Tanggal 1 Ogos 2008 (29 Rejab 1429 H) merupakan satu tarikh yang sukar ku lupakan dalam sejarah hidupku. Setelah selesai bermesyuarat hampir 2 jam bersama-sama aktivis Mahasiswa Islam UIAM, aku terus pergi ke pejabat Majlis Perwakilan Mahasiswa UIAM (SRC) untuk bersama kawan-kawan mengecat banner. Waktu itu hanya aku bersama zuhazmin (Jumin) sampai terlebih dahulu dari kawan-kawan yang lain. Tiba-tiba aku mendapat panggilan dari Pak Andak (Bapa Saudara sebelah Ibuku) pada jam lebih kurang 12.15 am mengkhabarkan bahawa ayahku sedang tenat dan dia mohon untuk segera pulang malam itu juga. Aku segera menghantar mesej (sms) kepada kawan-kawan utama bertanyakan pendapat mereka sama ada perlu pulang segera atau tidak. Kemudian aku
Praktikal Teori Ukhwah Islamiyah
Alhamdulillah, aku dianugerahi dan dikelilingi oleh sahabat-sahabat seperjuangan yang sangat mulia. Aku
Ku Cium Ayahku yang Kaku Berkali-kali
Alhamdulillah, aku diberi kekuatan oleh Allah S.W.T. untuk terus tabah menerima takdir dan ketentuan dari-Nya. Aku menangis hanya seketika, ketika mencium dahi dan kelopak mata ayah kesayanganku, begitu juga ketika aku bersalam dan mencium dahi serta pipi ibuku. Sambil menangis ibuku memberitahu yang ayahku tidak sakit seperti ketika beliau tenat sewaktu dahulu (bulan lepas). Beliau tidak henti-henti melafazkan kalimah ‘Lailaha Illallah’ sehinggalah beliau menghembuskan nafas yang terakhir. Alhamdulillah. Selepas itu, aku kembali ke sisi ayahku, kuciumnya lagi, ku hadiahkan padanya doa dan zikir, ku ciumnya lagi, ku baca al-Quran dan ku ciumnya lagi. Itulah yang terakhir, alhamdulillah ketika hayat beliau masih ada aku sempat menciumnya dan mohon doa daripadanya ketika hendak pulang ke UIA selepas aku balik ke kampong disebabkan beliau tenat pada bulan lepas. Orang ramai serta saudara mara berpusu-pusu dan tidak henti-henti memberi penghormatan terakhir buat Ketua keluarga ku. Ruang dalam rumahku dipenuhi dengan kaum Hawa, manakala di luarnya dipenuhi oleh kaum Adam. Ku terfikir sejenak! “Alhamdulillah…ini mungkin kelebihan orang yang mati pada hari Jumaat dan di bulan mulia iaitu rejab.” Bisik hati kecilku.
Tunaikan Hajat Pak Teh dan Tok Cik
Mohd Ridhwan! Ibuku memanggil namaku…: “Mak Teh suruh pi ambik Pak Teh (Bapa Saudara)” kata ibu. Tanpa banyak bicara aku terus mendapatkan kunci kereta dan pergi bersama adikku (Firdaus@pak teh) serta Mak Teh (Mak Saudara) untuk membawa Pak Teh yang menghidap penyakit lumpuh. Sebenarnya beliau memohon untuk menziarahi ayahku pada malam kejadian lagi, akan tetapi atas masalah keuzuran beliau serta masalah ketiadaan kenderaan (kereta) maka hajat beliau tak dapat ditunaikan. Sesampai sahaja di persimpangan rumahku, beliau terus menangis teresak-esak…Mak Teh terus memarahinya: “Jangan la dok gheyau (nangis), malu kat orang”. Pak Teh tetap menangis juga. Mungkin beliau sedih sebab tak sempat bertemu dengan ayahku. Aku bersama adikku mengangkat beliau dan membawa beliau ke sisi ayahku, beliau merenung ayahku sambil mengalirkan air mata, mulutnya terkumit-kumit, mungkin membaca sesuatu (doa/zikir/al-Quran) kerana beliau tidak dapat bercakap seperti orang biasa dengan fasih setelah terkena racun pertanian. Kemudian aku bergegas ke kereta bersama Syafiq untuk mengambil Tok Cik (Ibu Saudara kepada ibuku) yang menetap di kampong asal ayahku (Kg. Kuar Jawa). Usia beliau sudah lanjut…alhamdulillah beliau sempat juga melihat jenazah ayahku yang kaku.
Ku Mandikan Ayahku Buat kali Terakhir
Jam menunjukkan lebih kurang pukul 10.00 am, aku serta beberapa orang abang dan adikku memandikan ayahku. Kami membantu dua orang Ustaz yang diundang untuk memandikan jenazah. Bila hampir selesai, aku bergegas ke rumah Mak Long (sebelah rumah) untuk mandi dan membersihkan badanku terlebih dahulu sebelum menunaikan solat jenazah. Setelah selesai, aku bergegas ke dalam rumah dengan harapan sempat untuk memberi kucupan terakhir buat ayahku, tetapi malangnya hajat aku tidak kesampaian, ayahku sudah siap dikapankan. Kedengaran suara ibuku bertanya-tanya: “Mana Cik Wan? Mana cik wan? Tak cium ayah ke?”. Dalam hati aku menjawab…: “Tak pa la Mak, cek dah cium ayah berkali-kali sebelum dan selepas beliau kembali kerahmatullah, syukur sangat-sangat.” Alhamdulillah.
Jenazah Ayahku dibawa ke Masjid Jerlun
Lebih kurang jam 10.40 am kami menghusung keranda memasuki van yang disediakan untuk membawa jenazah ayahku ke Masjid Jerlun yang terletak lebih kurang 1 km dari rumahku untuk disembahyang dan disemadikan jenazahnya. Alhamdulillah, ramai yang hadir untuk menunaikan solat jenazah ayahku…syukur sangat!. Tepat jam 11.00 am, aku terus mengimami solat jenazah tersebut. Setelah selesai bacaan doa dibaca oleh Ust. Mat Rejab (seorang Tok Guru Pondok) dan penutupnya oleh aku sendiri. Setelah selesai, ada baki empat orang yang belum solat, jadi kami terpaksa tunggu sebentar untuk memberi peluang kepada mereka untuk menunaikannya (jama’ah kedua).
Jenazah Ayahku Selamat disemadikan
Lebih kurang jam 11.30 am jenazah ayahku selamat disemadikan di tanah perkuburan Islam, Masjid Kampong Jerlun. Ku gumpal tanah liat dan ku masukkan ke dalam liang lahad. Tanah ku tiimbus-timbus bersama abang, adikku dan penggali kubur sehingga padat dan selesai. Alhamdulillah! Ayahku selamat dikebumikan. Kemudian talkin dibacakan bermula dengan aku, ust. Kamarudin dan kawan kepada adikku dari Pattani untuk memberi peringatan dan inzar kepada insan yang masih bernyawa.
Doaku untukmu Ayah!
Ya Allah! Kau ampunilah segala dosa-dosaku serta kedua ibu bapa, rahmatilah mereka berdua seperti mana mereka mengasihaniku sejak aku masih kecil.
Ya Allah! Kau ampunkanlah segala kesalahan dan dosa-dosa ayahku, samaada dia melakukan dalam keadaan sedar atau tidak.
Ya Allah! Kau bukakanlah kepada beliau pintu-pintu langit-Mu, cucurilah rahmat-Mu ke atasnya, limpahkanlah magfirah-Mu kepadanya dan redhakanlah segala tingkah lakunya tatkala beliau masih hidup.
Ya Allah! Kau jadikanlah kubur ayahku satu taman daripada taman-taman Syurga, luaskanlah kuburnya, campakkanlah ketenangan dalamnya, dan jadikanlah ayahku ahli daripada ahli-ahli Syurga bersama Nabi-Mu Muhammad S.A.W.
Ya Allah! Kau terimalah segala amal kebaikan yang telah dilakukan oleh ayahku, Kau ampunilah segala kesalahan dan kesilapan beliau, beratkanlah timbangan kebaikan beliau, ringankanlah timbangan kejahatan beliau, jadikanlah beliau dikalangan Ahli Yamin, dan jadikanlah kami (anak-anak serta isterinya) saksi kepada amal kebaikannya di dunia ini.
Amiin Ya Rabbal A’alamin!
bersambung...
1 comment:
mad dwan.........:'(
Post a Comment