Menjawab pertanyaan seorang pelajar berkenaan minatnya untuk menjadi pendakwah, Al-Qaradhawi berkata: "Sesungguhnya keazaman yang tinggi, pembacaan yang pelbagai (meluas), menghafaz Al-Quran Al-Karim, beriman dengan Risalah Islam yang benar dan mempelajari asas-asas dakwah di bawah naungan 'Ulamak merupakan jalan menuju jalan dakwah." Beliau juga menasihatkan para pelajar supaya membaca kitabnya "ثقافة الداعية" bagi menambah pengetahuan masing-masing.
Monday, July 6, 2009
Ambil Islam Sebagai Manhaj Hidup & Jangan Lari Dari Jalan Ilmu - Qaradhawi
Menjawab pertanyaan seorang pelajar berkenaan minatnya untuk menjadi pendakwah, Al-Qaradhawi berkata: "Sesungguhnya keazaman yang tinggi, pembacaan yang pelbagai (meluas), menghafaz Al-Quran Al-Karim, beriman dengan Risalah Islam yang benar dan mempelajari asas-asas dakwah di bawah naungan 'Ulamak merupakan jalan menuju jalan dakwah." Beliau juga menasihatkan para pelajar supaya membaca kitabnya "ثقافة الداعية" bagi menambah pengetahuan masing-masing.
Posted by abumunzir al-jerluni at 12:24 AM 2 comments
Sunday, July 5, 2009
Respon Kementerian Sumber Manusia (KSM)
Baru-baru ini saya ada memberi cadangan kepada Kementerian Sumber Manusia (KSM) behubung lambakan pekerja asing dan peningkatan pengangguran di Negara kita. Cadangan saya boleh dirumuskan berbunyi begini:
"Cadangan: Hadkan pengambilan pekerja asing dalam beberapa sektor seperti pertanian dan perindustrian. Beri keutamaan kepada rakyat tempatan. Jika rakyat malaysia kurang daya saing, kerajaan bertanggungjawab memberi galakkan dan kursus intensif kepada mereka serta memberi penerangan yang jelas tentang akibat tidak berdaya saing dan terlalu memilih pekerjaan. Sekian, Terima Kasih."
Respon (KSM):
Terima kasih! di atas cadangan tuan. Pihak Kementerian sentiasa prihatin dalam memberi keutamaan kepada rakyat Malaysia agar peluang pekerjaan dapat diisi oleh rakyat kita. Walau bagaimanapun, apa yang menyedihkan, sektor pekerjaan yang disebutkan tuan tersebut sebenarnya amat banyak jumlahnya, namun begitu sikap terlalu memilih kerja oleh rakyat tempatan telah membuatkan warga asing terpaksa diambil untuk mengisi kekosongan tersebut. Untuk pengetahuan tuan, sektor perladangan contohnya, memberi tawaran gaji yang menarik di samping kemudahan seperti kuarters perumahan, kemudahan sekolah, elaun kerja lebih masa dan lain-lain lagi. Namun begitu, maklumbalas yang diterima oleh pihak majikan menjelaskan bahawa pekerja tempatan hanya boleh bertahan bekerja untuk tempoh 6 bulan sahaja selepas itu mereka memiohon untuk berhenti.
Di sini, pihak kami ingin menekankan bahawa sikap memilih kerja haruslah dibuang dalam pemikiran masyarakat kita dan sikap terlalu memanjakan diri iaitu hanya ingin melakukan kerja yang mudah dan ringan juga perlu dikeluarkan dalam sikap negatif kita. Cuba tuan bayangkan bagaimana warga asing yang datang ke sini terpaksa menggunakan saluran sah dan haram untuk merampas segala nikmat yang ada daripada rakyat kita. Justeru itu, Kementerian amat berharap rakyat Malaysia terutamanya golongan belia harus menerima cabaran sekurang-kurangnya mengisi pengisian jawatan dalam sektor tertentu agar ekonomi kita dapat bergerak seiring dengan kemajuan ekonomi yang dikecapi. Sekian, terima kasih.
SHAHRUL NIZAM BIN MOHD TAHIR
Pegawai Perhubungan Awam
Kementerian Sumber Manusia
shahnizam@mohr.gov.my
25 Mei 2009 (8.54 pm)
Posted by abumunzir al-jerluni at 10:51 PM 0 comments
Tuesday, June 23, 2009
PM 1Malaysia Mendapat Restu Obama?
Kenyataan Datuk Seri Najib Razak:
Perdana Menteri berkata, masyarakat antarabangsa melihat Malaysia sebagai sebuah negara yang moden dan progresif yang mempunyai Islam sebagai agama rasmi tetapi menghormati agama lain.
"(Ia) adalah contoh yang amat baik dan ini diiktiraf oleh Presiden (Barack) Obama sendiri dalam ucapannya di Kaherah baru-baru ini," katanya. [Berita Harian: 23/06/2009]
Persoalannya sekarang, kenapa Datuk Seri Najib beria-ia sangat nak dapat restu dan sokongan Obama atau Amerika Syarikat sehingga dengan pantas mempelawa Obama ke Malaysia? Bila kita mengiktiraf Amerika sebagai 'sifu' kita?
Adakah tindakan beliau untuk membersihkan imejnya yang diburukkan oleh media asing setelah beliau dikaitkan dengan pembunuhan Altantunya?
mari sama-sama kita bincangkan...sila post komen anda!!!
Posted by abumunzir al-jerluni at 5:38 AM 0 comments
Monday, June 22, 2009
Ust. Hamadi - Bersama Kenangan Singkat Di MMBB
Dulu Ust. Firdaus pergi...
Pergi tinggalkan Maktab Mahmud Bandar Baharu...
Kini Ust. Hamadi pula pergi...
Pergi tinggalkan kami semua...
waaa...sedihnya! He! he!
Ust. Hamadi!
Dikau hadir dikala aku gelisah...
Dikau bawa penawar gundah...
Habis sudah gundah dan gelisah...
Tatkala engkau hidangkan lawak bermadah...
Ust. Hamadi!
Permergianmu buatkan kami kesunyian...
Hilanglah lawak dan tawamu penuh keriangan...
Tak kering gusi dek hiburkan kami...
Salah dan silap kami haraplah dimaafi...
Ust. Hamadi!
Jadilah pelita yang membakar diri...
Menabur bakti, ilmu dan budi...
Demi anak bangsa kita sendiri...
Biar sampai jasad terpisah dari diri...
[Sajak nukilan abumunzir al-jerluni: 12.51 pagi]
Gambar-gambar Ust. Hamadi dalam kenangan...
Posted by abumunzir al-jerluni at 8:40 AM 0 comments
Thursday, June 4, 2009
Sistem Pendidikan Nasional Lahirkan Modal Insan Acuan Barat?
"Sejak mengikuti Diploma Pendidikan Maktab Mahmud - Universiti Utara Malaysia (MM-UUM) banyak pendedahan dan teori-teori pendidikan yang saya dan kawan-kawan guru Maktab Mahmuh (MM) perolehi."
Posted by abumunzir al-jerluni at 7:53 AM 1 comments
Tuesday, May 26, 2009
Elak Sesak, Bazir Masa Rakyat: Hapuskan Sahaja Tol
Terdahulu, saya ucapkan tahniah kepada menteri berkenaan kerana cuba turun padang untuk merasai masalah dan keperitan hidup rakyat hari demi hari. Usaha sebegini sangat penting dan amat wajar sekali diteladani oleh pemimpin-pemimpin lain baik Pakatan Rakyat (PR) atau Barisan Nasional (BN). Bila sudah dilantik menjadi 'wakil' kepada rakyat, maka kena utamakan rakyatlah. Jangan pula utamakan diri, keluarga dan kroni. Jangan hanya pandai buat slogan 'rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan' tetapi tidak disusuli oleh tindakkan. Jangan hanya turun padang diwaktu pilihanraya, berkempen jadi calon, ataupun meraih simpati untuk mendapat semula undi rakyat setelah mengalami 'tsunami' dalam politik. Laksanakanlah tugas dengan AMANAH dan IKHLAS.
Jadi bila dah turun pada baru tahu betapa peritnya hidup rakyat bawahan, barulah keluar kenyataan sebegini dari mulut seorang Menteri Kerjaraya:
"Itupun pada suasana trafik yang tidak sesak. Bayangkan pada waktu puncak, Secara puratanya, 20 minit terbuang semata-mata untuk membayar secara tunai di pondok tol," katanya kepada pemberita selepas tinjauan itu.
Beliau turut meminta semua syarikat konsesi tol memikirkan kaedah promosi terbaik bagi menggalakkan pengguna lebuh raya menggunakan kemudahan Touch ‘n Go serta Smart Tag.
“Sebagai contoh, penggunaan Smart Tag mengambil masa dua saat hingga tiga saat, manakala Touch ‘n Go pula tiga hingga lima saat. Penggunaan tunai pula mengambil masa tiga saat hingga 10 saat. Pengguna lorong tunai perlu beratur panjang jika kesesakan di lorong berkenaan berbanding mereka yang menggunakan dua kemudahan itu.
“Saya berharap syarikat konsesi tol memikirkan kaedah promosi terbaik bagi memastikan pengguna lebuh raya yang kini membayar secara tunai beralih kepada Touch ‘n Go dan Smart Tag. [Berita Harian: 26 Mei 2009]
Cadangan penggunaan Smart Tag dan Touch & Go yang dicadangkan oleh menteri berkenaan memang ada baiknya, tapi rakyat tetap akan menghadapi masalah yang sama bahkan lebih lagi. Pengalaman saya tinggal berhampiran Ibu Kota, Kuala Lumpur, pernah suatu ketika saya pergi melalui Plaza Tol Sungai besi menghala ke Puchong, saya dapati lorng Touch & Go lah yang paling 'jam' dan rakyat pun terpaksa mengeluarkan duit poket juga untuk membeli kad Touch & Go dan Smart Tag. Jadi, masalah rakyat tak selesai juga. Oleh itu, cadangan yang terbaik ialah hapuskan sahaja tol, jimat duit dan masa rakyat. Saya pasti! Jika cadangan ini diutarakan kepada menteri tersebut mesti beliau akan jawab cadangan ini tidak releven kerana kerajaan mempunyai perjanjian dengan syarikat konsesi yang terlibat. Cadangan saya mudah, jika betul kerajaan ada perjanjian tersebut khususnya untuk membantu kerajaan membiayai kos pembinaan sesuatu lebuhraya atau jalan tersebut dengan mengutip duit rakyat melalui kutipan tol, sila teruskan. Akan tetapi, kerajaan mestilah melatakkan tempohnya sehingga selesai hutang tersebut. Sudah selesai, hapuskan sahaja tol.
bersambung...
Posted by abumunzir al-jerluni at 9:17 PM 0 comments
Monday, May 25, 2009
BN Ikut Landasan Yang Betul - Queen’s Counsel, London. Betul ke?
Najib berkata: “Kalau seorang Queen’s Counsel seperti Lord Lester itu boleh mengeluarkan pendapat bahawa kita berada di atas landasan yang betul, seperti mana keputusan mahkamah rayuan, maka janganlah disalahertikan ataupun memberikan pandangan yang negatif terhadap badan kehakiman negara." [Sinar Harian: 25 Mei 2009]
Posted by abumunzir al-jerluni at 6:38 AM 0 comments
Sunday, May 24, 2009
MAHU TANDING MANIK URAI: BN JELAS TIPU RAKYAT HIDUP-HIDUP
Posted by abumunzir al-jerluni at 6:27 AM 0 comments
Saturday, May 23, 2009
MB PERAK: KEPUTUSAN MAHKAMAH RAYUAN MEMANG SUDAH DIDUGA
Posted by abumunzir al-jerluni at 8:55 AM 0 comments
Monday, May 18, 2009
Babi dibela, Burung dihina...
Posted by abumunzir al-jerluni at 9:54 PM 0 comments
Monday, May 11, 2009
5 IPTA antara 100 universiti terbaik Asia
University of Tokyo dan Kyoto University di Jepun, masing-masing menduduki tangga ke-4 dan ke-5. QS adalah pakar maklumat unggul dunia dalam bidang pengajian tinggi yang mempunyai pejabat di London, Paris, Singapura, Tokyo, Shanghai, Sydney, Johannesburg, Boston dan Washington DC. - Bernama
Posted by abumunzir al-jerluni at 7:11 AM 1 comments
Thursday, April 30, 2009
Bila Babi Mengidap Selsema...
(Berita Harian, Rabu – 30 Ogos 2006)
Bandung (Indonesia) – Virus selesema burung di Indonesia didapati bersifat ganas dan didakwa seorang pakar sebagai mampu berjangkit antara manusia. Berdasarkan beberapa kajian, virus selesema burung di Indonesia adalah antara yang paling ganas tetapi keganasannya bergantung kepada organ tubuh yang diserang dan ini menjadi penentu sama ada orang itu dapat dipulihkan atau menemui maut.
(Berita Harian, Selasa – 29 Ogos 2006)
Hanoi (Vietnam) – Penemuan virus H5N1 di sebuah ladang kecil penternakan itik di selatan negara itu mengejutkan Vietnam kerana sejak tahun ini negara itu telah bebas daripada kes selesema burung. Penemuan itu membabitkan wilayah Ben Tre. Menurut seorang pegawai kesihatan haiwan daerah Thach Phu, wilayah Ben Tre, ujian makmal mengesahkan itik itu dijangkiti H5N1.
(Berita Harian, Jumaat – 25 Ogos 2006)
Indonesia – Lima wilayah di Sumatera Utara, Tanah Karo, Dairi, Deli Serdang, Simalungun dan Tapanuli Tengah disahkan positif sebagai daerah yang dijangkiti wabak selesema burung. Bagaimanapun, jumlah itu dianggap kecil berbanding tahun lalu iaitu 13 daripada 25 wilayah di Sumatera.
(Berita Harian, Isnin – 21 Ogos 2006)
Jakarta (Indonesia) – Seorang wanita berusia 35 tahun mati akibat selesema burung di sebuah kampung yang sehingga kini menyaksikan 12 kes yang disahkan atau disyaki akibat virus H5N1. Keputusan ujian makmal mengesahkan beliau mati kerana penyakit berkenaan.
(Berita Harian, Jumaat – 18 Ogos 2006)
Jakarta (Indonesia) – Seorang budak perempuan berusia sembilan tahun yang mati minggu ini didapati menghidap selesema burung selepas dua ujian tempatan menunjukkan positif manakala kampung tempat tinggal mangsa dilanda wabak penyakit itu. Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun dari kampung yang sama juga diuji positif terhadap selesema burung tetapi enggan dirawat di hospital.
(Berita Harian, Jumaat – 18 Ogos 2006)
Bangkok (Thailand) – Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendakwa jenis baru virus H5N1 selesema burung yang mencetuskan penularan wabak berkenaan di Thailand dan Laos berkemungkinan tersebar dari selatan China. Menurut Pengurus Pusat Pertubuhan Makanan dan Pertanian PBB (FAQ), virus H5N1 terus aktif di kawasan tengah Thailand, khususnya di pusat tumpuan burung dan ternakan dan mungkin juga turut membabitkan ternakan ayam dipelihara di belakang rumah, itik dan ayam sabung.
Posted by abumunzir al-jerluni at 8:16 AM 0 comments
A New Government To Serve One Malaysia - Najib
Posted by abumunzir al-jerluni at 6:23 AM 0 comments
Ustaz Firdaus! Kan Ku Kenang Sentiasa Kenangan Singkat Bersamamu
Ketawa sakan: Sdr. Nizam (kiri) ketawa sakan di sebelah Ust. Firdaus (kanan). Apa yang lawaknya ya? Mungkin dia terlalu seronok dapat makan bersama Ust. Firdaus buat pertama kali & terakhir. Hehe.
Ust. Firdaus (tengah) bersama Ust. Hamadi (kiri) serius melihat karenah pelajar.
Aduh! Letihnya...mungkin itulah yang difikirkan oleh Ust. Firdaus (duduk).
Posted by abumunzir al-jerluni at 6:07 AM 0 comments
Wednesday, April 29, 2009
1Malaysia: Keikhlasan & Ketelusan Kerajaan Diragui?
Posted by abumunzir al-jerluni at 8:16 AM 0 comments
Saturday, April 4, 2009
Salam Rindu Buat Semua Kawan2!
Posted by abumunzir al-jerluni at 7:37 PM 0 comments
Saturday, January 24, 2009
PKPIM Tidak Matang Berpolitik
Sebelum menyertai pilihanraya kampus pada kali ini PKPIM telah menyatakan bantahan awal mereka terhadap penggunaan istilah ‘Pro Mahasiswa’ dan ‘Pro Aspirasi’ kerana pada perkiraan mata kasar mereka penggunaan istilah ini adalah "tidak sihat dan merosakan perjuangan gerakan mahasiswa". Kenyataan mereka ini disuarakan oleh exco antarabangsa PKPIM, Khairul Anuar Musa. Sejurus selapas itu, seorang pemerhati politik kampus telah membuat satu kenyataan bahawa pendirian yang dibuat oleh PKPIM tersebut dibuat disebabkan mereka begitu terdesak dan terhimpit oleh dua kuasa politik kampus abad ini iaitu Pro Mahasiswa dan Pro Aspirasi. Mereka terdesak untuk menonjolkan diri mereka dan menarik perhatian massa UIAM.
Untuk makluman umum, pada kali ini Pro Mahasiswa telah mendapat maklumat yang pasti bahawa PKPIM-GPMS telah membuat pembahagian kerusi bagi mengelak pertandingan tiga penjuru khusus untuk menentang wakil Pro M di UIAM, We Unite For Islam (WUFI). Hasil daripada pembahagian kerusi tersebut, GPMS akan bertanding di semua kuliyyah kecuali di kuliyyah Undang-undang yang akan diberikan kepada PKPIM. Maklumat risikan ini diperolehi ketika jentera aspirasi (GPMS, PKPIM, NGO & KPT) sedang berkampung di Hotel Flamingo, Ampang pada malam Isnin, 13 Januari 2009. Pada malam tersebut juga, mereka mengumumkan calon baru mereka iaitu Shukor, Hanie, Sh. Nazirah dan dan Yogaliana. Namun, selepas hari pernamaan calon, PKPIM turut menghantar calon mereka di Kuliyyah Ekonomi yang menyebabkan berlakunya pertarungan tiga penjuru, WUFI-GPMS-PKPIM. Hal ini menyebabkab berlakunya pergeseran dan perbalahan antara GPMS dan PKPIM. Perkara ini dinyatakan sendiri oleh penggerak jentera aspirasi yang begitu marah dengan tindakan PKPIM.
Pergeseran antara mereka mungkin menyebabkan PKPIM mudah naik angin dan tidak matang dalam berpolitik. Mereka cepat berprasangka buruk dan cepat melatah apabila diserang oleh pihak musuh. Pengalaman penulis berkempen untuk calon Pro M di Kuliyyah Teknologi Maklumat (ICT) pada malam selasa, 20 Januari 2009, penulis dituduh mengintip aktiviti jentera PKPIM oleh ‘orang kuat’ mereka. Mudah sungguh mereka membuat tuduhan sedangkan pada ketika itu penulis bersama calon ICT sedang menunggu aktivis kami saudara Syuhadak dan Hakimi menghantar bekalan mechandise dan manifesto calon kami.
Kemuncak ketidakmatangan PKPIM berpolitik terserlah apabila satu drama yang dibintangi pimpinan mereka ‘meletus’ apabila saudara Saifullah Zulkifli membuat pengumuman bahawa pilihanraya kampus yang paling teruk dan kotor yang pernah disertai PKPIM. Kenyataan beliau tersebut dibuat berhubung terdapat beberapa risalah yang dibuat oleh pihak tertentu yang didakwa cuba memburukkan imej PKPIM. "PKPIM menganggap pilihan raya kampus ini pilihan raya terkotor kerana pihak kami tidak mengeluarkan risalah seperti ini," ujarnya sambil mengoyakkan risalah tersebut. Berdasarkan tindakan mereka, penulis yakin mereka terus menyalahkan jentera We Unite For Islam kerana ketika mereka masuk ke dalam dewan eksperimen, seorang pemimpin ‘tertinggi’ terus menyerbu ke arah penulis dan menengking penulis di hadapan rakan-rakan Pro M Universiti Malaya yang turut hadir pada hari tersebut dengan mendakwa pihak kamilah yang mengeluarkan risalah tersebut.
Justeru itu, hari ini penulis mencabar pihak PKPIM supaya mengemukakan bukti yang propaganda tersebut dikeluarkan oleh jentera Pro M. Melalui penulisan ini, penulis tidak berhajat untuk bermusuh dan memburuk-burukkan PKPIM, tetapi sebagai nasihat dan teguran untuk semua pihak supaya berhati-hati dalam membuat sebarang tuduhan. Cari bukti terlebih dahulu dan jangan cepat melatah kerana dalam politik macam-macam boleh terjadi. Pihak WUFI pun tidak terlepas dari serangan bertubi-tubi oleh pihak musuh, bagi kami itu biasa, tapi kita mesti bijak dalam mengatur strategi bagi menghadapi serangan tersebut. Pemikir politik, Lenin berkata politik ialah siapa yang boleh lakukan apa kepada siapa ( Who could do what to whom ). Manakala, seorang ahli sains politik, Harold Lasswell pula berkata politik adalah siapa yang dapat apa, bila dan bagaimana ( who gets what, when and how ). Jadi, PKPIM perlu lebih matang dan rasional jika masih berminat untuk terus terlibat dalam arena politik, baik kampus mahupun nasional. Jika tidak, teruskan usaha murni kalian memperjuangkan Islam dengan wadah Non-Partisan.
Cadangan penulis kepada PKPIM, jika benar apa yang didakwa oleh sesuatu pihak terhadap batang tubuh PKPIM, jawablah setiap pertuduhan tersebut dengan hikmah dan rasional, jangan terlalu ikut emosi. Banyak saluran yang boleh digunakan untuk memberi penjelasan kepada semua pihak. Walaupun pihak PKPIM mengisytiharkan bermusuh dengan We Unite For Islam, kami tetap positif dan tetap akan mengiktiraf kalian sebagai rakan kami.
Posted by abumunzir al-jerluni at 12:53 AM 4 comments
Friday, January 23, 2009
Pro-Mahasiswa menang besar di UIA buat kali ke-10
Pengumuman keputusan tersebut dibuat Pengerusi Suruhanjaya Pemilihan Majlis Perwakilan Mahasiswa UIAM, Dato' Hamidon Abdul Hamid pada 22 Januari lalu di Dewan Eksperimen, universiti berkenaan.
Usaha kumpulan Aspirasi yang cenderung dengan kerajaan BN terus gagal walaupun mereka menguasai kampus-kampus selain Universiti Malaya.
Kumpulan Pro-Mahasiswa UIAM berjaya menguasai sembilan kerusi dengan mendapat masing-masing dua kerusi di Kuliyyah Kejuruteraan, Kuliyyah Undang-undang, Kuliyyah Ilmu Wahyu serta memenangi satu daripada dua kerusi yang dipertandingkan di Kuliyyah Ekonomi, Kuliyyah Senibina dan Kuliyyah Teknologi Maklumat.
Sementara itu, kampus UIAM Kuantan pula mempertandingkan sepuluh kerusi bagi lima fakulti atau kuliyyah. Daripada jumlah tersebut, kumpulan Pro-Mahasiswa berjaya memenangi lapan kerusi di Kuliyyah Pergigian, Kuliyyah Sains, Kuliyyah Nursing, Kuliyyah Farmasi dan Perubatan. Manakala pengundian bagi satu lagi kuliyyah, iaitu Sains Kesihatan Bersekutu ditangguhkan kepada 29 Januari atas masalah teknikal.
Bagi kerusi antarabangsa di kampus Gombak dan Kuantan, semuanya dimenangi tanpa pertandingan dengan masing-masing mencatatkan keputusan empat dan dua kerusi.
Sementara itu, Hamidon dalam satu kenyataannya kepada pemberita menyatakan bahawa pihaknya tidak dapat menafikan kewujudan kumpulan pro-Mahasiswa, Aspirasi dan PKPIM dalam pilihan raya kampus berkenaan.
"Kita tidak dapat lari daripada wujudnya kumpulan-kumpulan berkenaan kerana ianya adalah natural, namun apa yang lebih penting, semua pihak mengetahui peranan serta menunaikan tanggungjawab tersebut dengan sebaik mungkin," katanya.
Beliau turut menjelaskan bahawa kemerosotan peratus keluar mengundi kepada 77.35 peratus berbanding tahun lalu iaitu kira-kira 80 peratus berpunca daripada kebanyakan mahasiswa telah kembali ke kampung halaman masing-masing kerana cuti perayaan Tahun Baru Cina.
"Kita telah membuat sebaran mengenai pilihan raya ini dan menjalankan kempen bagi menggalakkan mahasiswa turun tetapi ramai yang tetap berkeras.
"Untuk itu, pihak universiti akan menghantar notis tunjuk sebab kepada mereka yang gagal keluar menunaikan amanah sebagai pengundi," tegasnya.
Bagaimanapun, dewan tempat keputusan pilihan raya diumumkan gamat sewaktu majlis bersurai apabila seorang jurucakap PKPIM, Saifullah Zulkifli yang membuat pengumuman bahawa terdapat pihak tertentu yang mengeluarkan risalah memburukkan persatuan tersebut.
"PKPIM menganggap pilihan raya kampus ini pilihan raya terkotor kerana pihak kami tidak mengeluarkan risalah seperti ini," ujarnya sambil mengoyakkan risalah yang didakwa cuba mensabotaj persatuan berkenaan.
Walau bagaimanapun, keadaan kembali reda setelah beliau bersama-sama penyokongnya meninggalkan dewan berkenaan dengan aman.
Proses pengundian bagi pilihan raya kampus UIAM telah dijalankan pada 22 Januari lalu bermula jam 9.17 pagi yang berakhir pada jam 5.17 petang. Hari penamaan calon ditentukan tiga hari sebelum itu.
Ia menggunakan sistem pengundian secara online atau e-voting sepenuhnya dalam proses pengundian.
sumber: harakahdaily.net
Posted by abumunzir al-jerluni at 7:44 AM 1 comments
Tuesday, January 20, 2009
Kerajaan tak bina IPTA baru: Khaled
PUTRAJAYA: Kerajaan tidak akan menambah bilangan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) kerana 584 Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang ada ketika ini cukup untuk menampung permintaan mereka yang mahu melanjutkan pelajaran ke peringkat itu.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata selain untuk mewujudkan persaingan sihat di antara IPTA dan IPTS, langkah itu juga sebahagian daripada usaha kerajaan untuk melihat IPTS di negara ini setanding dengan pencapaian universiti awam.
�Kerajaan ingin melihat IPTS setanding dengan IPTA dan kalau boleh lebih maju dan mampu mengatasi pencapaian universiti awam.
�Perkara ini tidak dapat dielakkan kerana fenomena ini berlaku secara global. Ia bertujuan menampung tuntutan mendadak pelbagai pihak, selain saluran terbaik dalam meningkatkan kemajuan diri dan pembangunan sesebuah negara,� katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyampaikan amanat Tahun Baru 2009 Kementerian Pengajian Tinggi di sini, semalam. Hadir sama, Timbalan Menteri, Datuk Idris Haron.
Pada majlis itu, Kementerian Pengajian Tinggi turut menyampaikan sumbangan sebanyak RM160,600 kepada Timbalan Ketua Setiausaha 2, Kementerian Luar, Datuk Mohd Kamal Yan Yahya bagi disalurkan kepada Tabung Khas Palestin.
Ketika ini, ada sejumlah 20 IPTA, manakala 584 IPTS di seluruh negara meliputi 41 universiti dan kolej universiti, serta 543 kolej dan politeknik yang beroperasi secara aktif.
Mohamed Khaled berkata, beliau sudah mengarahkan Jabatan Pengajian Tinggi meningkatkan pemantauan di IPTA dan IPTS terutama sekali berkaitan sukatan pelajaran yang ditawarkan dalam memastikan kualitinya menepati piawaian antarabangsa.
�Langkah itu secara langsung memberi gambaran keseluruhan mengenai kedudukan universiti awam dan swasta dalam sistem pendidikan kebangsaan,� katanya.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata, seramai 66,782 pelajar antarabangsa mengikuti pengajian di institut pengajian di negara ini pada 2008.
Katanya, jumlah itu dijangka meningkat sehingga 80,000 pada 2010 kerana negara ini menawarkan kos pengajian yang rendah tanpa mengabaikan aspek kualiti.
Sementara itu, beliau berkata, pihaknya sedia menimbang untuk menambah dana daripada RM100 juta yang diperuntukkan ketika ini jika program latihan di industri yang dilaksana dengan kerjasama kementerian lain dengan syarikat swasta mendapat sambutan.
Katanya, kementerian memandang serius isu graduan gagal memenuhi kehendak pasaran kerja lebih-lebih lagi ketika negara menerima tempias daripada krisis ekonomi dunia, tetapi tambahan peruntukan bergantung kepada keadaan semasa serta keperluan graduan.
sumber: berita harian (klik tajuk)
Posted by abumunzir al-jerluni at 6:32 PM 0 comments
'NIEI' Dedahkan Rasuah & Penyalahgunaan Kuasa PRK KT!
- Penubuhan dan pemberian RM 1 juta untuk Tabung Kecemasan Nelayan.
- Peruntukan RM150,000 untuk skim pembangunan nelayan Kuala Terengganu.
- Pemberian secara lambak tanpa tender 583 projek Kelas F yang bernilai RM15.8 juta.
- Upacara mengasaskan projek pembinaan unit kardiologi yang bernilai RM10 juta.
- Upacara perasmian projek pembinaan masjid di Kubang lkan (Kuala Terengganu) pada 15 Januari 2009.
- Upacara pecah tanah pembinaan 1,200 unit Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).
- Perasmian peruntukan RM100 juta untuk membina 1,000 unit rumah kos rendah di Kuala Terengganu.
- Pemberian RM6.1 juta kepada Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hwa Wei Sin.
- Pemberian sebanyak RM2.5 juta untuk masyarakat Cina Kuala Terengganu.
- Pengumuman geran RM 50 juta untuk sekolah-sekolah Cina.
- Pemberian pilot E-book (komputer) kepada 100 orang di Kuala Terengganu.
- Janji pemberian 23,000 buah E-book (komputer), berharga RM 1,300 sebuah, kepada kanak-kanak sekolah.
- Seramai 206 orang penenun songket menerima satu set seorang Mesin Tenunan Tradisional yang berharga RM 695 seunit.
- Pemberian RM408.6 juta kepada kerajaan Negeri Terengganu sebagai royalti minyak.
Mengisytiharkan projek untuk meluaskan ruang keluar-masuk pelabuhan perikanan di Pelabuhan Cendering.
Posted by abumunzir al-jerluni at 1:55 AM 0 comments
Sunday, January 18, 2009
'Ramai remaja kini puja syaitan'
Mengikut kajian sekumpulan 10 penyelidik Universiti Malaya mengenai ‘Elemen Satanisme dalam Trend Kepenggunaan Media di Kalangan Belia Islam’ lebih setahun mulai September 2007 hingga Disember 2008, mendapati pengaruh pemujaan syaitan itu kian menular di kalangan belia Islam.
Berikutan itu mereka menyarankan silibus pendidikan agama Islam di sekolah dipinda dengan memasukkan elemen berkenaan bagi memberi pendidikan kepada anak supaya lebih memahaminya dan dapat mengelak daripada terpengaruh.
Silibus sedia ada tidak memberi tumpuan khusus mengenainya, sebaliknya cuma menekankan aspek pengajian asas agama Islam.
Elemen satanisme – ajaran sesat dipelopori Church of Satan yang mempunyai ramai penganut di Barat, mengagungkan syaitan dan disebarkan menerusi pengaruh Black Metal, komik animasi, permainan video, filem dan drama seram, lagu rock serta buku yang diseludup masuk ke Malaysia.
Salah seorang penyelidik yang juga pensyarah di Akademi Pengajian Islam, Profesor Madya Dr Che Zarrina Sa’ari berkata, apa yang menyedihkan masyarakat lebih melihat dadah dan mat rempit sebagai ancaman utama tanpa menyedari bahaya satanisme yang membabitkan perbuatan syirik.
“Hasil kajian kami menunjukkan ramai belia Islam tidak menyedari ancaman itu dan menganggap elemen pemujaan syaitan menerusi filem di televisyen sebagai satu keseronokan semata-mata.
“Anehnya pada masa sama, perlakuan dan tindakan mengagungkan syaitan, termasuk memaparkan simbol syaitan pada pakaian serta aksi tangan itu sudah boleh menjejaskan akidah mereka. Inilah yang harus kita sedar dan tangani segera,” katanya kepada Berita Minggu.
Katanya, berbeza ajaran Islam yang menyenaraikan syaitan sebagai gangguan yang perlu dilawan manusia, satanisme sebaliknya mengagungkan syaitan sebagai wira dan amat berkuasa.
“Apa yang menyedihkan, ramai remaja Islam yang kami temui mengakui mereka tidak tahu cara melawan pengaruh satanisme ini kerana tidak didedahkan bahayanya sama ada menerusi ibu bapa mahu pun di sekolah,” katanya.
“Justeru, kita berasakan kerajaan perlu melakukan sesuatu, termasuk meminda silibus sedia ada bagi menyenaraikan satanisme ini sama bahayanya dengan gejala najis dadah.”
Che Zarrina berkata, kumpulan penyelidik berkenaan yakin penyebaran satanisme itu sebahagian senjata dalang yang mahukan remaja Islam sesat.
“Ramai di antara kita sendiri tidak menyedari bahaya satanisme biarpun ancaman itu sudah wujud. Masalah itu mungkin tidak ketara sekarang, tetapi ia boleh berleluasa dalam tempoh 10 atau 20 tahun akan datang,” katanya.
Beliau bagaimanapun menegaskan, tujuan kajian itu bukanlah untuk mencetuskan panik di kalangan masyarakat, tetapi mewujudkan kesedaran mengenai ancaman satanisme seawal mungkin.
sumber: berita harian (klik tajuk)
Posted by abumunzir al-jerluni at 5:53 PM 0 comments
Saturday, January 17, 2009
'DOSA BESAR! BELI BARANGAN ISRAEL & AMERIKA' - AL-QARADHAWI
"في أول الانتفاضة رأينا العجب والله، رأينا الصغار الأطفال يقولون لآبائهم: لا يا أبي لا يا أمي هذه بضاعة أمريكية حرام، رأينا الأخوة في الهند في كيرالا يجتمعون في يوم الجمعة مثل هذا وكل واحد في يده زجاجة كوكاكولا ويكسرها إشارة إلى المقاطعة، ما الذي جعل الأمة تسترخي، نريد من الأمة من رجالها ونسائها من الأمهات في البيوت أن لا يشترين البضائع الأمريكية، وربما تكون هناك بضائع إسرائيلية تتسلل تحت أسماء وعناوين، من عرف ذلك فعليه أن يقاطع، حرام أي حرام، حرام بل كبيرة من الكبائر أن تشتري في هذا الوقت البضائع الإسرائيلية والأمريكية، هذا جهاد نوع من الجهاد، لابد أن نفعله ونتواصى به"
Ringkasnya: Dr. Yusuf Al-Qaradhawi mengeluarkan fatwa terbarunya bahawa: "Barangsiapa yang membeli barangan buatan Israel dan Amerika pada ketika ini (perang Israel-Gaza) adalah berdosa besar...Inilah satu bentuk Jihad, kita wajib laksanakannya dan memberi peringatan kepada orang ramai"
sumber: http://www.qaradawi.net (klik tajuk)
Posted by abumunzir al-jerluni at 9:19 AM 0 comments
Laungan Takbir Menyambut 'Bulan Mengambang' di Kuala Terengganu
Posted by abumunzir al-jerluni at 7:56 AM 0 comments
Thursday, January 15, 2009
Nazrin: Beri perhatian jurang antara umat Islam
Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah bertitah, jurang pencapaian antara umat Islam yang kaya dan miskin, yang berada di bandar dengan di luar dan di pinggir bandar, serta yang berilmu dengan yang kurang berilmu, juga perlu diberi perhatian.
Ini adalah kerana keadaan ini "meletakkan umat Islam sesama sendiri berada pada dua hujung pola yang semakin berjauhan," titah baginda, lapor Bernama.
Keadaan ini "akan bertambah buruk apabila umat Islam yang telah mencapai kejayaan dan memiliki kekayaan bersifat tamak dan bersikap haloba. Tidak mempunyai keinsafan memenuhi tanggungjawab fardu kifayah untuk membantu masyarakat yang masih tertinggal," titah baginda.
"Jurang yang berlaku disebabkan faktor-faktor geografi, milik kekayaan, penguasaan ilmu, penguasaan kemahiran, juga kelainan pendekatan politik harus dirapatkan.
"Ummah yang belum begitu kuat pada hari ini, tidak dapat lari dari memerlukan peranan penting kerajaan dalam menggubal dasar yang pragmatik disusuli dengan langkah pelaksanaan yang berkesan," titah baginda.
Raja Muda Perak bertitah umat Islam pula tidak harus terlalu dibelenggu dengan minda rendah diri dan rasa hilang keyakinan.
Malah mereka wajib memberi fokus dan mengambil iktibar daripada contoh-contoh kejayaan yang telah membantu mengubah nasib dan pencapaian ekonomi ummah, titah baginda.
"Tabung Haji, Felda, Dasar Ekonomi Baru (DEB), Permodalan Nasional Berhad dan Petronas adalah antara contoh kejayaan dasar dan kejayaan institusi nasional yang diilhamkan, dibangunkan, diuruskan dan dimajukan oleh umat Islam di negara ini," titah baginda.
Tabungan moden secara halal
Raja Dr Nazrin bertitah Tabung Haji yang ditubuhkan kerajaan melalui Akta Parlimen pada tahun 1962, hari ini diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai satu badan urus niaga yang bukan sahaja berjaya mengendali urusan jemaah haji secara tersusun tetapi turut berjaya mengurus dana Kewangan Islam secara cekap, bijak lagi produktif.
"Bermula dari budaya umat Islam menyimpan wang bagi keperluan haji, di bawah-bawah tilam, di dalam bantal, di atas para rumah, dan di dalam tempayan beras, telah dihijrahkan kepada konsep tabungan moden secara halal.
"Satu idea yang dicetuskan oleh pemikir Islam Ungku Abdul Aziz lalu dilaksanakan sehingga mencapai kejayaan cemerlang, membuktikan kehebatan umat Islam menguruskan dana melebihi RM17 bilion secara canggih lagi produktif, memegang amanah 4.4 juta pendeposit," titah baginda.
Sementara itu, Raja Nazrin juga bertitah, umat Islam amat memerlukan sebuah kerajaan yang kukuh dan stabil, yang mampu mentadbir dengan cekap dan bijak.
Titah baginda, umat Islam juga memerlukan sebuah kerajaan yang memiliki latar belakang, pemahaman dan simpati yang tinggi terhadap keperluan ummah supaya dapat memberi tumpuan kepada usaha-usaha membawa kemakmuran kepada ummah.
Bagi Malaysia, dalam tempoh 51 tahun negara mencapai kemerdekaan, pencapaian sosioekonomi di kalangan sebahagian umat Islam telah meningkat, malah jumlah umat Islam yang mendapat peluang pengajian tinggi berlipat ganda dan menghasilkan pertambahan bilangan profesional serta teknokrat Islam di negara ini.
Jurang pencapaian melebar
Baginda bertitah demikian semasa menutup Kongres Ekonomi Islam Ketiga di Kuala Lumpur hari ini.
Raja Dr Nazrin bertitah pada hakikatnya, bilangan umat Islam yang mencapai paras sosioekonomi yang lebih baik pada tahun 2009 nyata jauh bertambah berbanding tahun 1957.
Namun, umat Islam tidak sepi daripada merasa bimbang dan terancam apabila angka-angka pencapaian itu dilihat secara relatif dengan angka pencapaian orang bukan Islam, yang memperlihatkan berlakunya jurang yang semakin luas, yang membuktikan kadar pencapaian umat Islam adalah lebih kecil daripada kelajuan pencapaian bukan Islam, titah baginda.
Raja Dr Nazrin bertitah malah jurang pencapaian lebih lebar mungkin ditemui apabila dilakukan perkiraan kejadian ketirisan ekonomi dan kes pegangan ekuiti secara proksi.
"Jika ketirisan ekonomi berlaku dan jika pegangan ekuiti secara proksi menjadi norma, apalah ertinya dasar yang digubal untuk membela ummah bila berlaku kegelinciran di peringkat pelaksanaan.
"Keadaan demikian pastinya merugikan ummah, ibarat memagar kelapa condong; pohonnya tumbuh di kebun kita, buahnya jatuh ke kebun orang," titah baginda.
sumber: malaysiakini.com
Posted by abumunzir al-jerluni at 1:52 AM 0 comments