Kelab Ma’ruf (Ma’ruf Club) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan seluruh ahlinya mengutuk sekeras-kerasnya tindakan biadap Ahli Parlimen Belanda, Geert Wilders yang menerbitkan filem ‘Fitna’ yang jelas menghina dan mencabar kesucian Islam. Filem tersebut menggambarkan imej-imej serangan pada 11 September 2001 di Amerika Syarikat dengan menunjukkan para pengebom yang terlibat dalam serangan itu membaca beberapa ayat al-Quran.
Islam merupakan agama rahmat bagi seluruh alam sangat menitikberatkan soal keamanan dan ketenteraman. Tidak ada dalam ajaran Islam menggesa umatnya supaya bertindak di luar batasan agama dan melakukan keganasan. Hanya golongan anti-Islam yang tidak bertanggungjawab sahaja yang menggambarkan bahawa Islam adalah agama yang menganjurkan umatnya melakukan keganasan. Jika dakwaan mereka benar, datangkan bukti yang kukuh bagi mengesahkan dakwaan tersebut. Siasatan tragedi ‘11 September’ ternyata gagal membuktikan bahawa serangan tersebut didalangi oleh pejuang Islam, tetapi sebaliknya jelas menunjukkan bahawa ia merupakan satu strategi musuh Islam bagi memburukkan imej umat Islam yang merupakan umat yang terbaik.
Kajian-kajian yang dilakukan oleh rakyat Amerika sendiri membuktikan bahawa tragedi tersebut bukan merupakan serangan pengganas yang dilakukan oleh orang Islam. Jimmy Walter merupakan antara pengkaji yang menyangkal dakwaan
Justeru itu, Kelab Ma’ruf menyeru umat Islam supaya menghayati, memahami dan melaksanakan ajaran Islam dengan sebaik-baiknya disamping mengelak dari melakukan tindakan yang tidak bertanggungjawab dan melampaui batas. Umat Islam mesti bersatu dan berusaha mempertahankan kesucian Islam yang saban hari
Seruan kepada pihak kerajaan dan pihak berwajib supaya menghalang sekeras-kerasnya tidakan mana-mana pihak yang
3 comments:
Selamat amr ma'ruf nahi munkar.
-Bintubahariyah-
www.bintubahariyah.blogspot.com
ISLAM diCABAR!!!
apa tindakan kita di Malaysia??
5 kerajaan negeri, tunjukkan keprihatinan anda!
82 MPs, lantangkan suara anda di Parlimen. jangan benarkan Fitna masuk ke Malaysia melalui cara apa sekalipun!
test...good idea!
Post a Comment