Saturday, September 13, 2008

Creative Da'wah?


Salam Ramadhan buat semua rakan dan pembaca budiman, semoga keimanan dan ketqwaan kita kepada Allah S.W.T. semakin meningkat dan kukuh di bulan yang mulia ini, semoga Allah ampunkan segala dosa-dosa dan maksiat kita terhadap-Nya, Meredhai kehidupan kita seharian dengan ni'mat-ni'mat-Nya yang tak ternilai dan Menerima segala amal kebaikan dan kebajikan yang kita lakukan sepanjang bulan mulia ini dan seterusnya. Allahumma-amin!

Alhamdulillah, saya baru sahaja habis merasmikan program terakhir Ma'ruf Club pada sesi 0708, iaitu 'Bengkel Da'wah Kreatif' (Creative Da'wah Workshop) yang bertujuan untuk memberi pendedahan kepada Mahasiswa UIAM berkenaan skill semasa tentang da'wah kreatif dan bagi melebarluaskan lagi uslub-uslub dan cara untuk berda'wah dengan lebih kreatif. Antara bengkel yang disediakan ialah; 1) Kemahiran membina blog dan menulis artikel (bersama Kak Shida Ukhwah.com), 2) Kemahiran menulis novel dan cerpen (bersama Pn. Fatimah Syarhah), 3) Kemahiran membuat video menggunakan Ulead (bersama Ust. Sya'ari Abd Rahman) dan 4) Kemahiran menggunakan Adobe Photoshop (bersama Saudara Fadli Ilias, exco SRC 0708).

Sebelum itu, baru sahaja selesai sesi motivational talk bertajuk: "Cabaran akan datang kepada Da'ie" yang disampaikan oleh En. Amin b. Idris (Pengurus Eksekutif merangkap perunding latihan, penulis dan penceramah di RK Training & Management). Antara yang menarik dalam ceramahnya ialah menyentuh kepada 7 masalah para da'ie:

  1. Tidak mempunyai personaliti yang menarik (selekeh).
  2. Komunikasi yang lemah (tak ikut suasana dan tak berpengarauh).
  3. Lemah kemahiran berfikir (tak kraetif dalam berfikir).
  4. Tidak up-to-date (dengan isu-isu semasa dan keadaan sekeliling).
  5. Kurang maklumat (kurang membaca dan sebagainya).
  6. Tiada daya mengubah (agen kepada perubahan dalam masyarakat).
  7. Tidak produktif (tidak berkongsi ilmu dan pengetahuan dengan orang lain cth: tiada hasil tulisan artikel, blog dll).

Akhir sekali, selaku seorang da'ie kita mesti mempunyai matlamat yang jelas, mesti ada target masing-masing, tanya diri; apa yang aku kan capai? bina mission. Antara cadangan Amin Idris ialah, tanya diri kita:

  1. Berapa orang kawan baru yang kita target untuk semester ini?
  2. Berapa banyak artikel yang kita nak hasilkan?
  3. Berapa kali nak update blog 1 minggu?
  4. Berapa buah buku nak dihabiskan dalam satu semester? 5 buah?

Kawan-kawan, untuk membina misi hidup dan da'wah, kita mestilah mempunyai imaginasi yang jelas, bila dah ada imaginasi kita akan bentuk misi yang kita nak. Seorang kanak-kanak (Asafa Powell) berimaginasi (bercita-cita) nak jadi pelumba lari yang hebat dan terpantas, kemudian dia membina misi tersebut dan berusaha kearahnya, hasilnya hari ini dia menjadi pelumba lari yang terhebat di dunia. Dan setiap da'ie mestilah mempunyai 'Learner Mentality', kerana setiap detik waktu, ujian, cabaran yang dilalui dan kegagalan yang ditempuhi ada pelajaran dan pengajaran yang mesti dipelajarai dan diambil oleh kita. Terima Kasih A. Amin!!! . Allahua'lam.

2 comments:

Aku Bukan Umar Al-Khatab said...

salam'alaik ustadz... lawati blog ana. syukran atas segalanya...

http://konsesidakwah.blogspot.com/

Anonymous said...

Assalaamualaikum akhi.
Salam perkenalan.Menarik sungguh membaca artikel tentang defective daie.Program sepert ini memang perlu diperbanyakkan lagi,jika dibuka umum lagi bagus, kerana kewajipan dakwah terletak di bahu semua umat Islam.
Dan memang tidak dinafikan berblog juga salah satu cara untuk mendekati mad'u, seperti yang dilakukan oleh ust Abu Saif dengan SaifulIslamnya.
Yang penting, kita perlulah sama-sama beristiqomah. :)
Selamat berpuasa dipenghujung Ramadan yang mulia.

wassalaam.