Sejak kebelakangan ini kita sering dihidangkan dengan isu 'Ketuanan Melayu' di dada-dada akhbar tempatan dan juga di kaca televisyen. Kenapa isu ini tiba-tiba muncul? Selepas menyaksikan 'Tsunami Politik' melanda negara kita di mana kerajaan UMNO dan Barisan Nasional (BN) buat pertama kalinya sejak 50 tahun gagal mempertahankan majoriti 2/3 di dalam parlimen Malaysia, bahkan juga kehilangan empat buah negeri dan satu wilayah iaitu Kedah, Penang, Perak , Selangor dan Wilayah Persekutuan di tangan Barisan Alternatif (BA) atau sekarang dikenali sebagai Pakatan Rakyat (PR) dalam pilihan raya umum ke 12 (PRU 12) pada 8 Mac yang lepas. Selain itu, BN juga gagal dalam misi merampas Kelantan daripada kerajaan PAS yang juga menyaksikan mereka kalah teruk di negeri 'Cik Siti Wan Kembang' tersebut.
Bertitik tolak dari 'tragedi 8 Mac ' para pemimpin parti Melayu UMNO sering bercakaran antara satu sama lain. Si A mengatakan Si B yang menyebabkan kekalahan teruk parti mereka, manakala si B pula mengatakan si A yang mesti bertanggungjawab atas kekalahan tersebut. Begitu juga dengan si C, si D, si F, dan seterusnya. Pendapat yang kuat mengatakan ia berpunca dari kelemahan pentadbiran kerajaan BN sebelum ini, Kritikan pedas Dr. M dan tindakan mensabotaj parti dikalangan pemimpin dan ahli UMNO itu sendiri. Mana yang benar? Wallahua'lam. Jadi, akhir sekali timbullah isu 'Ketuanan Melayu' mula tergugat.
Apa yang dimaksudkan dengan 'Ketuanan Melayu'? Menurut website Wikipedia 'Ketuanan Melayu' (Malay for Malay supremacy or Malay dominance) bermaksud satu kepercayaan kaum bahawa orang-orang Melayu adalah 'Tuan' (Masters) kepada Malaysia. ''Orang Melayu merupakan penduduk asal di negara ini dan tidak boleh hidup sebagai kuli. Oleh itu untuk menjadi 'tuan' kita perlu berjaya kerana kita mahu orang Melayu berperanan dalam pembangunan negara.
''Inilah yang dikatakan ketuanan Melayu dan bukannya hendak perintah orang lain atau memaksa kuasa terhadap orang lain,'' kata Abdullah kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO di Menara Datuk Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini. Walaubagaimana pun, Presiden PAS, Haji Hadi Awang mempunyai pendirian yang berbeza pula mengenai 'Ketuanan Melayu'. "Hanya apabila orang-orang Melayu kembali dan berpegang teguh kepada Islam, maka ketika itu barulah bangsa ini dapat memperolehi keselamatan di dunia dan juga di akhirat.
"Sebarang usaha samada sengaja ataupun tidak untuk meninggal atau meminggirkan Islam akan mengakibatkan bangsa ini tidak selamat di dunia, apalagi di akhirat," katanya dalam satu kenyataan rasmi. Biar apa sekalipun, saya masih lagi gagal mendapat jawapan apakah benar 'ketuanan Melayu' tergugat? ataupun apakah benar Malaysia ini milik orang-orang melayu? Ada kawan saya berseloroh...bukahkan Bumi ini kepunyaan Allah S.W.T.? Jadi Malaysia juga milik Allah dan hanya Islam sahaja agama di sisi-Nya.
Saya tertarik dengan isu kejatuhan Penang ke tangan DAP. Ramai pihak terutamanya pemimpin UMNO mengatakan kedudukan Melayu akan tergugat di bawah pemerintahan DAP dan PKR? Habislah orang Melayu Pulau Pinang di perintah oleh orang Cina (DAP)...Persoalannya sekarang apakah pemimpin-pemimpin UMNO sedar sebelum PRU 12 Penang juga di pimpin oleh orang Cina (MCA dan Gerakan)? Nasib orang Melayu Pulau Mutiara sudah lama di pinggirkan. Apakah UMNO benar-benar mahu memperjuangkan nasib orang melayu? atau hanya mahu bersandiwara dan enjaga kepentingan politik masing-masing sahaja?
'UMNO memperjuangkan kemajuan orang Melayu tetapi kita tidak berhak menggunakan kuasa untuk mendominasi kaum lain. Asas inilah yang menjadi kekuatan parti komponen dalam BN. ''UMNO tidak pernah lupa bahawa kekuatan BN adalah hasil daripada muafakat dan kerjasama antara parti-parti komponen lain,'' ujar PM. Sehubungan dengan itu, ada pihak yang sudah tidak percaya dengan parti-parti politik yang sering kali melaung-laungkan slogan meperjuangkan nasib orang Melayu dan ada yang menagatakan orang Melayu tidak boleh terlalu mengaharapkan kepada parti-parti politik sahaja dalam mengecapi kemajuan dan kesenangan hidup.
Justeru, satu Kongres Permuafakatan Melayu telah diadakan baru-baru ini di Johor Bharu pada 2 dan 3 Mei yang lepas atas kesedaran bahawa masalah yang dihadapi kaum Melayu selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 adalah masalah rakyat. Kongres ini tidak akan melibatkan mana-mana ahli politik. Ketua Satu Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena), Profesor Emeritus Tan Sri Ismail Hussein berkata, dengan cara itu, suara rakyat yang sebelum ini jarang kedengaran kerana dibayangi ahli politik, akan dapat diketengahkan. "Kita nak keluar daripada perbincangan politik yang dah berlaku selepas keputusan pilihan raya diumumkan, banyak sekali tuduh menuduh dan sebagainya. "Kita fikir ini masalah rakyat bukan masalah ahli politik. Saya rasa ahli politik dapat menyelesaikan masalah mereka dengan cara tersendiri," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Hadir sama ialah Setiausaha Dua Gapena, Profesor Madya Datuk Zainal Abidin Borhan dan budayawan, Profesor Datuk Dr. Zainal Kling.Kongres bertemakan 'Kedaulatan Melayu Sebagai Paksi Kewujudan Bangsa' akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Johor dan dijangka dihadiri wakil lebih 100 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu. Hasil daripada kongres tersebut, semua yang hadir telah sebulat suara bersetuju menubuhkan sekretariat tetap dikenali Majlis Muafakat Melayu Malaysia (MMMM) bagi memantau, mempertahankan dan melaksanakan semua tuntutan berkaitan kedaulatan Melayu.
Menurut Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Ismail Hussein, sekretariat itu akan ditubuhkan dalam tempoh terdekat dengan penglibatan jawatankuasa terdiri daripada badan bukan kerajaan (NGO) Melayu. “Harus difahami, jika kerajaan tidak mengendahkan dan mengambil kira serta tidak melaksanakan satu pun pandangan kongres ini, ia seolah-olah kerajaan menolak suara akar umbi,” katanya. Sebanyak lapan resolusi penting dihasilkan dalam kongres tersebut merangkumi bidang perlembagaan, politik, ekonomi, agama Islam, bahasa Melayu, pendidikan, sosial dan budaya. Kongres juag akan mendesak pihak kerajaan agar subjek Sains dan Matematik diajar dalam bahasa Melayu bagi mempertahankan kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan.
No comments:
Post a Comment