Monday, September 15, 2008

Menjadi Ahli Parlimen Bukan Matlamat Utama

Salam perjuangan buat semua pembaca budiman, semoga ceria-ceria beriman!

Mesti ramai tertanya-tanya kenapa saya menggugurkan perkataan 'Bakal ahli Parlimen Jerlun' dalam biodata diri? Adakah ia merupakan satu impian yang sehangat-hangat tahi ayam? atau seumpama angan-angan Mat Jenin? Ramai juga yang bertanya adakah saya akan terus bertanding dalam PRU-13 akan datang?


Apa pun persoalan yang timbul, saya jawab mudah saja. Memang ada niat untuk menjadi Ahli Parlimen Jerlun. Mengapa? Sebab saya anak jati orang Jerlun. Sudah faham jerih payah yang dihadapi oleh orang-orang kampong sana. Semangat untuk membela nasib-nasib Pak Tani sangat membara dalam diri. Memang itulah tujuannya, iaitu untuk memastikan KEADILAN tertegak untuk manfaat semua. Penderitaan Pak Tani hanya mereka yang tahu, dan saya pun rasainya sebab saya anak Pak Tani.


Tapi, menjadi ahli parlimen bukan matlamat utama saya. Itu kena jelas, maksudnya bukat matlamat yang mesti dicapai dalam masa terdekat. Mungkin 10-20 tahaun akan datang dan mungkin juga tidak jika Islam benar-benar tertegak di bumi Malaysia. Apa yang menjadi matlamat utama selepas grad dari UIA bulan November ni ialah menyambung pengajian, tafaqquh fiddin. Master, PhD, dll...k. Jadi harap semua jelas ya. Syukran!

No comments: