Thursday, November 6, 2008

Mampukah Barack Obama Membuat Perubahan di US?




WASHINGTON - Senator Barack Hussein Obama semalam dipilih oleh pengundi untuk menjadi Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-44 dan menjadi penduduk kulit hitam pertama menduduki jawatan berkenaan.

Obama yang berumur 47 tahun daripada Parti Demokrat menang besar dan turut memperoleh 349 undi untuk badan perwakilan pemilih berbanding pesaingnya Senator John McCain mewakili Parti Demokrat memperoleh hanya 157 undi.

Beliau turut mencipta sejarah sebagai calon Parti Demokrat pertama dalam beberapa dekad berjaya mendapat undi popular 52 peratus berbanding McCain yang mendapat 47 peratus. Setakat berita ini ditulis, Obama yang berumur 47 tahun mendapat sebanyak 57,3888,144 undi popular manakala McCain hanya memperoleh 52,013,745 undi. - KOSMO! 6 Nov 2008.

Persoalannya sekarang mampukah Obama membawa perubahan di Amerika dan seluruh dunia dengan merombak kembali dasar-dasar yang telah di bawa oleh mantan presiden AS yang lepas, George W. Bush.? Dasar luar Amerika terhadap negara-negara umat Islam? Dasar luar AS terhadap peperangan di Iraq dan Afganistan? dll.

No comments: