Tuesday, November 4, 2008

Haram melintasi orang yang sedang bersolat

Salam ceria buat semua rakan-rakan!

Sebenarnya sudah lama hajat dihati nak berbicara tentang isu hokum melintasi orang yang sedang bersolat tetapi disebabkan masalah-masalah tertentu, maka hajat tersebut terbantut. Alhamdulillah kali ini saya dapat juga berbincang dengan sahabat-sahabat secara umum berkenaan topik ini di alam maya.

Seringkali saya melihat ramai orang melintas di hadapan orang yang sedang bersolat, baik di surau (musolla) atau masjid, baik yang belajar pengajian Islam atau tidak, baik ahli gerakan Islam atau bukan ahli gerakan Islam. Masih ramai yang tidak tahu tentang hokum 'HARAM' melintasi orang yang sedang bersolat tanpa sutrah (penghadang).

Tulisan ini bukan bertujuan untuk kita berbicara secara ilmiah terperinci, tetapi memadailah kita mengetahui secara umum berkenaan isu ini. Jika sahabat-sahabat ingin tahu secara terperinci pandangan empat-empat mazhab, Syafi'eyah, Malikiyah, Hanafiyah, dan Hanbaliyah, boleh lah rujuk kitab 'Al-Fiqh 'ala Al-Mazahibi Al-Arba'ah' (الفقه على المذاهب الأربعة) susunan Abd Rahman bin Muhammad bin 'Audi Al-Jazairi dan kitab-kitab mu'tabar yang lain.

Haram melintasi orang yang sedang solat tanpa penghadang (sutrah):

Secara ringkasnya melintasi orang yang sedang bersolat tanpa penghadang (sutrah) hukumnya adalah 'haram', begitu juga 'haram' bagi orang yang bersolat di tempat laluan umum tanpa sutrah. Nabi s.a.w. pernah bersabda:

حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ يُوسُفَ قَالَ أَخْبَرَنَا مَالِكٌ عَنْ أَبِى النَّضْرِ مَوْلَى عُمَرَ بْنِ عُبَيْدِ اللَّهِ عَنْ بُسْرِ بْنِ سَعِيدٍ أَنَّ زَيْدَ بْنَ خَالِدٍ أَرْسَلَهُ إِلَى أَبِى جُهَيْمٍ يَسْأَلُهُ مَاذَا سَمِعَ مِنْ رَسُولِ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم - فِى الْمَارِّ بَيْنَ يَدَىِ الْمُصَلِّى فَقَالَ أَبُو جُهَيْمٍ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم - « لَوْ يَعْلَمُ الْمَارُّ بَيْنَ يَدَىِ الْمُصَلِّى مَاذَا عَلَيْهِ لَكَانَ أَنْ يَقِفَ أَرْبَعِينَ خَيْرًا لَهُ مِنْ أَنْ يَمُرَّ بَيْنَ يَدَيْهِ » . قَالَ أَبُو النَّضْرِ لاَ أَدْرِى أَقَالَ أَرْبَعِينَ يَوْمًا أَوْ شَهْرًا أَوْ سَنَةً.

Nabi s.a.w. bersabda: "Sekiranya orang yang melintasi orang yang sedang bersolat mengetahui apa balasan keatasnya (dosa – jika dia melintasi orang tersebut), nescaya dia akan berhenti dan menunggu sehingga empat puluh, maka kebaikan (pahala) lah baginya daripada dia melintasi orang yang sedang bersolat tersebut." Abu Al-Nadhri telah berkata: "Aku tidak tahu apa yang dimaksudkan oleh Nabi s.a.w. itu, adakah empat puluh hari atau bulan atau tahun. (Hadis riwayat oleh Al-Bukhari dalam Sohihnya, hadis no: 510 Bab: "Ism Al-maar baina yadai al-musolli", juzuk 1, m/s: 191).


Penyelesaiannya:

Pertama: Jika hendak bersolat, maka pastikan ada sutrah (penghadang) sama ada dinding, tiang, kerusi, katil, dan benda-benda lain lagi yang cukup ketinggiannya. Mengikut mazhab Syafi'e tinggi sutrah tersebut mestilah tiga suku lengan tangan atau lebih. Jika kita sengaja solat tanpa sutrah di tempat laluan umum, dan ada orang melintasi kita nescaya kita berdosa, jika tidak ada yang melintasi kita selamat. Lebih baik cari sutrah.

أَخْبَرَنَا أَبُو عَبْدِ اللَّهِ الْحَافِظُ أَخْبَرَنَا أَبُو الْعَبَّاسِ : مُحَمَّدُ بْنُ يَعْقُوبَ حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ إِسْحَاقَ الصَّغَانِىُّ حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرٍ الْحَنَفِىُّ حَدَّثَنَا الضَّحَّاكُ بْنُ عُثْمَانَ حَدَّثَنِى صَدَقَةُ بْنُ يَسَارٍ قَالَ سَمِعْتُ ابْنَ عُمَرَ رَضِىَ اللَّهُ عَنْهُ يَقُولُ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- :« لاَ تُصَلُّوا إِلاَّ إِلَى سُتْرَةٍ ، وَلاَ تَدَعْ أَحَدًا يَمُرُّ بَيْنَ يَدَيْكَ ، فَإِنْ أَبَى فَقَاتِلْهُ ، فَإِنَّ مَعَهُ الْقَرِينَ ». أَخْرَجَهُ مُسْلِمٌ فِى الصَّحِيحِ مِنْ حَدِيثِ أَبِى بَكْرٍ الْحَنَفِىِّ دُونَ مَا فِى أَوَّلِهِ مِنَ السُّتْرَةِ.

Sabda Nabi s.a.w.: "Jangan kamu (tunaikan) solat melainkan ada sutrah (penghadang), dan jangan biarkan sesorang melintasi kamu (ketika sedang solat), sekiranya dia tidak mengendahkan (berdegil) maka bunuhlah dia, maka sesungguhnya Qarin (syaitan) bersamanya." (Sunan Al-Baihaqi: 354 Bab "Al-musolli yadfa'u al-marru baina", juzuk 2, m/s: 271.


Kedua: Elakkan bersolat ditempat laluan utama orang ramai seperti ditengah-tengah ruang utama masjid atau di depan pintu masjid.

Ketiga: Jangan melintasi orang yang sedang bersolat tanpa sutrah. Elakkan dan cari jalan lain ataupun tunggu sehingga beliau selesai dari solatnya.

Nabi s.a.w. bersabda: "Sekiranya orang yang melintasi orang yang sedang bersolat mengetahui apa balasan keatasnya (dosa – jika dia melintasi orang tersebut), nescaya dia akan berhenti dan menunggu sehingga empat puluh, maka kebaikan (pahala) lah baginya daripada dia melintasi orang yang sedang bersolat tersebut." Abu Al-Nadhri telah berkata: "Aku tidak tahu apa yang dimaksudkan oleh Nabi s.a.w. itu, adakah empat puluh hari atau bulan atau tahun. (Hadis riwayat oleh Al-Bukhari dalam Sohihnya, hadis no: 510 Bab: "Ism Al-maar baina yadai al-musolli", juzuk 1, m/s: 191).


Jadi, itulah secara ringkasnya tazkirah yang ingin dikongsi bersama. Mudah-mudahan kita dapat manfa'atnya dan sama-sama kita amalkannya dalam kehidupan kita. Jika ada fakta yang salah mohon diperbetulkan. Jika ada sebarang kekeliruan, segeralah tanya para 'alim dan 'ulamak. "Maka bertanyalah kamu kepda Ahli Zikri ('ulamak) sekiranya kamu tidak tahu." [Surah Al-Nahl: 43]

Rujukan:

Al-Jaziri, Abd Rahman bin Muhammad bin 'Audi, Al-Fiqh 'ala Mazahibi Al-Arba'ah, tahqiq: Ahmad Ibrahim Zahwah dan Ahmad 'Inayah (Beirut: Darul Kitab Al-'Arabi, cetakan pertama, 2005) m/s: 162-164.

1 comment:

radhiahsyahida said...

syukran 'ala ma'lumatik..
sblm ni, xtau satr tu kna tinggi..
jazakallah..