Pelik! Duduk Dalam Jelapang Padi Tapi Beras Tak Cukup. Itulah fenomena yang berlaku kepada petani atau pesawah di negeri yang tersohor dengan gelaran Jelapang Padi iaitu Kedah. Perkara ini tidak menjadi pelik sekiranya ia berlaku di negeri-negeri lain seperti Selangor, Perak dan Melaka. Mengapa masalah sebegini boleh berlaku? Ada sumber yang mengatakan perkara sebegini berlaku selepas beberapa tahun 'penghapusan' Lembaga Padi Negara (LPN) dan berlakunya 'pengkopratan' Padiberas Nasional Berhad (BERNAS).
Sebelum ini operasi LPN tidaklah terlalu bertujuan untuk mengaut keuntungan melampau. Tapi, sekarang perkara sebaliknya berlaku. Jika terdahulu, LPN akan menyimpan stok padi yang belum di proses pada kadar yang mencukupi iaitu 3 bulan bekalan kepada rakyat Malaysia sekiranya berlaku apa-apa musibah seperti peperangan, wabak penyakit yang melampau, kemarau berpanjangan dan lain-lain lagi. Namun, hari ini sudah tidak berlaku lagi. Padi yang ada habis di proses demi keuntungan semata-mata tanpa memikirkan soal kebajikan dan kemasyarakatan.
Selain itu, padi yang di beli daripada pak tani terlalu murah dan tidak mengikut gred-gred tertentu bahkan harga padi tidak naik-naik sehingga hari ini. Setelah di proses, beras di jual dengan begitu mahal sekali, mengikut gred-gred tertentu pula. Sehingga pak-pak tani pun terpaksa membeli beras campuran yang gred terendah untuk makanan harian bersama keluarga. Pak-pak tani hidup menderita. Boleh dikatakan hampir seluruh pesawah di negara kita adalah fakir dan miskin. Mengapa? hal ini kerana jika kita selidiki secara mendalam tentang pendapatan pak-pak tani kita akan dapat jawapannya. Purata pendapatan bulanan pak-pak tani adalah sekitar RM150-200 sebulan. Setahun boleh tanam dua kali, tapi tuaian berlaku setahun sekali sahaja. Ada yang paling kurang pendapatan tahunan sebanyak RM1000-2000 sahaja. Bagaimana mereka nak hidup jika berterusan begini?
Saya tahu perkara ini sebab saya anak pesawah. Saya lalui semua ini. Semua harga barangan keperluan meningkat tinggi termasuk kos penanaman dan tuaian padi. Setiap pesawah perlu membayar upah traktor, racun, baja, mesin padi dan lain-lain lagi yang menelan belanja beribu-ribu ringgit, kadang-kadang melebihi pendapatan. Apa maksudnya? maksudnya mengalami kerugian la... Harap-harap ada orang yang bangkit membela nasib pak-pak tani. Siapa lagi kalau bukan aku...anak pak tani.
Note: InsyaAllah akan ada artikel yang lebih terperinci mengenai masalah dan nasib Pak Tani yang akan dikongsi bersama supaya kita ada kesedaran sosial.
1 comment:
Saya mencadangkan agar Pak Tani mewujudkan persatuan atau jawatankuasa khas bagi membela nasib Pak Tani di negara kita. Boikot! jangan jual padi kerajaan dan pihak yang berwajib tidak mengendahkan keluhan dan kesusahan yang di alami oleh Pak Tani...proses beras sendiri lebih baik macam zaman dahulu kal.!
Post a Comment