakim Mahkamah Rayuan kurang 24 jam dari keputasan yang diumumkan oleh Mahkamah Tinggi. Hakim Dato' Ramly Mohd Ali yang membenarkan permohonan rayuan tersebut pernah disebut dalam rakaman video Hakim VK Lingam yang mencetuskan kontroversi tidak lama dahulu.

Memang sukar untuk Nizar menang terhadap Zamry walaupun peluang terakhir untuk menegakkan keadilan terletak pada keputusan Mahkamah Persekutuan. Sebagai seorang yang tidak mempunyai ikhtisas dalam undang-undang, saya pun bertanya kepada rakan saya Mohd Nor Abd Rahim - B.A Undang-undang UIAM - Sedang buat 'Syariah Law' & Master (MCL) di UIAM: "Md Nor! Mahkamah Rayuan putuskan hari ini Datuk Dr. Zamry Abdul Kadir adalah Menteri Besar Perak yang sah. Macam mana? Mahkamah rayuan lebih kuasa daripada Mahkamah Tinggi ke? Lepas ni Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin ada peluang lagi ke?

Jawab Md. Nor: " Hmm...memang Mahkamah Rayuan lagi tinggi. So, harapan terakhir Mahkamah Persekutuan la... . Pandangan personal ana (saya), peluang (Nizar) memang tipis. Nizar patutnya kalah dari awal lagi. Sebabnya, Mahkamah Persekutuan dah putus 3 orang ADUN (bekas ADUN Pakatan) masih sah dan tidak boleh digantung. Implikasinya, Nizar hilang majoriti dan Zamry sah. Tapi, hujah Mahkamah Tinggi boleh pakai juga."

Seorang lagi sahabat saya, Luqman Md Isa - B.A Undang-undang UIAM - Chambring Law di Khaleq Awang & Associates, Danau Kota, Setapak Selangor - berkata: " Nizar masih lagi boleh rayu ke Mahkamah Persekutuan, pilihan terakhir sebagai mahkamah paling tinggi. Keputusannya muktamad. Ya! Mahkamah Tinggi berada di bawah Mahkamah Rayuan."

Monday, May 18, 2009

Babi dibela, Burung dihina...

Berhubung dengan wabak penyakit terbaru yang melanda dunia pada hari ini - wabak Influenza A - H1N1 - Selsema Babi - maka langkah mengharamkan import BABI ke negara ini adalah langkah yang terbaik. Setakat ini, hanya kerajaan negeri Sabah sahaja yang mengeluarkan warta atau perintah mengharamkan import BABI. Kerajaan-kerajaan Negeri lain bagaimana? Kelantan, Kedah dan Selangor yang diterajui Pakatan Rakyat (PR) sepatutnya mendahului kerjaan Sabah. Tapi, mungkin Sabah yang banyak mengimport BABI, jadi memang patutlah Sabah yang pertama mengharamkannya.
Tahniah! satu tindakan yang terbaik. “Semua pihak perlu bertindak secara proaktif untuk mengawal penularan wabak influenza A (H1N1) di negara ini jika terdapat bukti kukuh menunjukkan virus itu berpunca daripada babi. “Langkah-langkah yang bertujuan melindungi keselamatan rakyat harus dilaksanakan secara telus sebelum wabak tersebut mengorbankan nyawa rakyat di negara ini,” kata Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk N. Marimuthu yang memuji tindakan Sabah dan menggesa Negeri-negeri lain mencontohi Sabah.
Terdahulu, saya hairan kenapa Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) beria-ia menafikan bahawa virus H1N1 ini bukan penyebab utamanya adalah BABI. Ada juga pihak yang cuba membersihkan nama BABI yang sudah tercemar sebelum ini. Apa yang sedihnya, WHO yang menjadi pembela tersebut. Mungkin ada pihak yang ada kepentingan dengan BABI yang mendesak mereka berbuat demikian disebabkan orang ramai atau masyarakat dunia sudah mula membaikot BABI. Bila BABI diboikot, habislah sumber pendapatan penternak BABI. Mungkin itulah sebab utamanya. Tapi hairan pulak! Ingat tak dulu...waktu Selsema burung? Tak ada pula pihak yang membela burung dan binatang yang seangkatan dengannya? Habis kaum kerabat mereka dibunuh, dibakar, dan dihapuskan. Sedih, kesian...tapi BABI? dapat layanan ISTIMEWA! Babi dibela, Burung dihina...tak bagitu?

Monday, May 11, 2009

5 IPTA antara 100 universiti terbaik Asia

KUALA LUMPUR: Universiti Malaya (UM) mendahului empat universiti tempatan lain dalam senarai 100 Universiti Terbaik Asia, kedudukan serantau pertama yang dikeluarkan oleh The Times Higher Education (THE)-Quacquarelli Symonds (QS). UM menduduki tempat ke-38 sementara Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)(51), Universiti Sains Malaysia (USM)(69), Universiti Teknologi Malaysia (UTM)(82) dan Universiti Putra Malaysia (UPM)(90). Pengarah Urusan QS, Nunzio Quacquarelli, berkata keputusan itu adalah berdasarkan ukuran kecemerlangan serantau sesebuah universiti.
"Universiti yang berprestasi cemerlang ditentukan bukan sahaja berdasarkan kualiti tetapi juga produktiviti kajian mereka, berbanding universiti serantau yang lain," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Beliau berkata, universiti di Malaysia mempunyai prestasi yang baik dengan jumlah pelajar antarabangsa dan fakulti yang banyak yang menjadikan Malaysia tarikan kepada pelajar antarabangsa. Tiga universiti Hong Kong menduduki tangga terbaik dengan University of Hong Kong di kedudukan pertama, diikuti Chinese University of Hong Kong (2), dan Hong Kong University of Science and Technology (3).

University of Tokyo dan Kyoto University di Jepun, masing-masing menduduki tangga ke-4 dan ke-5. QS adalah pakar maklumat unggul dunia dalam bidang pengajian tinggi yang mempunyai pejabat di London, Paris, Singapura, Tokyo, Shanghai, Sydney, Johannesburg, Boston dan Washington DC. - Bernama