Tanggal 12 Julai 2008 merupakan suatu tarikh yang sukar dilupakan oleh penduduk ‘setinggan’ Kg. Kerinchi, bukan sebab mereka mendapat apa-apa ‘habuan’ atau ‘ganjaran’ yang lumayan, tetapi sebaliknya yang berlaku apabila teratak kediaman mereka hangus dijilat api dalam sekelip mata, tiada apa yang dapat diselamatkan kecuali diri mereka sehelai sepinggang. Persoalannya di sini ialah adakah kediaman mereka benar-benar terbakar atau dibakar oleh pihak tertentu?
Sebelum itu, pihak Ma’ruf Club UIAM bersama rakan dari PMIUM dan GAMIS telah turun
Selain itu, kebanyakkan mangsa kebakaran tersebut mendakwa bahawa rumah mereka bukannya terbakar oleh sebab-sebab tertentu, tetapi dibakar oleh pihak tertentu yang mempunyai kepentingan tersendiri. Menurut mereka, seminggu sebelum tragedi tersebut mereka telah diberi notis oleh Pihak Berkuasa yang terlibat supaya berpindah dan mengosongkan kediaman mereka tanpa sebab dan tanpa menyediakan kediaman alternatif serta jaminan pampasan yang mereka akan prolehi apabila rumah mereka dirobohkan. “Saya sangat sedih…kami sudah menetap di sini sudah 30 tahun lebih, kenapa kami dilayan sebegini, apa ingat kami binatang atau pendatang asing? Kami warga negara
Justeru, bagi mewakili mahasiswa Islam seluruhnya, saya menyeru agar pihak pemerintah dan pihak yang terlibat supaya bertanggungjawab dan menyelesaikan masalah setinggan secara adil dan bijaksana. Mereka juga manusia, bukan binatang. Jika binatang pun kita perlu hormat, apatah lagi manusia yang sebangsa dan seagama dengan kita. Jika pihak berkuasa mahu meroboh mana-mana rumah setinggan pun, pastikan mereka mempunyai kediaman alternatif dan diberi pamapasan yang secukupnya untuk mereka meneruskan kehidupan seperti biasa. Jangan disebabkan mereka tinggal di kawasan setinggan, mereka dilayan jauh lebih teruk dari binatang!. Kebajikan dan keselesaan rakyat tanggungjawab wakil rakyat (pemerintah) yang mereka pilih. Usah menjadi pemerintah jika gagal membela nasib rakyat. Makkal Sakti!
No comments:
Post a Comment