"Harga petrol yang rendah dijangka dijangka akan diimbangi oleh peningkatan perbelanjaan semasa cuti hari raya dan 30 surcaj bagi pengangkutan awam," kata Shahrir.Bagaimanapun, beliau tidak menjangka CPI telahpun sampai ke paras puncaknya.Shahrir berkata, kadar inflasi nampak telah stabil ekoran peningkatan bulan ke bulan hanya 0.2 peratus.Bagaimanapun, kadar purata inflasi bagi tahun ini dijangka di sekitar 4.8 peratus.
Wednesday, September 24, 2008
Kadar inflasi tertinggi dalam masa 27 tahun
"Harga petrol yang rendah dijangka dijangka akan diimbangi oleh peningkatan perbelanjaan semasa cuti hari raya dan 30 surcaj bagi pengangkutan awam," kata Shahrir.Bagaimanapun, beliau tidak menjangka CPI telahpun sampai ke paras puncaknya.Shahrir berkata, kadar inflasi nampak telah stabil ekoran peningkatan bulan ke bulan hanya 0.2 peratus.Bagaimanapun, kadar purata inflasi bagi tahun ini dijangka di sekitar 4.8 peratus.
Posted by abumunzir al-jerluni at 9:32 AM 0 comments
Wednesday, September 17, 2008
Wasiat Syiekh Siyam Buat Mahasiswa Islam Malaysia
Tahniah! buat rakan Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) kerana berjaya mengadakan satu program yang sangat bermanfaat buat seluruh Mahasiswa Islam yang hadir pada program tersebut, iaitu special program bersama Syeikh Mahmoud Mohammad Siyam, mantan Imam Masjidil-Aqsa, Palestin dan juga mantan Rektor Universiti Islam Palestin. Alhamdulillah, saya mendapat peluang untuk bersama dengan seorang tokoh gerakan Islam kontemporari tersebut. Beliau merupakan seorang yang simple, mesra, dan sangat menekankan pembacaan Al-Quran khususnya di bulan Ramadhan ini.
Semasa di bilik tetamu, Syeikh kurang bercakap, hanya bercakap bila perlu atau ditanya, sebaliknya beliau tak henti-henti membaca Al-Quran. Allahuakbar! Sangat jauh berbeza jika nak dibandingkan dengan diri ini, sehinggakan ketika hendak iftar, beliau sedang berdiri menanti urusetia untuk menyusun hidangan beliau tetap mengambil peluang untuk terus membaca Al-Quran. Dan dimaklumkan oleh seorang aktivis Muslim Care yang bertanggungjawab membawa Syeikh ke mana-mana, beliau memberitahu memang itulah rutin Syeikh Siyam, sepanjang perjalan dalam kereta, beliau tidak henti-henti membaca Al-Quran. Memang pantang ada masa lapang. Allahuakbar!
Hakikat Puasa Ramadhan
Di awal ucapan beliau, Syiekh menekankan mengenai hakikat puasa Ramadhan yang sebenar. Kata Syeikh: "Ramadhan bukan bulan untuk kita beribadah pausa semata-mata, bukan juga untuk kita menunaikan solat semata-mata, bukan jua merupakan bulan untuk kita membaca Al-Quran semata-mata, bahkan Ramadhan membawa erti yang lebih luas, mencangkupi seluruh Ibadah dalam Islam kerana sifat Islam yang Syumul. Bulan Ramadhan merangkumi Ibadah berpuasa, solat, zakat, bantu membantu, eratkan silatur-rahim, ihsan, berbuat baik kepada kedua ibu bapa, bersedekah, dan amalan-amalan yang lain yang selari dengan tuntutan Islam terhadap umatnya." Tambah Syeikh kepada Mahasiswa Islam: "Aku tambahkan kepada kamu sekalian supaya bersungguh-sungguh dalam menuntut Ilmu (الاجتهاد في الدروس)."
Katanya lagi: "Barangsiapa yang meninggalkan beberapa amalan yang dituntut oleh Islam tersebut, boleh jadi dia tergolong dalam golongan yang Nabi s.a.w. sebut dalam hadisnya yang berbunyi: "كم من صائم ليس له في صيامه إلا الجوع والعطس" - "Berapa ramai orang yang berpuasa, tetapi dia tidak mendapat apa-apa kelebihan melainkan lapar dan dahaga semata-mata." Saya harap apa yang nak disampaikan oleh Syeikh Siyam tersebut dapat difahami oleh kita, maksudnya mudah saja iaitu orang yang berpuasa, tetapi dia memutuskan hubungan silatur-rahim dengan jirannya (sebagai contoh), maka puasanya menjadi sia-sia kerana menghubungkan silatur-rahim merupakan satu tuntutan daripada ajaran Islam.
Krisis umat Islam hari ini
Yang berbahagia Syeikh juga menceritakan tentang keadaan umat Islam pada hari ini, yang sangat membimbangkan iaitu 1) Berlaku fitnah yang dahsyat antara umat Islam, yakni umat Islam bertelagah dan berperang sesama sendiri. Perkara ini sangat merugikan Islam dan menguntungkan musuh Islam. 2) Umat Islam menghadapi tentangan dan serangan dari musuh Islam itu sendiri. Lihat sahaja keadaan umat Islam di Muritania, Sudan, Somalia, Palestin, Iraq, Pakistan, Afghanistan, Filipina, dan Myammar, semuanya menghadapi situasi yang sama, sama ada bertelagah antara satu sama lain atau mendapat tentangan dari musuh Islam. Inilah Fitnah yang sangat dahsyat!!!
"Kami di Palestin (setakat ini) tidak memerlukan pemuda-pemuda Malaysia untuk pergi berjihad di Palestin kerana kami mempunya pemuda-pemuda yang mencukupi, yang semangat Jihad mereka berkobar-kobar dan tidak takut langsung kepada musuh."
Wasiat buat Umat Islam di Malaysia
Memandangkan situasi di Malaysia agak berbeza dengan negara-negara umat Islam yang lain, yakni umat Islam dapat hidup dalam keadaan aman dan harmoni dengan masyarakat berbilang kaum, bebas melakukan ibadah, mudah untuk mendapat pendidikan formal, maka Syeikh memberikan dua wasiat buat kita semua. Kata Syeikh: "Ke atas kamu dua kewajipan: 1) Hendaklah kamu bersyukur kepada Allah di atas segala ni'mat yang dikurniakan. 2) Hendalah kamu berdoa' kepada Allah S.W.T. agar menyelamatkan umat Islam dari Fitnah dan memberi kemenangan kepada pejuang-pejuang Islam.
Tambah beliau lagi: "Kami di Palestin (setakat ini) tidak memerlukan pemuda-pemuda Malaysia untuk pergi berjihad di Palestin kerana kami mempunya pemuda-pemuda yang mencukupi, yang semangat Jihad mereka berkobar-kobar dan tidak takut langsung kepada musuh. Tanggungjawab kamu belajar bersungguh-sungguh dan berdoa' kepada kami. Pemuda-pemuda kami akan lebih bersemangat jika mereka dapat tahu saudara-saudara mereka di Malaysia sangat mengambil berat tentang perjuangan Palestin."
Keadaan saudara kita di Palestin
Kemudian Syeikh Siyam menceritakan pula hal semasa saudara kita di Palestin, beliau berkata: "Kami di Palestin dijajah (oleh Zionis). Saya ingin menambah apa yang disampaikan oleh saudara Mohammad lepas maghrib tadi, iaitu Masjid Al-Aqsa terletak di Palestin, Qiblah pertama umat Islam berada di Palestin, dan tempat berlakunya Isra' dan Mi'raj Nabi Muhammad s.a.w. juga di Palestin." Sebelum itu, selepas maghrib PMIUM mengadakan kuliah khas untuk mengenali Palestin secara umum, yang di sampaikan oleh seorang Mahasiswa (Master) UM, yang menyentuh banyak perkara mengenai bumi palestin, hal ehwal rakyatnya dan sejarah Palestin dijajah. Antara lain beliau juga menceritakan sedikit sebanyak tantang kelebihan bumi Palestin iaitu:
- Bumi Palestin merupakan bumi yang suci bagi umat Islam (الأرض المقدسة).
- Bumi Palestin merupakan bumi yang diberkati (الأرض المباركة).
- Bumi Palestin merupkan bumia Para Nabi-nabi (أرض الأنبياء).
- Bumi Palestin merupakan tempat Isra' dan Mi'raj berlaku.
- Terdapat Masjid Al-Aqsa di bumi Palestin, yang merupakan salah satu dari tiga masjid utama umat Islam selain Masjidil-Haram dan Masjid Nabawi.
- Qiblat pertama umat Islam adalah di Palestin.
- Bumi Palestin juga merupakan tempat himpunan Al-Mahsyar bila Kiamat kelak.
Dua golongan umat Islam Palestin
Secara hakikatnya Syeikh Siyam menyatakan bahawa umat Islam di Palestin terbahagi kepada dua puak. Beliau berkata: "Kami di Palestin terbahagi kepada dua, satu puak berfahaman Sekular, yang tidak mengambil endah soal Masjid Al-Aqsa dan Agama Islam, bahkan Islam Hadhari juga (disambut dengan gelak ketawa hadirin), disamping bersekongkol dengan musuh-musuh Islam. Dan satu puak lagi yang sentiasa berjuang membebaskan Masjid Al-Aqsa, yang mengambil berat tentang Islam dan perjuangan membebaskan Palestin dari penjajah."
Tiga syarat untuk membantu Palestin - Negara Arab
Sebelum mengakhiri ceramahnya, Syeikh menceritakan kepada hadirin tentang terdapat seorang pemuda Indonesia bertanya kepada beliau dalam majlis seumpama ini, ketika beliau berada di Indonesia dua hari lepas. Beliau menceritakan begini: "Ada seorang pemuda Indonesia bertanya kepada saya: "Syeikh! Negara Arab di sekeliling Palestin merupakan negara yang kaya raya, jadi mengapa Syeikh bersusah payah datang ke Indonesia dan Malaysia untuk mengumpul sumbangan untuk perjuangan rakyat Palestin?." Syeikh pun menjawab kepada pemuda tersebut: "Apa yang engkau cakap memang benar saudaraku, Negara Arab memang kaya raya, akan tetapi mereka meletakkan tiga syarat untuk memberi sumbangan dan bantuan kepada rakyat Palestin. Syarat yang pertama, pemimpin Palestin mesti mengiktiraf kewujudan negara Israel. Syarat yang kedua, pemimpin Palestin mestilah menghentikan perjuangan 'Jihad' menentang Israel (Zionis). Dan syarat yang ketiga ialah pemimpin Palestin mestilah tunduk kepada Amerika Syarikat dan sekutunya. Oleh sebab itu, kami menyatakan kepada mereka, pertolongan yang mereka nak hulurkan tidak diperlukan oleh kami dan rakyat Palestin."
Terima kasih buat semua
Akhir sekali, Syeikh Siyam menyatakan rasa berterima kasihnya kepada semua di atas kesudian menerima kehadirannya, terima kasih atas Iftar yang disediakan, dan terima kasih atas segala-galanya. Sempat Syeikh bergurau, beliau menyeloroh dengan berkata: "Ustaz Imran kata sahur tak di sediakan." (sambil ketawa). Wallahua'lam.
Posted by abumunzir al-jerluni at 10:22 AM 0 comments
Monday, September 15, 2008
Fatwa Dr. Yusuf Al-Qaradhawi: Qada' Puasa bagi Si mati?
تلقى فضيلة العلامة الدكتور يوسف القرضاوي استفساراً من أحد القراء يقول فيه: توفيت أمي في بعد أن عاشت بضعة أيام عقب عيد الفطر الماضي متأثرة بمرضها ، ولم تستطع الصيام لمرضها ، فما السبيل إلى تبرئة ذمتها ؟
وقد أجاب فضيلته على السائل بقوله: الحمد لله ، والصلاة والسلام على رسول الله، وعلى آله وصحبه، ومن اتبعه إلى يوم الدين، وبعد:
إذا مات المريض أو المسافر، وهما على حالهما من المرض والسفر، لم يلزمهما القضاء، لعدم إدراكهما عدة من أيام أخر.
وإن صح المريض، وأقام المسافر، ثم ماتا، لزمهما القضاء بقدر الصحة والإقامة لإدراكهما العدة بهذا المقدار.
ومعنى اللزوم هنا أنه أصبح في ذمته، وتبرأ ذمته بأحد أمرين:.
1- إما بصيام وليه عنه، لحديث عائشة في الصحيحين مرفوعا: "من مات وعليه صيام، صام عنه وليه" (متفق عليه، اللؤلؤ والمرجان -704). ورواه البزار، بزيادة لفظ "إن شاء" (قال في مجمع الزوائد -179/3: وإسناده حسن).
فصيام الولي عن الميت من باب البر به لا الوجوب عليه، ويؤيد ذلك ما رواه الشيخان، عن ابن عباس: جاء رجل إلى النبي صلى الله عليه وسلم فقال: يا رسول الله، إن أمي ماتت وعليها صوم شهر، أفأقضيه عنها؟ قال: "نعم فدين الله أحق أن يقضى" (اللؤلؤ والمرجان -705).
ومن المعلوم أن الإنسان ليس مُطالبًا بقضاء دين غيره إلا من باب البر والصلة، لأن الأصل براءة الذمم، وأن المكلف غير ملزم بأداء ما يثبت في ذمة غيره. فالصحيح جواز الصيام عن الميت لا وجوبه، وبه تبرأ ذمة الميت.
2- وإما بالإطعام عنه، أي بإخراج طعام مسكين من تركته وجوبًا، عن كل يوم فاته لأنه دَيْن لله، تعلق بتركته، ودَيْن الله أحق أن يقضى.
واشترط بعض الفقهاء أن يكون قد أوصى بذلك، وإلا لم يخرج من تركته شيء لأنها حق الورثة.
والصحيح أن حق الورثة من بعد وصية يوصي بها أو دَيْن وهذا دَيْن، لأنه حق المساكين في ماله .
boleh layari: http://www.qaradawi.net
Posted by abumunzir al-jerluni at 8:11 PM 2 comments
Nak Jadi Kaya? Jom! Sertai Pelaburan Ini...
Imam Ibn Kathir menafisrkan ayat ini dengan berkata:
Selain itu, barangsiapa yang mempunyai kekayaan ILMU, maka infaqlah (ajarkanlah) ia kepada orang lain fi Sabilillah, barangsiapa yang mempunyai anak, maka infaqlah (didiklah) mereka dengan didikan agama (Islam) fi Sabilillah, barang siapa yang mempunyai diri dan tenaga, maka infaqlah ia fi Sabilillah untuk meletakkan Islam di tempat yang tertinggi.
Posted by abumunzir al-jerluni at 10:50 AM 0 comments
Menjadi Ahli Parlimen Bukan Matlamat Utama
Posted by abumunzir al-jerluni at 10:30 AM 0 comments
Sunday, September 14, 2008
Menyingkap Peristiwa Badar Al-Kubra, 17 Ramadhan tahun ke-2 Hijrah
Bulan Ramadhan mempunyai kelebihan dan peristiwa besar yang pelbagai antaranya ialah berlakunya peperangan Badar Al-Kubra pada tanggal 17 Ramadhan tahun ke-2 Hijrah. Sebab berlakunya perang ini adalah kerana Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya mahu memintas kafilah Quraisy pimpinan Abu Sufyan bin Harb yang baru pulang dari Syam, tanpa niat untuk berperang[1]. Mereka juga berhajat mermpas barang-barang dagangan milik kafilah tersebut sebagai balasan kepada tindakan kafir Quraisy yang merampas harta benda mereka ketika di Makkah[2].
Sedikit bukan tanda lemah
Abu Sufyan dapat merasai perancangan tersebut, lantas dia mengutuskan (ضمضم بن عمرو الغفاري) untuk pulang ke Makkah bagi menyampaikan perkhabaran tersebut kepada kaum Quraisy dan mengajak mereka untuk keluar bersama-sama mempertahankan harta mereka. Sementara itu, Abu Sufyan pun mengambil jalan persisiran pantai sehingga kafilah mereka terselamat. Maka setelah mendapat khabar berita tersebut, kaum Quraisy pun berangkatlah beramai-ramai dengan tujuan untuk berperang, tanpa terkecuali seorang pun pemuka-pemuka Quraisy, kesemua terlibat, jumlah mereka hampir 1000 orang. Maka, Rasulullah s.a.w. keluar pada sebelah malam bersama-sama para sahabat setianya, seramai 314 orang tentera, yang kebanyakannya adalah daripada golongan Ansar.
Kekuatan lain yang dimiliki oleh tentera Muslimin ialah 70 ekor unta, serta 2 atau 3 ekor kuda perang. Manakala kekuatan musuh Islam pada ketika itu jauh lebih hebat iaitu merangkumi 100 kuda perang, 700 unta, dan 600 baju besi. Namun, jumlah yang sedikit langsung tidak melemahkan semangat juang pejuang Muslimin, mereka sangat yakin dengan kekuatan yang ada pada Allah S.W.T. mampu untuk mengatasi segala kekuatan yang lain, bahkan pula yang memimpin mereka pada ketika itu ialah Rasulullah s.a.w.
Syura Rasulullah bersama Sahabat
Setelah maklumat kemaraan tentera kafir Quraisy telah maju mengingalkan Makkah, maka Rasulullah s.a.w. mengadakan pertemuan dengan sahabat-sahabatnya untuk bermesyuarat bagi menentukan tindakan mereka. Sahabat Al-Muhajirun bercakap dengan percakapan yang baik, antara yang bercakap ialah Al-Miqdad bin ‘Amru, beliau berkata: “Wahai Rasulullah! Laksanakanlah apa yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu, kami akan tetap bersamamu.” Akan tetapi Rasulullah tetap mahu mendengar pandangan sahabat yang lain, baginda s.a.w. berkata: “Tunjukilah kepadaku (pandangan) kamu wahai manusia”.
Bai’ah taat setia Sahabat bersama Rasulullah s.a.w
Maka Sa’ad bin Muaz pun berkata: “Demi Allah, kamu seolah-olah hendakkan kami wahai Utusan Allah.” Nabi s.a.w. menjawab: “Benar.” Berkata Sa’ad: “Seseungguhnya kami telah beriman dan membenarkan kamu, kami telah menyaksikan apa yang kamu bawa adalah benar belaka, dan kami menyatakan janji dan taat setia kami kepadamu, maka lakukanlah apa yang kamu kehendaki, kami akan bersamamu, dan demi Yang Mengutuskan kamu (Allah) dengan kebenaran, jika engkau membentangkan kepada kami lautan ini dan engkau menyeberanginya nescaya kami juga akan mengharunginya bersama kamu.”
Lalu Rasulullah s.a.w. berpegang dengan apa yang dikatakan Sa’ad sambil berkata: “Berangkatlah (berjuanglah pada jalan Allah) dan bergembiralah, sesungguhnya Allah S.W.T. telah menjanjikan kepadaku salah satu daripada dua puak…Demi Allah, seolah-olah sekarang aku melihat kepada kehancuran satu kaum (pihak musuh).”[3]
Bijak merencana strategi peperangan
Sebelum itu, setelah terselamat dari pintasan kau Muslimin, Abu Sufyan mengutuskan surat kepada kaum Musyrikin supaya pulang kembali ke Makkah. Namun, Abu Jahal bertegas mahu meneruskan peperangan tersebut tatkala mereka sudah sampai di kawasan bernama Badar. Sementara itu, Rasulullah s.a.w. telah menyusun tenteranya, berhadapan dengan tentera Musyrikin dan kawasan berair (telaga air). Maka Al-Habab bin Al-Munzir bertanya kepada Rasulullah s.a.w.: “Wahai Rasulullah! Kamu lihat tempat ini (tempat susunan tentera Muslimin yang disusun oleh Nabi s.a.w.), adakah ia merupakan wahyu daripada Allah atau strategi peperangan semata-mata? Maka jawab Nabi s.a.w: “(Ia bukan wahyu) bahkan strategi perang semata-mata.” Lalu Habab pun berkata: “Jika ia bukan wahyu, ini bukan tempat yang sesuai, kita ubah kedudukan tentera Muslimin dengan membelakangkan telaga-telaga air (menguasainya), kemudian ketika berlaku peperangan kita boleh mendapat bekalan dan meminum air sedangkan musuh tidak dapat meminumnya.”
Maka Rasulullah s.a.w. menerima cadangan strategi perang yang diutarakan oleh Habab b. Al-Munzir tersebut. Oleh itu, dalam apa jua peperangan umat Islam mestilah melakukan syura dengan ahlinya (orang yang mahir dalam selok-belok peperangan) dan mengatur strategi dengan bijaksana menggunakan kelebihan ‘aqal yang dikurniakan Allah kepada kita.
Doa’ sejata tajam orang-orang beriman
Rasulullah s.a.w. sangat bergantung harap kepada pertolongan Allah S.W.T. kerana Aqidah Islam menyatakan ‘Tidak ada kekuatan melainkan kekuatan Allah S.W.T.’ (لا حول ولا قوة إلا بالله). Baginda s.a.w. berdoa’ dan bermunajat kepada Allah S.W.T. pada malam sebelum perang Badar berlaku, baginda berdoa’ dalam sujudnya:
"اللهم أنشدك عهدك ووعدك، اللهم إن تهلك هذه العصابة (المؤمنون المحاربون) لا تعبد في الأرض"[4]
“Ya Allah! aku memohon (ditunaikan) janjimu, Ya Allah! Sekiranya engkau membinasakan (memberi kekalahan) kepada kumpulan ini (tentera orang-orang beriman), nescaya kamu tidak akan disembah lagi di atas muka bumi ini.”
Kemenangan dan pertolongan di Tangan Allah
Kebergantungan Rasulullah s.a.w. yang kuat terhadap Allah S.W.T. menyebabkan tentera Mukminin mendapat kemenangan dan pertolongan dari-Nya dalam pertempuran di medan Badar tersebut. Allah berfirman dalam Al-Quran:
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah telah menolong kamu dalam peperangan Badar, padahal kamu adalah (ketika itu) orang-orang yang lemah (jumlah yang sedikit), kerana itu bertaqwalah kepada Allah, supaya kamu mensyukurinya (123). (Ingatlah), ketika kamu mengatakan kepada orang Mukmin: “Apakah tidak cukup bagi kamu Allah membantu kamu dengan tiga ribu malaikat yang diturunkan (dari langit)? (124). Ya, (cukup), jika kamu bersabar dan bertaqwa dan mereka datang menyerang kamu dengan seketika itu juga, niscaya Allah menolong kamu dengan lima ribu Malaikat yang memakai tanda (125). Dan Allah tidak menjadikan pemberian bala bantuan itu melainkan sebagai khabar gembira bagi (kemenangan) mu, dan agar tenteram hatimu kerananya. Dan kemenanganmu itu hanyalah dari Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana (126). (Allah menolong kamu dalam perang Badar dan memberi bala bantuan itu) untuk membinasakan segolongan orang-orang yang kafir (dengan terbunuhnya 70 pemimpin mereka dan tertawannya 70 yang lain), atau untuk menjadikan mereka hina, lalu mereka kembali dengan tiada memperoleh apa-apa.” (127) [Ali-‘Imran: 123-127]
1. السباعي، مصطفى، السيرة النبوية دروس وعبر، (القاهؤة: دار السلام، ط 6، 2005م) ص 49.
2. البوطي، محمد سعيد رمضان، فقه السيرة النبوية مع موجز لتاريخ الخلافة الراشدة، (القاهرة: دار السلام، ط 16، 2006م) ص 156.
[3] ) ibid: m/s: 156-157.
([4] السباعي، مصطفى، المرجع السابق، ص 50.
Posted by abumunzir al-jerluni at 10:15 PM 0 comments
ISA: Zaid Ibrahim sanggup letak jawatan
Menteri di Jabatan Perdana, Datuk Zaid Ibrahim yang menjaga hal-ehwal perundangan, sanggup meletak jawatan jika kerajaan terus menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang disifatkannya sebagai 'tidak adil'.
Ahli politik BN yang lantang bersuara itu juga mendesak supaya ahli parlimen DAP, Teresa Kok dan blogger Raja Petra Kamaruddin yang ditahan di bawah ISA dibebaskan segera.
Wartawan Sin Chew Daily Tan Hoon Cheng turut ditahan di bawah ISA tetapi telah dibebaskan semalam.
"Kita mempunyai sebuah kerajaan yang komited kepada undang-undang dan pembaharuan, kita tidak boleh menggunakan politik gaya lama atau bertindak mewujudkan ketakutan.
"Kita ada undang-undang dan mereka boleh didakwa di mahkamah.
"Saya sedang berusaha untuk bertemu Perdana Menteri (Abdullah Ahmad Badawi) minggu ini untuk menyatakan pendirian saya itu kepada beliau.
"Jika (beliau menganggap) pendirian saya itu tidak dapat dipertahankan, saya akan letak jawatan," katanya ketika dihubungi Malaysiakini dari Kota Baru hari ini.
Beliau telah mengadakan sidang akhbar di kediamannya di Kota Bharu hari ini di mana beliau becakap mengenai perkara yang sama.
Bernama memetik beliau Zaid sebagai berkata, penggunaan ISA hendaklah dikhususkan untuk pengganas, komunis dan pihak yang cuba menjatuhkan kerajaan secara paksa.
"Tujuan asal (ISA), digunakan terhadap pengganas bersenjata, orang yang hendak menggulingkan kerajaan secara paksaan...komunis. Jadi, kita perlu tetap dengan itu," katanya.
Zaid berkata negara mempunyai banyak undang-undang yang boleh digunapakai bagi menangani isu-isu seperti ketegangan kaum dan mengancam keselamatan negara.
"Di dalam negara kita ada banyak undang-undang yang boleh digunakan oleh pihak polis untuk menahan mereka tanpa menggunakan ISA.
"Kita ada undang-undang Akta Hasutan dan Kanun Keseksaan yang boleh menjelaskan kepada rakyat kenapa mereka boleh dikenakan tindakan undang-undang tanpa menggunakan ISA," katanya.
Zaid juga berkata banyak lagi pendekatan yang boleh digunakan untuk mengurangkan perbezaan kaum atau isu perkauman termasuk melalui sesi dialog dan perbincangan secara aman.
Mengenai pencalonannya untuk bertanding jawatan Ketua Umno Bahagian Kota Bharu, Zaid berkata beliau kesal dengan tindakan bahagian yang membatalkan mesyuarat peringkat cawangan yang mencalonkan dirinya.
"Tapi ianya sudah menjadi syarat jadi saya perlu patuh kepada keputusan bahagian. Saya tidak akan merayu. Sehingga kini saya sudah mendapat 20 pencalonan," katanya.
Jawatan ketua Umno bahagian itu dijangka menyaksikan perebutan antara pemangku ketua, Datuk Mohd Fatmi Salleh dengan Zaid yang merupakan ketua bahagian itu sebelum beliau digantung keanggotaannya selama 18 bulan bermula 1 Januari 2007.
Komen seorang lagi menteri
"Kita mempunyai cukup undang-undang untuk menangani semua bentuk tindak tanduk yang merbahaya dan tidak bertanggungjawab. Mengapa tidak gunakannya?" soal menteri sumber manusia itu.
Tambahnya, kemungkinan seseorang itu ditahan tanpa diberi peluang membela diri adalah bertentangan dengan kepercayaan popular hari ini.
Menurut Subramaniam lagi, suasana politik semasa negara telah menimbulkan kebimbangan semua kaum.
Oleh itu, tegasnya, rakyat tanpa mengira latarbelakang politik dan ideologi, perlu menyedari situasi semasa dan bertindak secara bertanggungjawab.
Kebebasan, tambahnya, perlu digunakan secara bertanggungjawab kerana jika tidak, ia boleh mencetuskan kacau bilau dan menghancurkan kebebasan itu sendiri.
Tegasnya, blogger seperti Raja Petra harus sedar bahawa mereka tidak boleh menggunakan kebebasan dunia siber untuk memprovokasi dan menghina orang lain tanpa berdepan dengan risiko dikenakan tindakan terhadap mereka.
Reaksi MCA
Sementara, MCA - parti komponen kedua terbesar BN - pula berpendapat, jika ISA benar-benar perlu, ia sepatutnya hanya digunakan dalam kes yang sangat ekstrem.
"Jika tidak Akta ini sendiri adalah satu ancaman terhadap peraturan perundangan dan asas kebebasan sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan kita," katanya dalam kenyataan hari Ahad," kata Presidennya, Datuk Seri Ong Ka Ting.
Katanya, penggubal ISA sendiri, mendiang Profesor RH Hickling, pernah berkata, akta itu hanya untuk melawan pemberontak Komunis dan mereka yang terlibat dalam perjuangan bersenjata.
"Jika benar keselamatan negara terancam, mesti ada bukti kukuh untuk membuktikannya.
"Jika tidak, mereka yang ditahan (mengikut ISA) perlu didakwa di mahkamah di mana terdapat undang-undang yang mencukupi untuk tujuan itu," katanya.
sumber: malaysiakini.com
Posted by abumunzir al-jerluni at 10:13 PM 0 comments
Saturday, September 13, 2008
Creative Da'wah?
Sebelum itu, baru sahaja selesai sesi motivational talk bertajuk: "Cabaran akan datang kepada Da'ie" yang disampaikan oleh En. Amin b. Idris (Pengurus Eksekutif merangkap perunding latihan, penulis dan penceramah di RK Training & Management). Antara yang menarik dalam ceramahnya ialah menyentuh kepada 7 masalah para da'ie:
- Tidak mempunyai personaliti yang menarik (selekeh).
- Komunikasi yang lemah (tak ikut suasana dan tak berpengarauh).
- Lemah kemahiran berfikir (tak kraetif dalam berfikir).
- Tidak up-to-date (dengan isu-isu semasa dan keadaan sekeliling).
- Kurang maklumat (kurang membaca dan sebagainya).
- Tiada daya mengubah (agen kepada perubahan dalam masyarakat).
- Tidak produktif (tidak berkongsi ilmu dan pengetahuan dengan orang lain cth: tiada hasil tulisan artikel, blog dll).
Akhir sekali, selaku seorang da'ie kita mesti mempunyai matlamat yang jelas, mesti ada target masing-masing, tanya diri; apa yang aku kan capai? bina mission. Antara cadangan Amin Idris ialah, tanya diri kita:
- Berapa orang kawan baru yang kita target untuk semester ini?
- Berapa banyak artikel yang kita nak hasilkan?
- Berapa kali nak update blog 1 minggu?
- Berapa buah buku nak dihabiskan dalam satu semester? 5 buah?
Posted by abumunzir al-jerluni at 10:35 PM 2 comments
Tuesday, September 9, 2008
Perginya Seorang Mujahidah Bertemu Rabbul-Jalil...
Sebelum itu, di awal majlis, pengerusi memulakan dengan mengajak seluruh ahli-ahli MC supaya bersyukur kepada Allah S.W.T. kerana masih lagi diberi peluang oleh-Nya untuk merasai ni'mat Bulan Ramadhan pada kali ini. Beliau menceritakan bahawa ada seorang rakannya telah kembali ke Rahmatullah sebelum sempat bertemu Ramadhan dan itu ada seorang lagi saudara kepada kawan beliau juga telah melalui detik waktu yang sama ketika di awal Ramadhan. Masing-masing insaf dan bersyukur, InyaAllah.
Sewaktu kuliah berjalan, Ust. Tarmizi sangat berjaya menarik minat audien dengan slide yang disediakan, berkenaan dengan tujuan dan matlamat suatu kehidupan, proses penciptaan manusia, tujuan penciptaan manusia sebagai hamba abdi kepada Sang Pencipta dan Khalifah-Nya, dan juga tugas Khalifatullah sebagai mujahid, pejuang Amar Ma'ruf Nahi Munkar bagi meneruskan perjuangan Nabi Muhammad s.a.w. dalam menegakkan agama Islam dan mentadbir bumi dengannya (agama). Ust. Tarmizi cuba menimbulkan pula persoalan, siapa yang boleh bagi jaminan yang dia akan kekal hidup sampai mencecah umur 60-70 tahun seperti yang termaktub dalam sabda Baginda s.a.w.? Kita tidak boleh bagi jaminan, hatta esok pagi pun kita tak boleh bagi jaminan kita akan terus bernyawa.
Beliau menambah, siapa yang boleh bagi jaminan yang kalau dia mati keesokkan harinya, dia boleh bergelar syahid atau pejuang agama Allah untuk memastikan Kalimah Allah di tempat yang tertinggi? Semua hadirin diam saja... Rupa-rupanya, lebih kurang jam 12.00 am, Mujahidah Siti Hajar merupakan orang pertama yang memberi jawapan kepada persoalan tersebut. Allahuakbar!!! Semoga ruh beliau diangkat ke langit dan ditempatkan bersama-sama para Syuhada' di Syurga sana. Amin ya Rabbal-'alamin. Buat para mujahid MC dan pejuang Amar Ma'ruf Nahi Munkar sekalian, sama-sama kita redha dengan pemergian beliau buat selama-lamanya untuk bertemu Kekasihnya yang abadi, Sang Pencipta alam ini. Jadikanlah beliau sebagai contoh tauladan, yang akhir hanyatnya dalam perjuangan Islam, pembakar semangat dan ruh jihad kita.
Sebelum itu, peristiwa ini merupakan kejutan ke dua buat diriku. Teringat pada awal bulan Ogos yang lalu (1 0gos 2008), lebih kurang situasi yang sama dialami olehku, dalam pertemuan yang seumpama itu bersama-sama ahli kesayanganku, setelah tamat pertemuan beberapa minit, aku mendapat khabar pemergian Ayahku ke Rafiqul-'Ala buat selama-lamanya. Ketika mengumumkan hal kematian Siti Hajar kepada hadirin, dan ketika mendoakannya kebaikan, ku teringat kepada ayahku, murabbi yang ku sayangi. Al-Fatihah! mudah-mudah Allah mengampunkan dosa-dosa kedua mereka dan menempatkan mereka di dalam Syurga-Nya bersama kekasih Agung, Muhammad s.a.w. Amiin!
Rasulullah ikutan KAMI
Al-Quran panduan dan perlembagaan KAMI
Jihad jalan KAMI
Syahid cita-cita tertinggi KAMI
Posted by abumunzir al-jerluni at 10:57 AM 0 comments
Thursday, September 4, 2008
USM dipilih universiti Apex pertama
PUTRAJAYA 3 Sept. - Universiti Sains Malaysia (USM) dipilih sebagai universiti Apex pertama selepas mengetepikan tiga lagi universiti yang turut disenarai pendek iaitu Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM).
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin berkata, pemilihan itu bermakna USM kini memikul peranan penting untuk menjadi universiti terbaik dunia dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang.
''USM dipilih sebagai universiti Apex selepas ia diberi penilaian yang lebih tinggi dalam tiga aspek iaitu keadaan semasa, kesediaan untuk berubah dan penyediaan pelan transformasi," katanya pada sidang akhbar di kementeriannya di sini hari ini.
Universiti Apex ialah pengiktirafan yang diberikan kepada institusi pengajian tinggi tempatan untuk menjadi penanda aras di peringkat dunia dalam bidang pengajian tinggi.
Di bawah program itu, USM disasarkan untuk disenarai dalam ranking 100 universiti terbaik dunia dalam tempoh lima tahun dan ranking 50 terbaik menjelang 2020.
Ditanya mengapa universiti tertua iaitu UM tidak dipilih, Khaled berkata, sejarah bukan faktor yang diberi penilaian dalam pemilihan universiti Apex.
''Ia bukan tentang mana universiti yang lebih awal ditubuhkan, ia adalah mengenai universiti mana yang boleh mencapai transformasi pengajian tinggi ke arah bertaraf dunia," katanya.
Beliau berkata, pemilihan USM sebagai universiti Apex akan merangsang universiti-universiti lain untuk meneruskan usaha ke arah kecemerlangan di peringkat dunia.
''Ini tidak bermakna selepas USM dipilih sebagai universiti Apex, universiti lain akan ditinggalkan.
''Kita bukan nak letakkan ranking antara universiti ini, ketiga-tiga universiti penyelidikan yang lain juga mempunyai kekuatan sendiri," katanya.
Mengenai autonomi urus tadbir dan peruntukan yang akan diberikan kepada USM, Khaled berkata, perkara tersebut akan dibincangkan dengan pihak universiti.
''Soal urus tadbir dan kewangan serta pelan pelaksanaan program Apex akan dibincangkan. Kita akan panggil mereka untuk mewujudkan pelan implementasinya.
''Universiti Apex akan kemukakan cadangan bajet untuk tempoh lima tahun dalam pelan transformasinya. Kita akan pertimbangkan cadangan itu setiap kali bajet negara dibentangkan," katanya.
Ditanya sama ada lebih banyak universiti akan dipilih untuk menyertai program Apex, Khaled berkata, perkara itu akan ditentukan melalui prestasi USM.
''Jika USM bergerak cepat, mungkin kita akan pertimbangkan untuk mewujudkan lebih banyak universiti Apex," katanya.
sumber: utusan.com.my
Posted by abumunzir al-jerluni at 7:35 AM 0 comments