Wednesday, May 21, 2008

Pulau Batu Putih: Kenapa Perlu Tubuhkan Jawatankuasa bersama?


Merujuk kepada laopran akhbar Utusan bertarikh 22 Mei 2008, saya agak tidak bersetuju mengenai cadangan kerajaan untuk menubuhkan satu jawatankuasa teknikal bersama bagi menangani apa sahaja isu yang berbangkit ekoran keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berhubung tuntutan bertindih Pulau Batu Putih (PBP).

Walaupun keputusan bagi menentukan PBP menjadi milik siapa belum lagi diputuskan oleh ICJ, namun saya agak kecewa dengan kenyataan Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim yang mahu mencadangkan agar mewujudkan satu jawatankuasa bersama antara Malaysia dan Singapura jika kerajaan Malaysia memenangi tuntutan bertindih tersebut. katanya jawatankuasa itu akan memastikan kepentingan bersama Malaysia dan Singapura seperti rumah api dan kawasan penangkapan ikan akan dirumus, diurus dan ditadbir mengikut lunas-lunas pentadbiran antarabangsa tanpa mengira pihak mana yang menang.

‘‘Sebagai contoh, sekiranya Malaysia menang, rumah api di pulau itu perlu ditentukan statusnya tentang siapa yang berhak menjaganya atau apakah kita akan benarkan Singapura uruskannya.

‘‘Begitu juga dengan kawasan penangkapan di pulau-pulau itu, siapa yang akan mengawasinya. Ini adalah antara yang kita lihat penting untuk ditangani.

‘‘Jadi jawatankuasa ini mustahak peranannya dan Perdana Menteri bersetuju supaya Malaysia diwakili Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Tan Sri Rastam Mohd. Isa,” katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.

Persoalannya mengapa perlu diwujudkan jawatankuasa bersama jika PBP sah menjadi milik Negara kita? Apakah Kerajaan pada hari ini akur dengan tekanan yang dilontarkan oleh negara jiran tersebut? Pelik! Mengapa perlu timbul isu sekiranya kita menang dalam kes tersebut kita akan berbicang siapa yang berhak menjaga rumah api di Pulau Batu Putih dan mengawasi kawasan penangkapan ikan di sekitarnya? Jika kita menang, kenapa kita tidak uruskannya sendiri? mengapa perlu melibatkan Singapura?

Sebenarnya banyak lagi persoalan yang timbul dalam benak hati saya. Saya ragu dengan kenyataan ini. Seolah-olah kerajaan tidak yakin bahawa kita akan menang dalam kes tersebut? Bukankah sebelum ini pihak kerajaan telah menunjukkan keyakinan yang tinggi bahawa keputusan ICJ akan memihak kepada kita?. Justeru, saya menyeru kepada pihak kerajaan supaya mempunyai prinsip dan pegangan yang kukuh, jangan mudah akur dengan desakan murahan pihak jiran sebelah. Saya juga mencadangkan agar kerajaan sendiri yang menguruskan penjagaan dan pemantauan PBP dan sekitarnya tanpa melibatkan singapura. Tidak perlu diwujudkan jawatankuasa bersama bagi menguruskannya. Ia sah milik Malaysia.


2 comments:

abumunzir al-jerluni said...

Sah! Malaysia tewas..ICJ memutuskan bahawa kedaulatan Pulau Batu Puteh adalah milik Singapura manakala Terumbu Karang Tengah milik Malaysia.

Anonymous said...

anda xpuas hati bila malaysia nak tubuhkan jawatankuasa bersama. Bila dah kalah ni..anda nampak tak kenapa pentingnya jawatankuasa ni kpd rakyat kita?. What if dgn kemenangan singapura ni, rakyat dia plak ckp mcm saudara..."buat apa tubuhkan jawatankuasa? jgn bg muka kt org M'sia". Jwbnya nelayan2 di selatan Johor la jadi mangsa. So lain kali, lapangkan dada. Jgn terlalu tamak,Allah xsuka.. =)