Wednesday, May 21, 2008

UMNO Tidak Relevan Perjuangkan Islam


UMNO yang berjuang selama ini atas dasar semangat ‘kebangsaan’ dan ‘kemelayuan’ di lihat tidak relevan memperjuangkan Islam di Malaysia ini. Sebagai sebuah negara yang bersifat majmuk (berbilang kaum) agak mustahil UMNO dapat membela Islam dengan semaksimum mungkin. UMNO hanya mampu memperjuangkan agenda melayu dan Islam untuk Melayu sahaja. Tapi, hakikat Islam amat bertentangan dengan dasar perjuangan UMNO kerana Islam merupakan agama bagi seluruh kaum dan bangsa di dunia ini bukan sahaja di Malaysia. Islam merupakan agama yang syumul, bersifat global dan rahmat bagi seluruh alam.

Dan tiadalah Kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam.” [al-Anbiya’: 107]


Sunnatullah mencipta manusia berbangsa-bangsa


Hakikat berbilang bangsa dan kaum merupakan sunnatullah dalam penciptaan manusia di atas muka bumi ini. Manusi diciptakan berbilang bangsa adalah untuk saling kenal mengenali antara satu sama lain. Tidak ada sesuatu bangsa pun yang agung di sisi Allah S.W.T. baik Melayu, Arab, Cina dan India melainkan orang-orang atau bangsa-bangsa yang bertaqwa kepadanya. Firman Allah S.W.T.: ” Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa - bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” [al-Hujuraat: 13]


Sesengguhnya hanya Islam sahaja agama yang di terima di sisi Allah S.W.T. Al-Quran ada menyebut berkenaan hakikat tersebut dalam surah Ali-Imran ayat ke-19 yang bermaksud: ” Sesungguhnya agama (yang diridhai) disisi Allah hanyalah Islam.” Oleh itu, jelas bagi kita bahawa Islam adalah untuk semua kaum, bukan hanya untuk bangsa melayu sahaja.



UMNO tidak mampu perjuangkan nasib orang Islam pelbagai kaum



Perjuangan UMNO hanya untuk pembelaan nasib orang-orang Melayu. Jadi, bagaimana UMNO mampu memperjuangkan nasib masyarakat Islam dari kaum lain seperti Cina dan India? Kita harus sedar bahawa terdapat ramai orang Islam selain Melayu di negara kita ini. Mereka juga harus mendapat pembelaan yang sewajarnya. Kita sering mendengar rungutan berkaitan layanan yang kurang memuaskan terhadap saudara baru yang memeluk agama Islam dan tidak mendapat bimbingan yang terbaik. Berapa ramai yang kembali murtad setelah memeluk Islam?


Contoh terbaru adalah kes permohonan Siti Fatimah Tan Abdullah untuk mendapatkan pengisytiharan keluar daripada agama Islam dan beliau telah mendapat kelulusan daripada Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang untuk berbuat demikian. Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) di lihat gagal untuk memantau dan memberi didikan yang secukupnya kepada saudara baru bagi meningkatkan ilmu dan pengetahuan mereka terhadap ajaran-ajaran Islam yang perlu mereka laksanakan. Mungkin masalah ini disebabkan oleh kurangnya penumpuan kerajaan terhadap masalah-masalah yang di hadapi oleh saudara baru selepas memeluk Islam.


Pandangan Dr. MAZA


“Apakah bezanya antara keluasan prinsip Islam dengan kesempitan perkauman? Jawapannya secara umum; seseorang yang dilahirkan berbangsa melayu, tidak mampu menukar dirinya menjadi arab. Seorang yang dilahirkan berbangsa cina tidak mungkin dapat menjadi melayu. Seseorang yang dilahirkan berbangsa india tidak mungkin mampu menukar dirinya menjadi cina.


Walaupun mungkin dia boleh menyamar, atau membuat tafsiran yang berbagai dalam menukar identiti dirinya, namun hakikat diri dari segi nasab keturunan tidak mungkin dapat diubah. Hal ini berbeza dengan soal pegangan akidah Islam. Di mana, seseorang walaupun apa bangsanya, boleh menjadi muslim lagi mukmin. Bahkan dia boleh mejadi muslim yang terbaik, walaupun dia daripada bangsa paling hina pada pandangan masyarakat, tetapi Islam tidak mendiskriminasikannya.


Maka, Bilal bin Rabah r.a. seorang yang berkulit hitam, berasal dari status hamba abdi yang dihina telah menduduki tempat yang tinggi dalam Islam. Sehingga setiap muslim apabila menyebut sahaja azan untuk solat akan teringat sejarah Bilal yang bertugas sebagai muazzin (tukan azan) Nabi s.a.w. Sehingga orang melayu memanggil ‘tok bilal’ kepada tukang azan.”

http://drmaza.com/?p=295#more-295


Krisis Kepimpinan Melanda UMNO Kembali


"Umno is the property of the Malays.
We will continue to be in the party and
support the Prime Minister..."


- Syed Hamid Albar


UMNO sekarang berada di ambang kehancuran bagai ‘retak menanti rebah’ rentetan daripada krisis kepimpinan dan perebutan kuasa yang berlaku dalam parti tersebut. Terbaru, isu Tun Mahathir mengisytiharkan dirinya telah keluar daripada UMNO kerana mahu mendesak Dato’ Seri Haji Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri (PM) dan presiden UMNO. Tindakan beliau tersebut menyebabkan Tun Musa Hitam berkata: "duri dalam daging yang sekarang sudah dikeluarkan". Mengapa perlu timbul krisis sebegini? Bagaimana hendak membela ISLAM sekiranya soal Melayu pun gagal untuk diperjuangkan dan wujud persengketaan sesama sendir?


Note: Ini hanya luahan hati penulis semata-mata kerana terlalu kecewa dengan pemimpin UMNO yang ada pada hari ini. Islam tidak akan terbela jika sengketa masih membarah.

No comments: