Friday, January 9, 2009

Lebih 2000 Mahasiswa Menyertai Demonstrasi Anjuran GAMIS









9 Jan 2009: Bermula selepas solat Jumaat, di hadapan Masjid As-Syakirin KLCC, lebih 2000 orang mahasiswa Islam berhimpun untuk mnyertai satu demonstrasi besar-besaran bagi membantah kezaliman Zionis terhadap rakyat Palestin dan juga mendesak supaya kerajaan Mesir supaya tidak bersekongkol dengan rejim Zionis tersebut dengan menutup sempadan - Mesir-Palestin - bagi menghalang sebarang bentuk bantuan dapat disalurkan kepada rakyat Palestin.

Dalam demonstrasi tersebut, penulis sempat memberi ucapan pembukaan sebelum perarakan lautan mahasiswa bergerak menuju ke kedutaan Mesir. "We unite, we unite...we unite for Palestine! We againts, we againts...we againts Zionis! We unite, we unite...we unite for Hamas! We support, we support...we support Hamas." - antara slogan yang penulis gunakan.

Penulis juga dimaklumkan bahawa pemuda PAS dan juga beberapa NGO yang lain turut mengadakan demonstrasi membantah kezaliman Zionis di Palestin, bertempat di kedutaan Amerika Syarikat (La'natullah). Alhamdulillah, dimaklumkan lebih 5000 orang menyertai perhimpunan tersebut. Apa pun, penulis berharap umat Islam khususnya di Malaysia supaya tidak berhenti membuat bantahan dan kecaman terhadap kezaliman Israel di bumi Palestin. Banyakkan solat hajat dan doa agar kemengan menjadi milik mujahidin Palestin. Pastikan solat lima waktu kita di akhiri dengan doa qunut Nazilah. Hidup Islam!

Mahasiwa keliru, UIA tukar tarikh p'raya kampus

Jimadie Shah Othman Jan 9, 09 3:49pm

Tindakan Universiti Islam Antarangsa (UIA) mengubah tarikh pilihanraya kampus di universiti itu secara tiba-tiba, didakwa menimbulkan kekeliruan dan tandatanya di kalangan mahasiswa."Saya tidak nampak relevennya tindakan itu dibuat. Hari ini naik notis (tarikh pilihanraya), esok tarik balik," kata jurucakap kumpulan Pro-Mahasiswa UIA, Ahmad Nor Muslim.UIA dijadualkan mengadakan pilihanraya kampus 15 Januari ini tetapi tarikh itu dipinda mengejut ke tarikh baru - 19 Januari.Ketika Dihubungi Malaysiakini Ahmad berkata, notis pertama memaklumkan butiran pilihanraya kampus dibuat pada Isnin lalu.

Namun, tambahnya, sehari selepas itu, notis yang beredar di seluruh fakulti di universiti itu telah dicabut kembali daripada papan kenyataan. Dalam notis pertama, mahasiswa UIA dimaklumkan bahawa universiti itu akan melangsungkan pilihanraya kampusnya pada 15 Januari. Borang pencalonanTarikh penamaan calon pula ditetapkan pada 12 Januari - tiga hari sebelumnya.Menurut Ahmad lagi, notis itu turut menyebut, borang penamaan calon dikeluarkan pada hari Selasa dan Rabu lepas. Namun, tambah Ahmad, pada hari berkenaan kumpulan pelajar yang datang ke pejabat untuk mengambil borang tersebut terkejut apabila pertukaran tarikh itu dimaklumkan kepada mereka secara lisan.

"Tindakan ini (boleh) disifatkan sebagai mempermainkan hak mahasiswa yang sepatutnya diberikan hak memilih dan dipilih melalui proses pilihanraya kampus yang telus dan adil," kata Ahmad.Menurutnya lagi, notis rasmi memaklumkan tarikh baru pilihanraya kampus hanya dikeluarkan kelmarin.Notis kedua yang dikeluarkan pula didakwa tiada mempunyai cop pejabat HEP menyebabkan teka-teki tarikh sebenar pilihanraya terus berlegar di minda kumpulan mahasiswa.Musuh tradisiKedua-dua notis tersebut ditandangangi Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar, Datuk Hamidon Abd Hamid.

Malaysiakini telah menghubungi pejabat timbalan rektor dan dimaklum bahawa ia adalah tulen.Mengulas cabaran Pro-Mahasiswa yang menang besar dalam pilihanraya universiti itu tahun lalu, Ahmad berkata, cabaran pilihanraya kampus kali ini dijangka sengit.Selain musuh tradisi, Pro-Aspirasi yang cenderung kepada kerajaan, dijangkakan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam (PKPIM) akan mengemukakan calon sendiri - seterusnya mencetuskan pertandingang tiga penjuru di beberapa kawasan fakulti.Di UIA hari ini, pihak yang bertanding dijadual mengambil borang pencalonan mereka bagi hari kedua bagi membentuk Majlis Perwakilan Pelajarnya (MPP) yang dibubarkan empat bulan lalu.Pilihanraya kampus di UIA kali ini akan menyaksikan perebutan 29 kerusi - 24 kerusi fakulti, lima kerusi antarabangsa.

sumber: malaysiakini.com

KT punca UIA tukar tarikh p'raya kampus?

Jimadie Shah Othman Jan 9, 09 3:52pm

Kumpulan Pro-Mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa (UIA) percaya keputusan UIA mengubah tarikh pilihanraya kampusnya - dari 15 kepada 19 Januari ini - dipercayai ada kaitan dengan pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu.Mereka mengesyaki ia bertujuan untuk menghalang mahasiswanya daripada terlibat dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu pada 17 Januari depan."Motif sebenar penarikan notis (awal menetapkan pilihanraya kampus pada 15 Januari) itu, tidak diberitahu dan dihebahkan kepada mahasiswa UIAM.

"Tetapi dipercayai ada kena-mengena dengan pilihanraya kecil Kuala Terengganu yang bakal berlangsung pada 17 Januari," kata jurucakap kumpulan itu Ahmad Nor Muslim.Universiti itu - melalui notis bertarikh 5 Januari lalu - menetapkan pilihanraya kampusnya pada 15 Januari. Namun, sehari selepas itu, UIA didakwa menurunkan notis tersebut yang ditampal meluas di seluruh fakulti universiti berkenaan. Kelmarin, notis baru dikeluarkan, memaklumkan tarikh baru pilihanraya kampus UIA pada 19 Januari depan.Proses demokrasiKedua-dua notis tersebut ditandatangani Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar (HEP) Datuk Hamidon Abd Hamid yang juga pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya Kampus UIA.

Kumulan Pro-Mahasiswa, dalam sebuah kenyataan hari ini berkata, mereka difahamkan tindakan itu melibatkan campurtangan "pihak atasan" yang membatalkan notis awal Suruhanjaya Pilihanraya Kampus UIA. Menurut Ahmad lagi, beliau difahamkan, dipercayai wujudnya pergeseran dalaman di antara pentadbiran yang menyebabkan pihak atasan berhubung perkara itu.Usaha Malaysiakini mendapatkan penjelasan UIA berhubung dakwaan ini belum berhasil.Ketika dihubungi, Ahmad berkata, jika pilihanraya kampus UIA diteruskan seperti yang dijadual pada mulanya, mahasiswa berkesempatan turun ke Kuala Terengganu bagi menyaksikan proses demokrasi dalam pilihanraya kecil itu.

"Tetapi bila ditukar kepada 19 Januari, takkan ada yang hendak turun (ke Kuala Terengganu) lagi," tambahnya.Pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Omar dengan calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut dan calon bebas Azharudin Mamat @ Adam .

sumber: malaysiakini.com

Wednesday, December 3, 2008

Ekspedisi Bukit Tabuh 2008 - ADUN Ulu Klang




30 November 2008 - Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Ulu Klang telah menganjurkan satu program ekspedisi lasak mendaki Bukit Tabuh yang terletak di kawasan Ulu Klang dengan kerjasama Unit Amal Gombak, Ulu Klang Youth Club dan Briged Amal MTD UK. Program tersebut berjaya mencapai target partisipasi yang ditetapkan iaitu seramai 50 orang peserta.

Sebelum ke kaki bukit, satu majlis perasmian diadakan bertempat di halaman Surau Mardhiah yang dirasmikan oleh YB Sya'ari Sungib, ADUN Ulu Klang. Dalam ucapan yang ringkas beliau cuba menasihatkan para peserta supaya mengagungkan Allah S.W.T. dan melihat kebesaran ciptaan-Nya dengan bertakbir ketika mendaki bukit, bertasbih ketika menurun dari curam/bukit dan La haw la wa la quwwata illa billah ketika sampai di puncak bukit. Beliau menyatakan itulah amalan yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. Beliau juga sempat berseloroh: "...dan jangan tinggalkan apa-apa di atas bukit walaupun secebis sampah dan najis (kecil/besar)."