KUALA LUMPUR, 7 Mei (Hrkh) - Ikatan Kebajikan Rakyat (Ikrar) satu pertubuhan yang menghimpunkan kelompk reformis sejak 1998 akan menganjurkan satu forum Anti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 11 Mei ini.
Pengerusi Ikrar, Mustafa Mansor yang menghubungi Harakahdaily berkata, pihaknya menganjurkan forum itu bagi mendedahkan kepada rakyat betapa kejamnya ISA.
Forum ini akan diadakan pada jam 2 petang pada 11 Mei di Masjid Jamek, Kuala Lumpur, dan selepas itu Ikrar juga akan menganjurkan satu Forum Kesedaran Remaja di Restoran Faeza Maju (sebelah Masjid Jamek) pada jam 8 malam hari yang sama.
Menurut Mustafa, untuk informasi lengkap mengenai aturcara program sila layari www.hr9808.blogspot.com.
Forum ini katanya terbuka kepada semua dan ini merupakan langkah pertama untuk membuka fikiran rakyat agar menerima hakikat bahawa 'ISA itu zalim'.

No comments:
Post a Comment