Sunday, July 5, 2009

Respon Kementerian Sumber Manusia (KSM)

Salam muhibbah buat rakan2 blogger dan pembaca budiman!

Baru-baru ini saya ada memberi cadangan kepada Kementerian Sumber Manusia (KSM) behubung lambakan pekerja asing dan peningkatan pengangguran di Negara kita. Cadangan saya boleh dirumuskan berbunyi begini:

"Cadangan: Hadkan pengambilan pekerja asing dalam beberapa sektor seperti pertanian dan perindustrian. Beri keutamaan kepada rakyat tempatan. Jika rakyat malaysia kurang daya saing, kerajaan bertanggungjawab memberi galakkan dan kursus intensif kepada mereka serta memberi penerangan yang jelas tentang akibat tidak berdaya saing dan terlalu memilih pekerjaan. Sekian, Terima Kasih."

Respon (KSM):

Terima kasih! di atas cadangan tuan. Pihak Kementerian sentiasa prihatin dalam memberi keutamaan kepada rakyat Malaysia agar peluang pekerjaan dapat diisi oleh rakyat kita. Walau bagaimanapun, apa yang menyedihkan, sektor pekerjaan yang disebutkan tuan tersebut sebenarnya amat banyak jumlahnya, namun begitu sikap terlalu memilih kerja oleh rakyat tempatan telah membuatkan warga asing terpaksa diambil untuk mengisi kekosongan tersebut. Untuk pengetahuan tuan, sektor perladangan contohnya, memberi tawaran gaji yang menarik di samping kemudahan seperti kuarters perumahan, kemudahan sekolah, elaun kerja lebih masa dan lain-lain lagi. Namun begitu, maklumbalas yang diterima oleh pihak majikan menjelaskan bahawa pekerja tempatan hanya boleh bertahan bekerja untuk tempoh 6 bulan sahaja selepas itu mereka memiohon untuk berhenti.

Di sini, pihak kami ingin menekankan bahawa sikap memilih kerja haruslah dibuang dalam pemikiran masyarakat kita dan sikap terlalu memanjakan diri iaitu hanya ingin melakukan kerja yang mudah dan ringan juga perlu dikeluarkan dalam sikap negatif kita. Cuba tuan bayangkan bagaimana warga asing yang datang ke sini terpaksa menggunakan saluran sah dan haram untuk merampas segala nikmat yang ada daripada rakyat kita. Justeru itu, Kementerian amat berharap rakyat Malaysia terutamanya golongan belia harus menerima cabaran sekurang-kurangnya mengisi pengisian jawatan dalam sektor tertentu agar ekonomi kita dapat bergerak seiring dengan kemajuan ekonomi yang dikecapi. Sekian, terima kasih.

SHAHRUL NIZAM BIN MOHD TAHIR

Pegawai Perhubungan Awam
Kementerian Sumber Manusia

shahnizam@mohr.gov.my

25 Mei 2009 (8.54 pm)

No comments: