Saturday, January 24, 2009

PKPIM Tidak Matang Berpolitik

Semalam Pilihanraya Kampus menutup tirainya dengan kemenangan bergaya Pro-Mahasiswa (Pro-M) di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) apabila berjaya memenangi 20 kerusi daripada 24 kerusi yang dipertandingkan. Sebelum itu, Pro-Aspirasi juga berjaya ditumbangkan oleh Pro-M di Universiti Malaya pada 19 Januari yang lepas dengan majoriti tipis 21-20, dengan menguasai lapan daripada sembilan kerusi umum yang diprtandingkan. Selain itu, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) berjaya memenangi satu kerusi di Kuliyyah Ekonomi, UIAM, dan tewas di Kuliyyah Undang-undang setelah menyertai PRK buat kali kedua berturut-turut. Pada sesi lepas, PKPIM yang juga bertahalluf dengan Aspirasi (GPMS) tewas di dua kuliyyah yang disertai mereka iaitu Kuliyyah Undang-undang dan Kuliyyah Ilmu Wahyu & Sains Kemanusiaan.

Sebelum menyertai pilihanraya kampus pada kali ini PKPIM telah menyatakan bantahan awal mereka terhadap penggunaan istilah ‘Pro Mahasiswa’ dan ‘Pro Aspirasi’ kerana pada perkiraan mata kasar mereka penggunaan istilah ini adalah "tidak sihat dan merosakan perjuangan gerakan mahasiswa". Kenyataan mereka ini disuarakan oleh exco antarabangsa PKPIM, Khairul Anuar Musa. Sejurus selapas itu, seorang pemerhati politik kampus telah membuat satu kenyataan bahawa pendirian yang dibuat oleh PKPIM tersebut dibuat disebabkan mereka begitu terdesak dan terhimpit oleh dua kuasa politik kampus abad ini iaitu Pro Mahasiswa dan Pro Aspirasi. Mereka terdesak untuk menonjolkan diri mereka dan menarik perhatian massa UIAM.

Untuk makluman umum, pada kali ini Pro Mahasiswa telah mendapat maklumat yang pasti bahawa PKPIM-GPMS telah membuat pembahagian kerusi bagi mengelak pertandingan tiga penjuru khusus untuk menentang wakil Pro M di UIAM, We Unite For Islam (WUFI). Hasil daripada pembahagian kerusi tersebut, GPMS akan bertanding di semua kuliyyah kecuali di kuliyyah Undang-undang yang akan diberikan kepada PKPIM. Maklumat risikan ini diperolehi ketika jentera aspirasi (GPMS, PKPIM, NGO & KPT) sedang berkampung di Hotel Flamingo, Ampang pada malam Isnin, 13 Januari 2009. Pada malam tersebut juga, mereka mengumumkan calon baru mereka iaitu Shukor, Hanie, Sh. Nazirah dan dan Yogaliana. Namun, selepas hari pernamaan calon, PKPIM turut menghantar calon mereka di Kuliyyah Ekonomi yang menyebabkan berlakunya pertarungan tiga penjuru, WUFI-GPMS-PKPIM. Hal ini menyebabkab berlakunya pergeseran dan perbalahan antara GPMS dan PKPIM. Perkara ini dinyatakan sendiri oleh penggerak jentera aspirasi yang begitu marah dengan tindakan PKPIM.

Pergeseran antara mereka mungkin menyebabkan PKPIM mudah naik angin dan tidak matang dalam berpolitik. Mereka cepat berprasangka buruk dan cepat melatah apabila diserang oleh pihak musuh. Pengalaman penulis berkempen untuk calon Pro M di Kuliyyah Teknologi Maklumat (ICT) pada malam selasa, 20 Januari 2009, penulis dituduh mengintip aktiviti jentera PKPIM oleh ‘orang kuat’ mereka. Mudah sungguh mereka membuat tuduhan sedangkan pada ketika itu penulis bersama calon ICT sedang menunggu aktivis kami saudara Syuhadak dan Hakimi menghantar bekalan mechandise dan manifesto calon kami.

Kemuncak ketidakmatangan PKPIM berpolitik terserlah apabila satu drama yang dibintangi pimpinan mereka ‘meletus’ apabila saudara Saifullah Zulkifli membuat pengumuman bahawa pilihanraya kampus yang paling teruk dan kotor yang pernah disertai PKPIM. Kenyataan beliau tersebut dibuat berhubung terdapat beberapa risalah yang dibuat oleh pihak tertentu yang didakwa cuba memburukkan imej PKPIM. "PKPIM menganggap pilihan raya kampus ini pilihan raya terkotor kerana pihak kami tidak mengeluarkan risalah seperti ini," ujarnya sambil mengoyakkan risalah tersebut. Berdasarkan tindakan mereka, penulis yakin mereka terus menyalahkan jentera We Unite For Islam kerana ketika mereka masuk ke dalam dewan eksperimen, seorang pemimpin ‘tertinggi’ terus menyerbu ke arah penulis dan menengking penulis di hadapan rakan-rakan Pro M Universiti Malaya yang turut hadir pada hari tersebut dengan mendakwa pihak kamilah yang mengeluarkan risalah tersebut.

Justeru itu, hari ini penulis mencabar pihak PKPIM supaya mengemukakan bukti yang propaganda tersebut dikeluarkan oleh jentera Pro M. Melalui penulisan ini, penulis tidak berhajat untuk bermusuh dan memburuk-burukkan PKPIM, tetapi sebagai nasihat dan teguran untuk semua pihak supaya berhati-hati dalam membuat sebarang tuduhan. Cari bukti terlebih dahulu dan jangan cepat melatah kerana dalam politik macam-macam boleh terjadi. Pihak WUFI pun tidak terlepas dari serangan bertubi-tubi oleh pihak musuh, bagi kami itu biasa, tapi kita mesti bijak dalam mengatur strategi bagi menghadapi serangan tersebut. Pemikir politik, Lenin berkata politik ialah siapa yang boleh lakukan apa kepada siapa ( Who could do what to whom ). Manakala, seorang ahli sains politik, Harold Lasswell pula berkata politik adalah siapa yang dapat apa, bila dan bagaimana ( who gets what, when and how ). Jadi, PKPIM perlu lebih matang dan rasional jika masih berminat untuk terus terlibat dalam arena politik, baik kampus mahupun nasional. Jika tidak, teruskan usaha murni kalian memperjuangkan Islam dengan wadah Non-Partisan.

Cadangan penulis kepada PKPIM, jika benar apa yang didakwa oleh sesuatu pihak terhadap batang tubuh PKPIM, jawablah setiap pertuduhan tersebut dengan hikmah dan rasional, jangan terlalu ikut emosi. Banyak saluran yang boleh digunakan untuk memberi penjelasan kepada semua pihak. Walaupun pihak PKPIM mengisytiharkan bermusuh dengan We Unite For Islam, kami tetap positif dan tetap akan mengiktiraf kalian sebagai rakan kami.

4 comments:

Anonymous said...

A simple presumption, why they attacked WUFI at the first place. a simple presumption is that they do not think their "friend" will attack them as they has agreed to contest is PRK against WUFI.

Anonymous said...

As simple as this...
In Kuantan, there's no Aspirasi, but still the 'Risalah' is distributed.
On the other hand, there's no such thing like discussion with Aspirasi. Nothing! If there's, please give ur evidence.
Please don't practice Zalim to other people...
Wallahua'alam...

AKU DAN PERJUANGANKU said...

salam singgah...

shahadah said...

assalamualaikum..walaupun belum habis baca smpai habis, namun sy kira anda seorang yang tidak matang dalam menilai. maaf kerna baru terjumpa blog anda ni. sama2 muhasabah. bukan terus kritik xmenentu. itu bukan seorang DAIE!!