Salam muhibbah buat pembaca sekalian, semoga ceria-ceria sokmo!
Tahniah! buat rakan Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) kerana berjaya mengadakan satu program yang sangat bermanfaat buat seluruh Mahasiswa Islam yang hadir pada program tersebut, iaitu special program bersama Syeikh Mahmoud Mohammad Siyam, mantan Imam Masjidil-Aqsa, Palestin dan juga mantan Rektor Universiti Islam Palestin. Alhamdulillah, saya mendapat peluang untuk bersama dengan seorang tokoh gerakan Islam kontemporari tersebut. Beliau merupakan seorang yang simple, mesra, dan sangat menekankan pembacaan Al-Quran khususnya di bulan Ramadhan ini.
Semasa di bilik tetamu, Syeikh kurang bercakap, hanya bercakap bila perlu atau ditanya, sebaliknya beliau tak henti-henti membaca Al-Quran. Allahuakbar! Sangat jauh berbeza jika nak dibandingkan dengan diri ini, sehinggakan ketika hendak iftar, beliau sedang berdiri menanti urusetia untuk menyusun hidangan beliau tetap mengambil peluang untuk terus membaca Al-Quran. Dan dimaklumkan oleh seorang aktivis Muslim Care yang bertanggungjawab membawa Syeikh ke mana-mana, beliau memberitahu memang itulah rutin Syeikh Siyam, sepanjang perjalan dalam kereta, beliau tidak henti-henti membaca Al-Quran. Memang pantang ada masa lapang. Allahuakbar!
Hakikat Puasa Ramadhan
Di awal ucapan beliau, Syiekh menekankan mengenai hakikat puasa Ramadhan yang sebenar. Kata Syeikh: "Ramadhan bukan bulan untuk kita beribadah pausa semata-mata, bukan juga untuk kita menunaikan solat semata-mata, bukan jua merupakan bulan untuk kita membaca Al-Quran semata-mata, bahkan Ramadhan membawa erti yang lebih luas, mencangkupi seluruh Ibadah dalam Islam kerana sifat Islam yang Syumul. Bulan Ramadhan merangkumi Ibadah berpuasa, solat, zakat, bantu membantu, eratkan silatur-rahim, ihsan, berbuat baik kepada kedua ibu bapa, bersedekah, dan amalan-amalan yang lain yang selari dengan tuntutan Islam terhadap umatnya." Tambah Syeikh kepada Mahasiswa Islam: "Aku tambahkan kepada kamu sekalian supaya bersungguh-sungguh dalam menuntut Ilmu (الاجتهاد في الدروس)."
Katanya lagi: "Barangsiapa yang meninggalkan beberapa amalan yang dituntut oleh Islam tersebut, boleh jadi dia tergolong dalam golongan yang Nabi s.a.w. sebut dalam hadisnya yang berbunyi: "كم من صائم ليس له في صيامه إلا الجوع والعطس" - "Berapa ramai orang yang berpuasa, tetapi dia tidak mendapat apa-apa kelebihan melainkan lapar dan dahaga semata-mata." Saya harap apa yang nak disampaikan oleh Syeikh Siyam tersebut dapat difahami oleh kita, maksudnya mudah saja iaitu orang yang berpuasa, tetapi dia memutuskan hubungan silatur-rahim dengan jirannya (sebagai contoh), maka puasanya menjadi sia-sia kerana menghubungkan silatur-rahim merupakan satu tuntutan daripada ajaran Islam.
Krisis umat Islam hari ini
Yang berbahagia Syeikh juga menceritakan tentang keadaan umat Islam pada hari ini, yang sangat membimbangkan iaitu 1) Berlaku fitnah yang dahsyat antara umat Islam, yakni umat Islam bertelagah dan berperang sesama sendiri. Perkara ini sangat merugikan Islam dan menguntungkan musuh Islam. 2) Umat Islam menghadapi tentangan dan serangan dari musuh Islam itu sendiri. Lihat sahaja keadaan umat Islam di Muritania, Sudan, Somalia, Palestin, Iraq, Pakistan, Afghanistan, Filipina, dan Myammar, semuanya menghadapi situasi yang sama, sama ada bertelagah antara satu sama lain atau mendapat tentangan dari musuh Islam. Inilah Fitnah yang sangat dahsyat!!!

"Kami di Palestin (setakat ini) tidak memerlukan pemuda-pemuda Malaysia untuk pergi berjihad di Palestin kerana kami mempunya pemuda-pemuda yang mencukupi, yang semangat Jihad mereka berkobar-kobar dan tidak takut langsung kepada musuh."
Wasiat buat Umat Islam di Malaysia
Memandangkan situasi di Malaysia agak berbeza dengan negara-negara umat Islam yang lain, yakni umat Islam dapat hidup dalam keadaan aman dan harmoni dengan masyarakat berbilang kaum, bebas melakukan ibadah, mudah untuk mendapat pendidikan formal, maka Syeikh memberikan dua wasiat buat kita semua. Kata Syeikh: "Ke atas kamu dua kewajipan: 1) Hendaklah kamu bersyukur kepada Allah di atas segala ni'mat yang dikurniakan. 2) Hendalah kamu berdoa' kepada Allah S.W.T. agar menyelamatkan umat Islam dari Fitnah dan memberi kemenangan kepada pejuang-pejuang Islam.
Tambah beliau lagi: "Kami di Palestin (setakat ini) tidak memerlukan pemuda-pemuda Malaysia untuk pergi berjihad di Palestin kerana kami mempunya pemuda-pemuda yang mencukupi, yang semangat Jihad mereka berkobar-kobar dan tidak takut langsung kepada musuh. Tanggungjawab kamu belajar bersungguh-sungguh dan berdoa' kepada kami. Pemuda-pemuda kami akan lebih bersemangat jika mereka dapat tahu saudara-saudara mereka di Malaysia sangat mengambil berat tentang perjuangan Palestin."
Keadaan saudara kita di Palestin
Kemudian Syeikh Siyam menceritakan pula hal semasa saudara kita di Palestin, beliau berkata: "Kami di Palestin dijajah (oleh Zionis). Saya ingin menambah apa yang disampaikan oleh saudara Mohammad lepas maghrib tadi, iaitu Masjid Al-Aqsa terletak di Palestin, Qiblah pertama umat Islam berada di Palestin, dan tempat berlakunya Isra' dan Mi'raj Nabi Muhammad s.a.w. juga di Palestin." Sebelum itu, selepas maghrib PMIUM mengadakan kuliah khas untuk mengenali Palestin secara umum, yang di sampaikan oleh seorang Mahasiswa (Master) UM, yang menyentuh banyak perkara mengenai bumi palestin, hal ehwal rakyatnya dan sejarah Palestin dijajah. Antara lain beliau juga menceritakan sedikit sebanyak tantang kelebihan bumi Palestin iaitu:
- Bumi Palestin merupakan bumi yang suci bagi umat Islam (الأرض المقدسة).
- Bumi Palestin merupakan bumi yang diberkati (الأرض المباركة).
- Bumi Palestin merupkan bumia Para Nabi-nabi (أرض الأنبياء).
- Bumi Palestin merupakan tempat Isra' dan Mi'raj berlaku.
- Terdapat Masjid Al-Aqsa di bumi Palestin, yang merupakan salah satu dari tiga masjid utama umat Islam selain Masjidil-Haram dan Masjid Nabawi.
- Qiblat pertama umat Islam adalah di Palestin.
- Bumi Palestin juga merupakan tempat himpunan Al-Mahsyar bila Kiamat kelak.
Selain itu, Syeikh menceritakan tentang perihal ancaman dan tekanan yang dihadapi oleh saudara kita di Palestin. Pertama, keadaan Masjid Al-Aqsa yang terangkat dari kedudukannya yang asal. Hal ini disebabkan oleh golongan Yahudi (Zionis) yang berusaha untuk menggali bahagian bawah Masjid tersebut, mereka berada di bawah bangunan masjid tersebut dan menjadikannya sebagai tempat Ibadah bagi mereka. Mereka juga berterusan membuat galian terowong bawah tanah dengan alasan untuk membuat kajian dan penyelidikan Arkoelogi bagi mencari kesan sejarah, hakikatnya semua itu muslihat mereka semata-mata, sebaliknya matlamat mereka ialah untuk merobohkan Masjid Al-Aqsa dan membina Haikal Sulaiman. Kedua, golongan Zionis ini juga mengharamkan pemuda-pemuda Palestin seusia kamu (merujuk kepada Mahasiswa yang hadir) daripada memasuki Al-Aqsa dan menunaikan solat Tarawih dan Jumaat di dalamnya.
Dua golongan umat Islam Palestin
Secara hakikatnya Syeikh Siyam menyatakan bahawa umat Islam di Palestin terbahagi kepada dua puak. Beliau berkata: "Kami di Palestin terbahagi kepada dua, satu puak berfahaman Sekular, yang tidak mengambil endah soal Masjid Al-Aqsa dan Agama Islam, bahkan Islam Hadhari juga (disambut dengan gelak ketawa hadirin), disamping bersekongkol dengan musuh-musuh Islam. Dan satu puak lagi yang sentiasa berjuang membebaskan Masjid Al-Aqsa, yang mengambil berat tentang Islam dan perjuangan membebaskan Palestin dari penjajah."
Tiga syarat untuk membantu Palestin - Negara Arab
Sebelum mengakhiri ceramahnya, Syeikh menceritakan kepada hadirin tentang terdapat seorang pemuda Indonesia bertanya kepada beliau dalam majlis seumpama ini, ketika beliau berada di Indonesia dua hari lepas. Beliau menceritakan begini: "Ada seorang pemuda Indonesia bertanya kepada saya: "Syeikh! Negara Arab di sekeliling Palestin merupakan negara yang kaya raya, jadi mengapa Syeikh bersusah payah datang ke Indonesia dan Malaysia untuk mengumpul sumbangan untuk perjuangan rakyat Palestin?." Syeikh pun menjawab kepada pemuda tersebut: "Apa yang engkau cakap memang benar saudaraku, Negara Arab memang kaya raya, akan tetapi mereka meletakkan tiga syarat untuk memberi sumbangan dan bantuan kepada rakyat Palestin. Syarat yang pertama, pemimpin Palestin mesti mengiktiraf kewujudan negara Israel. Syarat yang kedua, pemimpin Palestin mestilah menghentikan perjuangan 'Jihad' menentang Israel (Zionis). Dan syarat yang ketiga ialah pemimpin Palestin mestilah tunduk kepada Amerika Syarikat dan sekutunya. Oleh sebab itu, kami menyatakan kepada mereka, pertolongan yang mereka nak hulurkan tidak diperlukan oleh kami dan rakyat Palestin."
Terima kasih buat semua
Akhir sekali, Syeikh Siyam menyatakan rasa berterima kasihnya kepada semua di atas kesudian menerima kehadirannya, terima kasih atas Iftar yang disediakan, dan terima kasih atas segala-galanya. Sempat Syeikh bergurau, beliau menyeloroh dengan berkata: "Ustaz Imran kata sahur tak di sediakan." (sambil ketawa). Wallahua'lam.

No comments:
Post a Comment