Monday, May 26, 2008

22 laman web, blog disiasat

KUALA LUMPUR 26 Mei - Sebanyak 22 buah laman web dan blog telah disiasat di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berikutan memaparkan kandungan yang menyalahi peraturan.

Timbalan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Joseph Salang Gandum berkata, daripada jumlah itu, 17 disekat sementara kertas siasatan terhadap tiga laman yang berkenaan telah disiapkan.

"Kertas siasatan ini juga telah dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan undang-undang selanjutnya termasuk pendakwaan di mahkamah.

''Perlu ditegaskan bahawa setiap kandungan di Internet telah ditetapkan sebagai tidak boleh menyebarkan kandungan yang bersifat palsu, mengancam atau yang jelik.

''Ini ditetapkan di bawah Seksyen 211 dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang jika sabit kesalahan, individu boleh didenda sehingga RM50,000 atau dipenjarakan tidak lebih setahun atau kedua-duanya sekali," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan asal Senator Sharifah Azizah Syed Zain pada sesi soal jawab persidangan Dewan Negara di sini hari ini.

1 comment:

mohad said...

berani kerana benar..takut kerana salahkan... tak gitu