Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin memberitahu, ia selaras dengan hasrat kerajaan untuk memastikan tidak ada pelajar yang gagal me- masuki institusi pengajian tinggi (IPT) atas sebab kewangan.
Menurut beliau, bayaran balik pinjaman PTPTN tidak membebankan kerana peminjam hanya perlu berbuat demikian, enam bulan selepas tamat pengajian dengan kadar serendah RM70 sebulan bergantung kepada jumlah pinjaman.
''Sebarang dakwaan kononnya pinjaman PTPTN membebankan adalah tidak benar sebaliknya ia satu kemudahan pin- jaman kewangan yang berkesan kepada mereka yang layak," katanya.
Beliau menjawab soalan Taib Azamuddin Md. Taib (Pas-Baling) yang ingin tahu sama ada kerajaan bercadang menghapuskan dana PTPTN.
Khaled memberitahu, pelajar yang masih belum memperolehi pekerjaan atau melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi boleh menangguhkan pembayaran.
Katanya, di samping PTPTN, kerajaan masih menyediakan biasiswa kepada bumiputera dalam bidang tertentu melalui Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Mara dan agensi kerajaan yang lain.
"Tahun ini sahaja, kerajaan menaja 2,000 pelajar melanjutkan pelajaran ke luar negara dan 10,000 lagi di dalam ne- gara.
"Selain itu, JPA juga akan menaja semua pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang memperolehi 9A ke atas, untuk melanjutkan pelajaran sama ada ke Tingkatan 6 sekolah bantuan penuh kerajaan atau pusat-pusat matrikulasi," katanya.
Bagi memastikan pinjaman dana itu tidak membebankan, Khaled berkata, kementerian sedang mengkaji semula perjalanan operasi PTPTN termasuk kadar tiga peratus yang dikenakan kepada peminjam.
"Kajian itu bertujuan mengenal pasti kadar yang dikenakan itu benar-benar menepati kos operasi dan tidak membebankan peminjam.
"Kementerian juga akan mengkaji perubahan sistem fungsi kutipan balik pinjaman PTPTN yang akan mengambil kira pandangan semua," katanya menjawab pertanyaan Nasharudin Mat Isa (Pas-Bachok).
No comments:
Post a Comment